Showing posts with label secebis kisah. Show all posts

Monday, 14 January 2013
Thursday, 3 January 2013
Hari Ketiga 2013....Azamku...
HARI ketiga di tahun baru. Dingin dan suram...hujan sejak subuh tadi .
Sunyinya di rumah berseorangan. Riuh-rendah yg sering KZ dengar dari Tadika PASTI di sebelah, sudah hilang...mereka sudah berpindah ke taman di hadapan.
Ketika menghantar muhd Haziq ke kelas pra tadi, ada juga anak2 yg menangis...femona biasa bagi murid yg 1st time bersekolah, lebih2 lagi anak bongsu macam Muhd. Haziq! Yang paling pening kepala tentulah cikgu....melayan karenah mereka, cikgu pun macam nak nangis sama!
Nak cerita tentang seorang jiran yg sanggup menghantar anak2nya bersekolah jauh dari rumah walaupun sekolah ada di depan mata. Alasan dia, sekolah yg dekat tu tidak bagus...cikgunya tak bagus..murid2nya nakal. Rupanya anaknya pernah bergaduh dgn pelajar lain ketika belajar di situ. Bila dia ke sekolah dan meminta penjelasan dari guru, dia mengatakan guru tersebut berat sebelah dan seolah-olah mengatakan dia tidak tahu mengajar anak.
Entahlah....bagi KZ semua sekolah sama sahaja atau hampir sama, dalam erti kata semua guru ingin anak didik mereka boleh menerima pelajaran yg diajar dan mempunyai sahsiah dan jati diri yg bagus. Kadang2 memang sukar ibubapa menerima kenyataan yg anak mereka agak nakal dan sering memulakan pergaduhan! Walau macam manapun, KZ harap anak2 jiran itu akan lebih baik di sekolah baru itu.
Oh ya...KZ telah menghantar Muhd. Haziq belajar membaca Iqraq dgn seorang ustaz di taman sebelah. Menyesal pula tidak menghantarnya tahun lepas. Ada juga KZ mengajarnya di rumah, tapi biasalah...kalau ibu sendiri yg mengajar..main-main! Semoga Muhd. Haziq diberikan Allah lidah yg fasih!
Ehem...KZ ada azam tahun ni...apa dia? jeng..jeng..jeng
.
.
.
.
.
.
KZ ingin menurunkan sedikit berat badan. Sekarang berat KZ sudah 51 kg..mungkin ada yg kata ok la tu...untuk pengetahuan, KZ ni rendah orangnya! Dengan berat 51 kg, KZ kelihatan chubby! Target KZ 47 kg..memang cuma 4kg saja perbezaannya...tapi untuk wanita yg sudah mencecah 43 tahun, agak sukar untuk menurunkan berat badan hanya dengan menjaga pemakanan dan latihan kecergasan. Teman-teman...tolong beri KZ sokongan moral ya...
Salam semanis coklat,
Labels:
2013
,
anak-anak
,
azam
,
secebis kisah
Saturday, 8 December 2012
Inilah Teman-Teman Alam Mayaku...Part 111

Cik Hana..seorang blogger muda, sudah punya follower berstatus ribu..komen di entrinya juga capai 50 ke 60..awesome..
Lydi...langsung tak der link...dan tak der profile kat mana-mana site...siapa agaknya gerangan Lydi...
http://nurhafiz2009.blogspot.com/
Tak banyak yg KZ tahu tentang nurhafiz..entrinya berkisar peristiwa2 di dalam dan luar negeri, resepi pun ada!
fromheanisahidham.blogspot.com
Banyak bercerita tentang kehidupan dia..ada yg kelakar..ada yg serius..ada yg sedih..ada yg gila-gila..,membaca entri isteri En.Idham ni rasa sudah kenal dan bertemu...she sound so friendly and warm! Kalau tak caya, pergi singgah..
http://teddycorner.blogspot.com
Gadis ini berumur 17 tahun. Sudah lama dia tidak bersiaran..sibuk dengan pelajaran mungkin. Juga tak banyak info tentang dirinya. Tak juga KZ tahu nama sebenarnya.

http://ibuhani.blogspot.com/
Seorang pendidik dan ibu kepada 3 orang puteri yg manis-manis. Bergelar ibu tunggal..tabah membesarkan anak2nya. Banyak bercerita tentang aktiviti keluarga.

http://bukandua.blogspot.com/
Ini Saleha, empunya blog Mencari Damai Hati. Tapi baru2 ini Saleha mengumumkan untuk berehat dari berblog. Semoga suatu hari nanti Saleha akan kembali dengan entri2 yg bermanafaat seperti yg selalu tertera di blognya.
Nurul Husna..juga tak der link untuk dijejaki!

http://scarlettj1.blogspot.com/
Nama bloggernya Scarlett O'hara dan nama blognya Scarlet Petals. Seorang guru BI..lupa pulak KZ di mana dia mengajarnya.
Techer SO pandai buat felt craft...keychain..pencil case..dan macam2 lagi. Kalau suka barangan dari felt dan ingin menempah, sila ke blog dia. Selalu juga ke blog cikgu ni, tapi dia...tak suka kat KZ kut..huhuhu..tak per..tak marah...dan tak paksa...
P/s Jika ada kesilapan fakta, sila beritahu KZ ya.
Salam semanis coklat,
Kak Zan
Labels:
blogger
,
secebis kisah
,
teman
Friday, 7 December 2012
Biar Betul!!!!!
PADA bulan March tahun 2000, 3 orang pelajar sekolah Evangelist Primary School di selatan Nigeria berlari ke pejabat guru besar dan memberitahu guru itu bahawa seorang teman mereka bertukar menjadi ubi selepas menerima gula2 dari seseorang yg tidak di kenali.
Guru besar itu kemudian menemui ubi tersebut dan menghantarnya ke balai polis. Kejadian itu dihebahkan oleh radio tempatan. Orang ramai berpusu-pusu untuk melihat ubi tersebut.
Pihak polis cuba menjejaki si pemberi gula-gula tersebut. Apa yg terjadi selepas itu tidak pula diketahui!!!
Source: The Fortean TimesSalam semanis coklat,
Kak Zan
Labels:
berita dunia
,
kontrovesi
,
secebis kisah
,
ubi
Wednesday, 5 December 2012
Di Suatu Petang.....
PETANG semalam ketika duduk bersantai di atas buaian (sebenarnya buaian tu untuk budak2..tapi mak budak tumpang sekejap) KZ menyaksikan satu insiden yg mencuit hati.
Ketika KZ sampai di padang tu sambil memerhatikan si bongsu bermain gelongsor dgn temannya, ada 3 orang budak India sedang bermain bola. Rasanya semua mereka masih bersekolah rendah.
Tidak lama kemudian, datang 3 orang budak Melayu dan bertanya kepada budak2 India tu sama ada mereka boleh bermain sama. Boleh..jawab mereka dan mereka pun bermain dengan gembira.
Itu la insiden yg membuat KZ tersenyum memandang mereka. Sekali lalu memang tak ada apa2 yg istimewa kan? Sekadar budak2 main bola....renungkanlah semula.
Anak2 seusia itu memang naif...mereka tidak merasakan agama, bangsa dan warna kulit membezakan sesama mereka. Mereka tidak prejudis walaupun tidak 'sekapal'.
Anehkan, bila dewasa..pandangan mereka jadi lain. Aku, aku dan kamu, kamu. Segala-galanya tiba2 jadi sempadan. Pandangan mereka bahawa manusia itu hanya boleh bergaul sesama kelompok sejenis jadi prinsip bersosial.
Ketika bekerja dulu, ada sikap bias pada staff yg bukan Melayu oleh superior kami. Bukan menuduh kerana ia jelas di depan mata. Jalan singkat..keluar dari situ 'for good'.
Ini bukan entri anti non Malay ya! KZ tidak ada masalah bergaul dengan sesiapa saja, asalkan mereka tidak menangguk di air keruh. Jiran2 KZ pun ramai yg bukan Melayu dan kami boleh bertegur sapa.
Melihat mereka bermain, terasa ingin jadi anak2 semula!
Salam semanis coklat,
Labels:
anak-anak
,
hati
,
secebis kisah
Monday, 3 December 2012
Aku Ingin Jadi Manusia Itu...
HEBATNYA manusia yg apabila pagi bermula, dia pun mula berharap hari tu dia dapat menolong orang lain yg memerlukan, menggembirakan orang lain yg sedih, melindungi orang lain yg lemah, menghormati orang lain yg berilmu, menyayangi orang lain tanpa syarat, lalu menyebarkan salam kepada semua manusia muslim, sehingga semua yg ditemuinya akan senyum bahagia dengan kehadirannya...MasyaAllah!!!
Dari artikel Disuatu Pagi Yang Dingin
Martinelli Hashim
Salam semanis coklat,
Dari artikel Disuatu Pagi Yang Dingin
Martinelli Hashim
Salam semanis coklat,
Labels:
ilmu
,
motivasi
,
secebis kisah
Ada Sesiapa Berkenan Nak Buat Adik Ipar?
AMBOI..tajuk entri pagi ni semacam jer...sajer, buat gempak sikit. Kali ni KZ nak memperkenalkan seseorang yg special...taraaaa..my youngest sister..Nor Fadilah..Ini pics dia di Bukit Broga dgn kengkawan dia..
Sweet tak rupa dia..errrr..mata dia? Mesti la sweet sebab kakak dia kan semanis coklat...Dilah..atau Acu by her nieces and nephews masih belajar di UKM. Nampak je macam tu tapi dia macam gadis2 remaja lain,,,suka berjalan-jalan...window shopping..lepak kat fast food restaurant..
Jangan terkezut..Dilah die hard fan siri The Running Man..sesiapa yg juga suka TRM...boleh kawan dengan Dilah, cari kat fb..Norfadilah Hakim...tapi kalau balik cuti, hobi dia..tidurrrrr...
Feberet food dia..tom yam..tak susah kalan nak belanja dia makan, pergi jer ke restoran tom yam...makanan yg dia tak suka..durian..eeee..busukkk...!
So...that is my lovely sister...KZ ada sorang lagi adik pompuan..seorang guru di Kulim.
Salam semanis coklat,
![]() |

adik
,
berita dunia
,
Broga
,
secebis kisah
Saturday, 1 December 2012
Aku Menulis bukan Kerna Nama...
SEDAR tak sedar rupanya sudah setengah tahun KZ menceburkan diri dalam dunia blogging ni. Sebelum ni jgn kan nak bergelar blogger, apa benda blogging pun KZ tak tahu..
KZ mengenali blog dari seorang teman lama di muka buku. Tak payahlah KZ letak link minah tu kat sini sebab dia up date blog dia setahun dua kali jer, mungkin sebab kesibukan dia yg bergelar pensyarah di sebuah IPTA di utara tanah air. Tisha A.S..terima kasih!!!
Banyak blog yg KZ terjah untuk menuntut ilmu berblog. Antaranya Khairul, Calipso dan yg paling KZ suka dan masih mengikuti tutorial beliau..Hasrul Hassan. Jutaan terima kasih untuk mereka dan minta di halalkan segala ilmu yg KZ ambil.
Entri2 awal, memang tiada yg singgah. Tapi KZ tetap menulis..macam entri syok sendiri pun ada! Perlahan-lahan KZ blog walk dan follow blog mereka, hasilnya...follower pertama Puan Nor Salmi.
Mencari ilham menulis juga bukan mudah untuk KZ. Maklumlah...KZ cuma suri rumah sepenuh masa. Tidak ada aktiviti menarik untuk diceritakan. Juga tidak ada pengalaman hebat untuk dikongsikan...jadi KZ suka tulis tentang perkara2 yg berlaku di sekeliling KZ. Mungkin ada yg suka..mungkin juga ada yg tidak...itu lumrah dunia.
Apa yg pasti..KZ 'jumpa' ramai kenalan baru...dari pelbagai latar belakang, umur, profesion, cara penulisan..dan yg pasti, mereka insan2 yg istimewa di mata KZ (mungkin di lain kali KZ akan ceritakan tentang mereka2 ini!)
KZ harap, KZ akan terus berblogging selagi terdaya...bukan untuk mencari glamor...bukan untuk menjadi kaya...bukan juga untuk mengumpul beribu follower...tapi kerana menulis buat KZ rasa bahagia...
Salam semanis coklat,
KZ mengenali blog dari seorang teman lama di muka buku. Tak payahlah KZ letak link minah tu kat sini sebab dia up date blog dia setahun dua kali jer, mungkin sebab kesibukan dia yg bergelar pensyarah di sebuah IPTA di utara tanah air. Tisha A.S..terima kasih!!!
Banyak blog yg KZ terjah untuk menuntut ilmu berblog. Antaranya Khairul, Calipso dan yg paling KZ suka dan masih mengikuti tutorial beliau..Hasrul Hassan. Jutaan terima kasih untuk mereka dan minta di halalkan segala ilmu yg KZ ambil.
Entri2 awal, memang tiada yg singgah. Tapi KZ tetap menulis..macam entri syok sendiri pun ada! Perlahan-lahan KZ blog walk dan follow blog mereka, hasilnya...follower pertama Puan Nor Salmi.
Apa yg pasti..KZ 'jumpa' ramai kenalan baru...dari pelbagai latar belakang, umur, profesion, cara penulisan..dan yg pasti, mereka insan2 yg istimewa di mata KZ (mungkin di lain kali KZ akan ceritakan tentang mereka2 ini!)
KZ harap, KZ akan terus berblogging selagi terdaya...bukan untuk mencari glamor...bukan untuk menjadi kaya...bukan juga untuk mengumpul beribu follower...tapi kerana menulis buat KZ rasa bahagia...
Salam semanis coklat,
Labels:
membina blog
,
secebis kisah
Friday, 30 November 2012
Thursday, 29 November 2012
Dan Airmata Itu Tak Mampu Kutahan....
SEDANG asyik melayan fb, KZ terbaca kisah ini di dinding fb seorang rakan yg bertugas sebagai pendidik di Ipoh. KZ kongsikan di sini untuk tatapan semua rakan-rakan.
Inilah kisahnya (sediakan tisu atau sapu tangan).....
Saya mengajar di sebuah sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya K.L.Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.
Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya, dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dgn keadaan pakaiannya tetapi kesabaran saya tercabar dgn sikapnya yg setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata, kecuali anggukan yg seolah-olah dipaksa.
Kali kedua, saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokan harinya. Kali ketiga saya terpaksa menunaikan janji saya memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.
Airmata saja yg jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya, Keesokannya dia masih lambat dan saya memukulnya lagi. Namun dia tetap datang lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapat alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan, tidak jauh dari sekolah.
Keadaan rumahnya sangat daif. Saya melihat dia berdiri di hadapan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita, mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30, seorang anak lelaki berlari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka pakaiannya. Sampai di depan rumah, dia menyerahkan baju dan kasutnya kepada anak murid saya yg terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dgn penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu dengan mata bergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu ke rumah kamu dan memerhatika kamu dari jauh. Siapa yg berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah."Itu abang saya.Kami berkongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yg kami ada. Maafkan saya cikgu",jawabnya.
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu memukul kamu?"
"Mak pesan, jgn meminta-minta pada orang. Jgn ceritakan kemiskinan kami pada orang. Kalau cikgu nak pukul, serahkan saja punggung kamu"
Sambil menahan airmata yg mula bergugurn, saya memeluk anak itu."Maafkan cikgu". Kejadian tersebut menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yg mampu.

ingin tahu
,
redha
,
secebis kisah
Wednesday, 28 November 2012
Masa Itu Emas...Boleh Gadai Tak???
DEMI masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan beramal soleh
dan saling ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran -Al -Ashr : 1-3
ADA satu kekuatan di dunia ini yg tak mampu dikalahkan oleh mana-mana makhluk Allah. Setinggi manapun pangkat anda, kuasa ini tak akan dapat di tahan, dikurung, dipasung atau dibekukan! Itulah kekuatan masa!
Kerana kehebatan masa inilah, maka Allah berkali-kali bersumpah dlm Quran berkaitan waktu,
Wal ashr (demi waktu)
wadh dhuha(demi waktu dhuha
wallail (demi waktu malam)
wannahar (demi waktu siang)
Saidina Ali ra mengibaratkan waktu sebagai sebilah pedang, ia mampu mencantas sesiapa yg tidak mampu menggunakannya dengan baik.
Hassan Al-Banna berkata,"Hari ini adalah harapan semalam,dan esok adalah harapan hari. Berusahalah dengan sebaik-baiknya hari ini untuk mengutip hasilnya dihari kemudian.Bahkan di mana tempat kita di akhirat kelak, dilihat dari apa yg kita lakukan hari ini"
Dalam kehidupan ini, kita dapat melihat manusia terbahagi kepada tiga,
1. Orang yg berjaya - org yg menggunakan waktu dengan
optimum dan melakukan perkara yg
tidak diminati oleh org yg gagal.
2. Org yg malang - orang yg selalu merasa kecewa dan
sering menangguh-nangguhkan
sesuatu pekerjaan.
3. Org yg hebat - Org yg sedia melakukan sesuatu sekarang
seperti tiada lagi esok!
Waktu terus bergerak tanpa menunggu sesiapa. Lihatlah sahaja sekarang, kita telahpun berada di penghujung tahun 2012...sekejap sahaja rasanya!
Waktu mempunyai nilai yg sangat berharga. Kita tidak mampu membeli masa yg telah berlalu, walau ditawar dengan selaut emas!
Waspadalah! Masa kamu mungkin hilang begitu sahaja tanpa kamu memperolehi apa-apa hasil kerana kamu masih menunggu di situ!!!

emas
,
ilmu
,
Islamic quotes
,
masa
,
secebis kisah
Tuesday, 27 November 2012
Monday, 26 November 2012
Aku Bersyukur Kepadamu Allah Diatas Rezeki Ini...
KAK ZAN rasa ramai orang pernah mengalami senario ini...makanan tu nampak sedap giler tapi bila masuk tekak..macam-macam rungutan yg keluar dari mulut kita..tak sedap! Tawar! Masin! Kucing pun tak hingin...
Tapi sedarkah kita di satu situasi yg berbeza, makanan itu sangat enak!
Jadi janganlah kita merungut di depan makanan (peringatan ini untuk KZ juga!).
Salam semanis coklat,
Labels:
ilmu
,
redha
,
secebis kisah
Cintaku Pada Blogging!!
SUDAH 2 hari KZ tak update blog...balik kampung...menziarahi MIL di Ipoh. Malas nak angkut Cik lappy yg buruk nih. Nak guna ipad anak tak reti...nak guna laptop suami, dia pun asyik dengan kerja2 rasmi dia. Tapi KZ sempat juga singgah kat satu dua blog kawan2. Mesti banyak cerita yg KZ missed!
Hari ni KZ terlambat bangun..lupa nak activate balik alarm clock! Ini semua pasal sakit hati tengok bola semalam...memang tak boleh terima itu game dari penyandang juara!!!! bukak fb...macam2 cerita pasal game semalam. Paling kelakar pic kat bawah ni...
KZ harap pasukan kita mampu menebus balik maruah yg dah tercalar teruk semalam. GO MALAYSIA GO! Di akhbar HM tertera Malaysia
Okeylah geng...sebab terlambat bangun, banyak pulak kerja tertangguh..baju belum sidai..lantai belum sapu, tapi sempat pulak melayan blog
Labels:
hati
,
secebis kisah
,
teman
Saturday, 24 November 2012
Laaa..macam tu pulak!!
Masih ingat lagi isu Inshaallah yang disebarkan baru2 ini? Tulis Insyaallah ke, In shaa Allah ke, Inshaallah ke, pelbagai polemik timbul, hingga menenggelamkan
isu Gaza. Untuk menjadikan ia lebih dramatik, diletakkan sumber dari Dr. Zakir Naik. Di laman twitter Dr Zakir Naik Fans menyebut :
""Zakir Naik : never said anything on how to spell InshaAllah...Please don't spread wrong information without any Official confirmation."
Isunya muda. Inshaallah itu perkataan dari Bahasa Arab. Jika kita menulis rumi, dibaca tetap bunyinya Inshaallah. Tidak menjadi masalah pun. Kalau nak timbulkan isu ni, baik timbulkan masa lagu Inshaallah Maher Zain tengah top.

BUKAK fb pagi ni. inilah yg KZ temui. Tak tau nak cakap
apa. Benarlah, kalau nak menuntut ilmu haruslah berguru
dengan guru yg betul, bukan main ikut jer apa yg terpapar
dan tersebar di dinding fb. KZ akan harap ulamak tersohor
kat Malaysia boleh ulas isu ni.
Salam semanis coklat,
Labels:
ilmu
,
ingin tahu
,
secebis kisah
Thursday, 22 November 2012
Kebaikan Itu Cuma Sebesar Kuman....
KISAH ini berlaku beberapa tahun dulu, ketika KZ masih tinggal di Ipoh. Insiden ini meninggalkan kesan agak mendalam dalam diri KZ.
Pagi itu KZ ke pasar seperti biasa. Setelah meletakkan kereta di kawasan luar pasar, KZ pun berjalan di lorong sebelah pasar tersebut. Penunggang motosikal menggunakan jalan kecil ini untuk masuk ke dalam kawasan pasar. Kadang2 ada juga kereta yg masuk tetapi mesti berhati-hati kerana jalan itu hanya muat untuk satu kereta sahaja..kalau berselisih dengan kenderaan lain, seorang mesti mengalah dengan bergerak ke bahu jalan.
Tiba2 KZ terpandang seekor anak kucing di bahu jalan tersebut. Kucing itu masih baby, mungkin di buang orang tetapi ibunya tidak kelihatan. KZ rasa dia selesa dengan kepanasan jalan bertar jadi dia mengerekot di atasnya.
KZ risau jika ada kereta yg tidak perasan kucing tu ataupun dia boleh tiba2 bergerak ke tengah jalan. Tak sanggup membayangkan kalau2 dia dilenyek kenderaan yg lalu lalang. KZ lantas mengaupnya dengan telapak tangan(kucing tu memang kecik sangat) dan meletakkannya agak jauh dari jalan tersebut.
Kemudian KZ ke gerai kuih sebelum bergerak masuk ke bangunan pasar untuk membeli barangan dapur. Sedang asyik memilih bawang besar, seorang lelaki menegur KZ.
"Kak..ini duit kakak ke?" ditangannya ada sekeping not 50 ringgit. Terkejut juga KZ,"Sekejap..akak check beg duit"
KZ membelek beg duit..MasyaAllah..ye lah duit akak lah!
"Saya nampak kat gerai kuih lepas kakak pergi", jelasnya.
Beberapa peniaga di situ memuji-muji kejujuran lelaki itu, lantas dia menjawab,"Sekarang ni jer aku baik, kalau dulu2 memang dah masuk poket aku dah!"
Menggeletar juga tangan KZ menerima wang tersebut. RM50 tu...mau menangis kalau hilang macam tu jer. Setelah mengucapkan terima kasih, KZ meneruskan misi membeli belah pagi itu sambil diminda teringat si anak kucing yg comot tadi. KZ percaya apa yg berlaku ada kaitan dengan makhluk Allah itu.
Kebaikan yg KZ lakukan sangat-sangat kecil..besar kuman jer...sekadar mengangkat seekor anak kucing! Tapi Allah telah membantu KZ melalui lelaki tadi.Sesungguhnya Allah amat menyukai kebaikan-kebaikan kecil seperti ini. Pernah dengar cerita seorang alim dan seekor lalat? Tak pernah dengar..nanti KZ ceritakan di lain entri.
Ketika mahu pulang, anak kucing itu telah tiada di tempat KZ meletaknya. Entah ke mana dia merayap. KZ tak rasa hidupnya lama kerana pada usia itu dia amat2 memerlukan ibunya. Orang yg membuangnya memang kejam. Kalau nak buang pun, buanglah dengan ibunya Ibunya juga tentu tercari-cari kelibat anaknya.

kucing
,
secebis kisah
Wednesday, 21 November 2012
Terima Kasih Kerana Mengembalikan Wang RM30 itu....
PAGI tadi KZ singgah di kedai kat depan rumah untuk bekalan Yusrina yg hendak ke sekolah kerana ada tugas di pusat sumber. Di rumah sudah ada nasi lemak, tapi dia tidak mahu makanan berat.
Selepas menurunkan Yusrina di sekolah KZ ke kedai di Taman bersebelahan untuk membeli bahan mentah untuk menu tengahari. Menu Tengahari nanti? Nasi Arab(Mandy) tapi beras basmathi tak ada di kedai tu..tak pe..beras biasa pun boleh.
Ketika membuka purse untuk membayar harga barang, KZ perasan wang 30 ringgit yg dilipat bersama telah ghaib! Eh,,kemana pulak perginya. Selesai membayar, KZ segera ke kedai pertama tadi. Di dalam hati berdoa semoga wang itu tercicir di sana dan bukan di tengah jalan, tetapi anadai kata wang itu tidak ditemui, KZ redha..itu bukan rezeki KZ .
Sampai di kedai tersebut KZ bertanya tuan kedai(Nozza) sama ada di terjumpa wang yg tercicir itu. Tak dak pulak..jawab Nozza. Dia lantas bertanya pembantu kedainya, dia juga menggeleng kepala. Tadi hang berdiri kat mana? Tanya Nozza. KZ menunjukkan tempat KZ berdiri ketika membayar harga roti ketika itu. Di hadapan kaunter memang banyak tersusun balang gula2. Ya Allah..ini dia ..KZ dapat melihat dengan jelas wang berwarna merah terselit di celah2 balang tersebut. Alhamdulillah..jumlah mungkin sedikit bagi sesetengah orang, tapi agak besar untuk KZ yg tidak ada sumber kewangan sendiri!
KZ percaya Allah membantu ketika KZ berduka kerana beberapa kebaikan kecil yg KZ lakukan, misalnya berdoa untuk orang lain. Untuk teman-teman, buatlah kebaikan walau sekecil mana pun, hatta mengangkat anak kucing di tengah jalan. KZ ada cerita tentang menyelamatkan anak kucing ni..tunggu ya!

wang
Monday, 19 November 2012
Hati Berbunga-bunga
BARU lepas ber bw...ada juga blog yg tak sempat singgah..petang nanti KZ sambung lagi ya..tunggu tau kedatangan KZ!
Sebenarnya hati KZ sedang berbunga-bunga sebab ada 2 blog yg link blog KZ pagi-pagi ni. Sebab apa? Untuk mengetahui kisahnya silalah kesini ke sini.
Okeylah,KZ dah nak start pakai topi chef sebab 12.30 nanti nak ambil Wardina yg menghadiri kelas tambahan di sekolah. Lagipun KZ teringin nak buak kek coklat pulak. Semalam buat satu kek(resepi baru, 1st time cuba) tapi tak menjadi so dah kena humban dalam tong sampah..entah di mana silapnya, KZ pun tak pasti.Yang pasti tak de orang yg hingin makan kek yg macam tu..termasuk tukang masaknya!!

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)

![Masih ingat lagi isu Inshaallah yang disebarkan baru2 ini? Tulis Insyaallah ke, In shaa Allah ke, Inshaallah ke, pelbagai polemik timbul, hingga menenggelamkan isu Gaza. Untuk menjadikan ia lebih dramatik, diletakkan sumber dari @[177413585624661:274:Dr. Zakir Naik]. Di laman twitter Dr Zakir Naik Fans menyebut :
""Zakir Naik : never said anything on how to spell InshaAllah...Please don't spread wrong information without any Official confirmation."
Isunya muda. Inshaallah itu perkataan dari Bahasa Arab. Jika kita menulis rumi, dibaca tetap bunyinya Inshaallah. Tidak menjadi masalah pun. Kalau nak timbulkan isu ni, baik timbulkan masa lagu Inshaallah Maher Zain tengah top.
Spread this.. :)
Boycott : http://bit.ly/XxnsGv
Join us : We Are All Palestinians Campaign (https://www.facebook.com/events/445081202222445/)
Donate to Gaza : http://on.fb.me/Wj93rb](https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/291856_557513624262657_2102377626_n.png)