Saturday, 22 December 2012

WAK GELAS 1ST GIVEAWAY: SECONDHAND IPOD


                                                   KLIK SINI UNTUK JOIN

YEAY....Wak Gelas buat segmen GA...hadiahnya pun menarik tu. Ini segmen GA yg pertama KZ join tau! 
Sila ke blog Wak Gelas untuk mengetahui syarat2nya. Jom ramai2 kita memeriahkan segmen ni..

Salam semanis coklat,



Some Bizzare and Odd things around us…

SEKADAR untuk tontonan                    
Morning Glory – kind of clouds observed in the Gulf of Carpentaria in northern Australia

image038
Heavy fog in Sydney, which enveloped the whole city.


Photo of storm in Montana, USA, 2010.
image035

guard in Mare, France must be one of the most courageous people on the planet!


image032

This is a unique geological phenomenon known as Danxia landform. These phenomena can be observed in several places in China. This example is located in Zhangye, Province of Gansu. The color is the result of an accumulation for millions o

Salam semanis coklat,
       

Peringatan Untuk Semua...




     Apa makna AIB? Aib adalah mengatakan sesuatu kekejian atau keburukan orang lain dgn niat. Hukumnya adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.
     
“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

          
     Adalah menjadi kewajiban kita untuk menutup aib orang lain. Bagaimana pula dengan membuka aib sendiri seperti mengaku tidak pernah berpuasa atau tidak pernah menunaikan solat...juga tidak dibenarkan dalam Islam!

      Sabda Rasulullah saw:"Sesiapa yg melakukan dosa sedemikian (syirik,mencuri,berzina...) dan dihukum kerananya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. DAn sesiapa yg melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kpd Allah sama ada utk mengampuninya atau mengazabnya." 

    Mengumpat atau membuka aib orang memang seronok, apatah lagi kalau sudah berkumpul beramai-ramai. Aib orang merupakan satu bahan bergosip yg sensasi!! KZ harap teman2 blogger tidak termasuk ke dalam golongan ini.

     Face book, twitter malah blog merupakan salah satu media di zaman cyber yg memudahkan kita membuka dan menyebarkan aib orang, kadang2 tanpa kita sedari. KZ pernah membaca status di fb seorang teman yg KZ rasa mengaibkan seseorang..lalu KZ tegur, Alhamdulillah..dia mengeluarkan status itu . KZ rasa dia menulis tanpa niat sebenarnya.

     Kalau tidak ada perkara yg boleh dibincangkan, eloklah kita berdiam diri....jika terasa ingin membuka aib orang, cermin dulu diri sendiri. Bagus sangatkah kita? Elok sangatkah budi pekerti kita? Banyakkah sudah amalan kita? Sempurna sangatkah penampilan kita?

Semoga kita saling ingat mengingati kerana kita memang mudah lupa!!

Salam semanis coklat,
                                                                                                                 
                                                                                                   

Inilah Teman-teman Alam Mayaku...part 1X



                                               http://kakciknurseroja.blogspot.com
KZ sangat suka pic pada header blog kakcik kita ni..Antara blogger yg KZ segani. Ada aura keibuan pada setiap entrinya. Silalah ke blog kakcik nur..pasti kawan2 semua akan 'jatuh cinta' pada wanita ini...

Sejak mengikuti blog ini, memang KZ jarang miss melawat blog saudara -gedek!..terus terang, sampai sekarang KZ tidak tahu bagaimana nak menyebut nick name blogger Marzuki Mahbob. Maklumlah huruf E ada dua sebutan! 
Ini satu-satunya self daily potret yg KZ jumpa...sangat menarik dan lucu..entrinya cuma sekeping foto dan sepatah dua perkataan menceritan tentang foto itu...tidak rugi follow blog ini..tak percaya? sila kesana.

Azian Elias mempunyai 2 blog yg menarik. Blog sweetfingers memaparkan gubahan untuk hantaran dan kek2 untuk majlis istimewa. Memang rambang mata melihat item2 yg cantik dan kreatif di blog ini. blog kedua pula untuk entri2 aktiviti Yan sekeluarga.

Hanan hadila ni sebaya dengan anak sulukng KZ, Yusrina. Anak jati Kelantan. Hana berjaya mendapat straight A's dlm PMR baru2 ni..TAHNIAH hanan!! Seperti blogger muda yg lain, hanan suka join segmen2 yg dianjurkan blogger lain. Untuk Hanan, semoga banyak lagi kejayaan yg akan mengiringi beliau.

KZ sangat suka kisah Hisham dan Seri bulan yg diselitkan di hujung entri AA. KZ juga suka cara penulisan blogger ini. Setiap entrinya pasti ada pic menarik dan bukan dipinjam dari pakcik google (itu KZ..huhuhu).

Salam semanis coklat,
Kak Zan

          



Friday, 21 December 2012

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun



SUDAH lama KZ tak join segmen macam ni. Jom join segmen tambah follower Miss Banu. Klik link di atas untuk mengetahui syarat-syaratnya.
Ketika entri ini di tulis follower Semanis coklat adalah 120..target?..sesungguhnya KZ memang tak ada target jumlah follower!

Salam semanis coklat.    


Kisah Pulut, Ikan Masin Dan Kopi...

HUJAN semakin lebat di luar..
Dinginnya menyapa perasaan
perasaan lapar yg tak mampu ku ceritakan
aku perlu makan...ya..makan!
Aku lantas ke dapur
mengintai-ngintai...apa yg masih berbaki
Ha...pulut tanak pagi tadi!
Ku korek-korek dlm peti sejuk yg agam berdiri...
ada ikan gelama masin
entah bila kubeli, aku pun kurang prihatin..
lantas kugoreng...
Ku bancuh kopi 3 in 1 sebagai pengiring..
Tapi...aku teringat pula
2 pasang jeans dan 2 pasang baju kurung
yg sudah tidak boleh ku sarung!
Maknanya!...
Ya..aku sudah makin mengembong....
Macam mana kalau satu almari
aku tak muat memakai mereka lagi!
Ku pandang pulut, ikan masin dan kopi yg menanti..
dan hujan yg masih belum berhenti...
Ahhhh..ada aku kesah...yg penting, aku senang hati...
Siapa nak join..sila ke mariiii...

Salam semanis coklat,
           Kak Zan

Inilah Teman-teman Alam Mayaku partV111

YEAY.....KZ sambung balik projek yg tergendala separuh jalan ni...giliran saper pulak ya..sila lihat..

                                                          http://infinity7392.blogspot.com/

Aku Gadis Cekal..itulah nama blog cik wawa yg suwitt ni. Sangat humble orangnya...kenapa KZ kata macam tu?..cuba tengok wishlist dia..
             

MY WISHLIST

a baG
CutE Dress
Nice sh0es 
jam tangan
Menghasilkan cerpen sendiri
KaiN teLekung 

Tapi Cik Wawa guna tulisan kecil dgn font macam ulat la..KZ ni dah rabun..payah sungguh nak membaca tulisan cik adik ni..apa pun silalah berkenalan dengan dia!


                       http://www.paripariputih.com/
Rasanya ramai yg kenal blogger ni...bila membaca entri2 PPP,KZ dapat rasakan,dia seorang yg happy go lucky!

                                                   http://b1tt.blogspot.com/
Ibu jelita dengan 2 hero ini selalu bercerita tentang aktiviti keluarga di entrinya...disertakan gambar2 yg menarik. Seronok melihat gelagat anak2 nya yg sedang membesar. KZ paling suka pic anak bitt dalam air di background blognya.

                       http://kazreal.blogspot.com/
Ini blog Mohd. Khazreel Naim..rasanya dia masih bujang. Menamakan bloglistnya dengan nama kopi, macam mana dia mengkatogerikan blog2 tu..kena tanya tuan rumah. Entri2 yg ditulisnya sangat interesting dan panjang (Entri KZ kontot2 jer..hehehe)..Element Of Life..memang kena dengan tulisannya. Bagi KZ,kay-are memang penulis yg berbakat!!


                      http://halamankecilsaya.blogspot.com
Fauziah mohamad juga menyertai blogspot agak sama waktunya dengan KZ. Semasa catatan ini di tulis,follower mrs.green baru 34 orang...mungkin kerana komitmen yg banyak,dia agak jarang mengupdate blog. Mari ramai2 tambah follower dia,mungkin  akan menambah semangat dia untuk menulis.


                     http://karukordjagaus.blogspot.com/
INI suami dan ayah orang! Rasanya karukord orang Sabah. Tulisannya sangat santai...nak belajar main gitar?...sila ke sini..

                          http://ctrahani.blogspot.com/
Di header ctrahani tertulis kisahku dan mereka di sekelilingku..tak pasti sama ada itu nama blog beliau atau blognya memang tidak ada nama khusus. Seperti yg dinyatakan,entri ctrahani berkisar tentang dirinya dan keluarga..comel anak-anaknya..

Salam semanis coklat,
          Kak Zan

Thursday, 20 December 2012

Sessi Menambah Lemak!!

SEMALAM kami meraikan kakak yg mendapat 6A 2B dalam PMR. Walaupun menjangka kakak mampu mendapat straight A's,namun kami tetap bersyukur dengan result yg sudah tertera di slip. En. suami memilih Restoran Kapitan,Bandar Perda.
Sementara menunggu makanan,sempat bergurau senda.
                    KZ memilih nasi beriani kambing.
Org. yg diraikan,Yusrina memilih Roti nan dan ayam tandoori
Tahun depan,Maisarah pula akan berdepan dengan PMR. 
Semoga Angah dapat menandingi kakak!

Salam semanis coklat,
         Kak Zan

Wednesday, 19 December 2012

Tahniah Kakak

AKHIRNYA debaran itu sampai ke penghujungnya. Tahniah kakak..6A 2B...


Salam semanis coklat,
          Kak Zan

Expedition 34 Soyuz Rollout

ROKET soyuz akan dilancarkan hari ini 19/12/2012 di Baikonur Cosmodrome,Kazakshtan.

Expedition 34 Soyuz Rollout

The Soyuz rocket is rolled out to the launch pad by train on Monday, Dec. 17, 2012, at the Baikonur Cosmodrome in Kazakhstan. Launch of the Soyuz rocket is scheduled for Dec. 19 and will send Expedition 34/35 Flight Engineer Tom Marshburn of NASA, Soyuz Commander Roman Romanenko and Expedition 35 Commander Chris Hadfield of the Canadian Space Agency (CSA) on a five-month mission aboard the International Space Station.

Image Credit: NASA/Carla Cioffi

Tuesday, 18 December 2012

Arrgghhh..Mana Idea Ni??

KETANDUSAN idea? Tak tahu apa yg pembaca cari di blog? 
Tiada idea yg bagus? Balik-balik cerita pasal aktiviti sendiri? Kadang2 itulah masalah KZ bila sudah membuka blog! KZ sangat suka entri yg ditulis oleh blogger I Think Of


7 CARA MENCARI IDEA UNTUK ENTRI BLOG

1.  Baca, membaca dan yang terbaca

Sumber idea yang paling utama. Cuba baca apa sahaja yang mungkin berkaitan dengan arus blog anda seperti entry telah saya post sebelum ini. Jika arus blog anda berkaitan internet, baca yang berkaitan teknologi tersebut. Berkaitan sukan, baca yang berkaitan sukan, jika peribadi? Baca blog atau artikel berkaitan keperibadiaan. Pasti nanti, ada "kata kunci yang bakal anda temui".

Terdapat banyak sumber bahan bacaan yang boleh diperolehi. Surat khabar, majalah dan hey, siapa sangka papan iklan tepi jalan yang anda terbaca pun boleh menjadi bahan anda :P

Sudah terlalu susah untuk mendapatkan bahan? Google sahaja untuk membaca.

2. Manipulasikan Formspring

Pengunjung ke laman anda, tidak mungkin tiada satu pun yang mengajukan soalan dengan kotak formspring anda. Mungkin soalan mereka berkaitan dengan apa sahaja yang mereka ingin tahu. Jangan jawab terus, gunakan soalan tersebut sebagai entri dan olah mengikut seni penulisan anda. Disamping dapat mengeluarkan idea untuk entri baru, disini juga anda dapat menghargai tetamu anda. Mungkin mereka akan kembali semula dan terus menjadi pembaca setia.

3. Berforum Online

Langkah berforum adalah salah satu langkah yang berkesan untuk mendapatkan pelawat atau traffik daripada 'backlink' yang kita tinggalkan. Dalam berforum ramai yang akan memberikan idea tertentu tentang sesuatu perkara. Anda gunakan ruang kosong atau sesuatu yang anda rasakan perlu ditambah dalam perbincangan tersebut sebagai idea anda.

Sampaikan lanjutan pendapat dalam blog anda dengan 'backlick' ditinggalkan di forum. Disamping entri baru, dapat juga traffik yang anda tunggu.

4. Pengajaran, pengalaman, suasana sekeliling dengan diri anda

"Hari ini, tengah berjalan-jalan di pantai. Terlihat perempuan cantik ditepi pantai dengan mengunakan telefon bimbitnya. Ops! Terjatuh dalam ke dalam air tapi dengan gaya slumber mengambil balik dan sambung bersembang sakan!. Itulah telefon baru yang pernah aku review ini, telefon jenama Norkia.Mot.Sam yang tahan lasak dan hangat dipasaran !", agak mengagumkan...ingin mengetahui secara lanjut, klik link untuk mengetahui..."

Itu antara perkara yang saya fikirkan tentang cerita sendiri disokong oleh entri yang terdapat dalam blog teknologi gadget anda. Ianya nampak seperti entri anda dikitar semula "recycle" tetapi, apa salahnya untuk mengulang ilmu atau pengetahuan sebagai tatapan dan faedah orang lain? Mungkin entri ringkas tapi berjaya "menjual" entri anda yang sudah sedia ada. Serampang dua mata. :)

5. Cuba sesuatu baru dan ajarkan semula

Cuba carikan sesuatu yang baru dan kemudian ajarkan semula. Jadikan ia sebahagian yang berguna kepada traffik. Contohnya tentang menambahbaik blog atau tentang pengetahuan anda yang mungkin traffik anda tidak mengetahuinya. Sebagai contoh klik sini. Pernah tidak anda mengetahui tentang memuat turun youtube dengan cara yang telah anda baca tadi?

Ajarkan pengetahuan atau kemahiran anda dengan membentangkannya sebagai tutorial. Biarlah sekali sekala terkeluar landasan, tetapi jadikan juga blog anda berguna dan pasti traffik anda pasti suka.


6. Video dan Gambar yang membawa maksud seribu satu makna

Sekali lagi berikan video atau gambar apa sahaja yang mungkin pelawat anda tidak terfikirkan. Video yang berkaitan dengan arus blog anda, video lawak, lagu dan banyak lagi. Boleh juga tampalkan gambar yang indah diseluruh alam, gambar pelik, gambar tentang keajaiban, tentang gambar yang memberi seribu makna(banyak dilakukan blogger pada Wordless Wednesday) dan ajak pembaca anda untuk sama- sama berfikir.


7. Entri Komen berkaitan entri blogger lain

Agak pelik ideanya bukan? Tetapi, saya tidak dapat nafikan bahawa ketika idea di kepala tengah kekeringan dan tidak mampu menulis, pastinya ada yang akan ber"blogwalking" atau membaca entri dan memberi komen kepada blogger lain. Kenapa tidak bukan?

Ini adalah merupakan kesinambungan kepada apa yang difikirkan oleh para blogger lain. Sekiranya anda berminat, panjangkan idea mereka tetapi jangan pula meniru apa yang mereka tulis bulat-bulat dan berikan pandangan anda. Kemudian buatan pautan kepada tuan blog, disamping dapat merapatkan silaturahim sekali lagi traffik menjelang tiba. :P


BONUS!!! Jika masih tidak mampu mencari idea untuk entri

Janganlah mencuba terlalu susah untuk sesuatu, jika masih lagi tidak mampu untuk melakukannya, saya cadangkan sahaja anda untuk terus berehat dan lupakan seketika blog. Kerana mencuba dengan terlalu susah, mungkin penulisan akan menjadi tidak teratur atau serabut dengan memaksa. Minda segar membolehkan tahap kualiti penulisan yang lebih dihargai.

Bagi mengelakkan idea bernas anda hilang begitu saja, tuliskan dulu atas notepad atau drafkan dulu didalam blog. Inilah tabung keselamatan untuk entri apabila tiba kekeringan idea kelak.

Blog ini sangat bagus untuk bloggers terutama newbies yg ingin menambah ilmu supaya blog anda menarik untuk di follow. Silalah ke sana..tidak rugi!!


Salam semanis coklat,
           Kak Zan

Keputusan PMR 2012 secara Online


KEPADA anak-anak yg ingin mengetahui keputusan PMR secara online, talian sms ini berfungsi dari jam 10.00 am 19.12.2012 hingga 25.12.2012 jam 11.59 pm.

    Ke'nervous'annya sudah pun terasa oleh mak budak...ngeee...kakak nampak cool jer!

Salam semanis coklat,
         Kak Zan

Mari Menambah Ilmu

ENTAH mengapa sehari dua ni KZ dilanda virus 'M' untuk berblog. Bukak dashboard dan jeling2 jer tajuk entri kawan2. Nak menulis...malas 'banget'. Siapa ada ubat virus 'M' ni?..
    Roll punya roll bloglist, ternampak entri dari Rai..tapi yg menarik perhatian KZ adalah satu link yg Rai letak di entrinya. http://jomfaham.blogspot.com ,bagus betul blog ini kepada yg ingin menambah ilmu.

     Di blog tersebut juga ada satu link kepada yg tidak berkesempatan menghadiri majlis ilmu, kuliah agama secara online http://almuttaqin.tv/index.php. Pilih saja apa topik yg ingin kita dengar. Cuma satu saja kekurangan mengikuti kuliah secara online..kita tidak boleh bersoal jawab dgn penceramah jika tidak faham apa yg dibincangkan.

     Kepada Rai,terima kasih kerana meletakkan link tersebut.

Salam semanis coklat,
            Kak Zan

Monday, 17 December 2012

Khabar Dari Hospital

SELEPAS acara family gathering di Sg.Klah, kami sekeluarga bertolak pulang ke Penang petang Ahad. Kami singgah sebentar di rumah MIL di Ipoh kerana anak KZ,Adi ingin menghabiskan cuti di sana.

     Sampai di laman rumah opah,ada sebuah kereta myvi di situ. Ohhh..anak Kak Ani,Along dan 3 orang adiknya dari Negeri Sembilan ada di sana. Apa khabar Along? Bila nak makan nasi minyak...itu soalan klise sebenarnya..Nasi minyak dah hangit,kena masak baru..katanya. Tak pe Along..dah tak ada jodoh!

     Cerita yg kami ingin dengar dari Along tentulah perkembangan terbaru Epit (Firdaus). Dia sudah semakin tenat. Doktor telah memberhentikan rawatan kemo. Usaha para perawat sudah sampai noktahnya. Tiada apa yg mampu mereka lakukan lagi.

     Badan Epit sudah membengkak dan matanya sudah kuning,petanda organ dalamannya juga sudah hampir 'shut down'. Mereka akan membawanya pulang ke Bahau Rabu ini (19/12/2012). 

     Apa yg membuat Along dlm dilema,dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kpd ayah mereka keadaan Epit sekarang. Abang Ramli tidak diberitahu yg doktor telah menghentikan semua rawatan  apatah lagi dia juga berpenyakit darah tinggi.

     Mereka adik-beradik mungkin telah bersedia menerima berita buruk itu tapi ayah mereka mungkin sedikit sukar menerima hakikat,anak lelakinya mungkin akan meninggalkannya terlebih dahulu. Berat sungguh tugas yg terpaksa Along pikul. Semoga along tahu apa yg harus dilakukan.

     Jika kematian itu lebih baik untuk Epit,semoga Allah menjemputnya segera kerana dia menahan kesakitan yg bukan sedikit (tulang belakangnya sudah menghimpit saraf, gerakan yg perlahan pun akan membuat dia sakit). Jika dia masih ada harapan untuk sembuh,semoga Allah segera menyembuhkannya....siapa tahu..kalau itu takdir allah.

Salam semanis coklat,
           Kak Zan

Sungai Klah Hot Spring,Sungkai,Perak


Amirul Rafiq yg cute and her gojes mummy
Acu Dilah,Maisarah,MekNa and Awisy, Yusrina, at the back Ikram.
                            The handsome boys!
                        The gorgeous ladies!
              Wooaaa..here come the baby elephant!

                 Habis 30 bijik telur ayam kami kerjakan
       My lovely Mak Anjang, dearest mak and cute sister.
              Jangan berani celup kaki kat sini..masak!
                               Makan time.
                              Splash time again!
                            Mohd.Haziq and me.
                     Pose maut ala mak duyung!
            Sebelum sampai rumak mak,singgah dulu sini..
                         rojak time...yummy!

Layanlah gambar2 ni..banyak lagi tapi dah malas nak upload..

Salam semanis coklat,
             Kak Zan