Friday, 11 January 2013

FRIENDS




A true friend... 
-Accepts you as you are
-believes in you
-calls you only to say "hello"
-doesn't give up with you
-admires all sides of your personality
-forgives your mistakes
-helps you
-encourages you to try it again
-makes a difference in your life
-says nice things about you
-offers his/her support
-understands you
-tells you the truth
-never judges you
-explains things you don't understand
-walks by your side
-calms down your fears
-shouts if necessary, if you don't want to listen
-raises you spirit.

Thursday, 10 January 2013

Sessi Menambah Lemak Lagi...

HARI Isnin lepas, kerana tidak ada mood untuk memasak, KZ telah meminta en. suami untuk membeli KFC sebagai dinner. Tapi bila balik dari opis, tangan dia kosong! Rupa2nya dia nak bawa kami makan kat luar jer. Kebetulan dia nak ke opis di Perda (opis dia di Seberang Jaya).

     Anak2 memang seronoklah...tapi mereka plez not Kapitan again...so nak pergi mana? KZ teringat satu tempat makan di Perda yg diceritakan oleh blogger Insan Marhaen.De Pauh Garden.

     Wahh...tempat tu memang 'happenning'...ramai betul pengunjungnya walaupun bukan weekend. Kami terpaksa memilih meja yg terletak di luar premis kerana meja yg kosong cuma meja kecil untuk 4 orang.


Adi memilih nasi ayam...
En. suami dan 3 anak daranya memilih chicken wings.
Ibu dan si bongsu share burger komtar...tak habis..sigemuk licinkan..

     Waiter yg ambil pesanan kami bukan org tempatan, bangla rasanya...minta oren jus 3...yg sampai satu..minta chicken wings 4..yg sampai 2...kena order 2 kali...tapi service dia memang cepat...staff dia memang mencukupi.
Cuma satu jer yg kurang menyenangkan...banyak nyamuk...sambil makan sambil menggaru kaki!...maklum ler makan di luar laman.

     KZ rasanya harganya pun boleh tahan...burger komtar tu RM17...total kos kami makan RM70...Muhammad Haziq dah buat permintaan...Ahmad nak makan kat situ lagi ya ibu! Sedap burger tu! 

Salam semanis coklat,

Terima Kasih untuk Doa-doa Itu...




TERIMA kasih pada teman2 blogger yg mendoakan kesihatan KZ. Alhamdulillah...KZ sudah sihat sepenuhnya. Jari-jemari KZ yg 'runcing' ni sudah ligat menekan-nekan keyboard lappy KZ yg buruk ni. Anak2 pun sudah tersenyum ketika membuka tudung saji di meja makan.

     Muhammad Haziq juga nampak sudah gembira hendak ke sekolah. Entah apa agaknya yg diigau malam sebelum insiden tu sehingga dia buat perangai. Sekarang KZ akan cuba bercakap di telinganya ketika dia baru hendak lena...rasanya ramai teman2 sudah tahukan tentang teknik ini dan ramai juga yg mengakui perubahan pada anak jika ia sering di praktikkan. 

     OK lah...KZ sudah harus bersedia memakai topi 'supir' sekarang...Untuk teman-teman..terima kasih sekali lagi...
Salam semanis coklat,

Wednesday, 9 January 2013

Sedikit Ujian Dari Allah...

SUDAH 2 hari KZ tak buka blogger.com. Apa khabar teman2 semua? KZ tahu ada yg tidak berapa sihat seperti Ticer Granny yg terkena allergic di mukanya seperti yg diceritakan di status fbnya. Tentu banyak perkara yg KZ ketinggalan. KZ ke mana? Tidak ke mana-mana....KZ tidak sihat sebenarnya.
     Bukanlah sakit teruk...cuma demam, Allah beri satu pakej...sakit kepala, sakit tekak dan sakit badan. Kerja2 rumah pun banyak yg tergendala. Hari Isnin, KZ cuma mampu masak sardin utk lunch dan en suami bawa ke luar untuk makan. Semalam, KZ tapau dari kedai makan kat depan taman untuk lunch dan bubur nasik untuk dinner, sebab KZ tak selera nak makan.

       Semalam memang satu hari Allah tarik nikmat makan. Untuk lunch, KZ hanya lalu minum milo. Karipap yg memang feberet cuma mampu ditelan separuh. Lunch hanya 2 sudu nasi dengan sup ayam dan sedikit bubur nasik untuk dinner. 100 plus jadi penyaman tekak seharian.
Banyak masa dihabiskan berbaring dan tidur selepas menelan ubat.
Ayam, sotong, sup dan rendang ayam...cuma RM20..

     Hari ini pun selera makan masih belum Allah beri sepenuhnya. Tadi KZ beli sebungkus nasi lemak besar. Perut memang lapar dan badan pun berasa lemah tapi hanya mampu menghabiskan separuh saja nasi lemak tu. Tapi KZ paksa tekak menelan segelas besar milo kerana KZ perlu tenaga untuk menguruskan rumahtangga..lantai harus di mop..bilik harus dirapi....dapur berminyak-minyak tidak dibersihakan 2 hari!

     Untuk teman-teman mungkin agak mustahil untuk singgah di blog semua orang hari ni...oh KZ ada 4 follower baru rupanya...nantikan kunjungan KZ ya..insyaAllah.

Salam semanis coklat,

Sunday, 6 January 2013

Kerana Kami Perhatin...Bukan Menyibuk!

KETIKA berbual kosong dengan jiran2 di tepi padang semalam, kami membangkitkan perihal jiran kami yg ada 5 orang anak. Bukan....kami bukan nak mengumpat hal rumahtangga orang, 'concern' sebenarnya dengan keadaan anak2 mereka.

     Jiran kami ini, kedua-duanya bekerja...3 anaknya sudah bersekolah dan 2 lagi berumur 4 dan 2 tahun..dijaga oleh baby sitter yg juga jiran berdekatan. 

     Baby sitter ini pernah mengadu, dia diberi upah ikut suka hati ibubapa budak2 tu...agak terkejut mendengar jumlah yg diberi, lebih2 lagi anak2 yg lain juga akan ke rumahnya selepas waktu sekolah hingga ibubapa mereka pulang dari bekerja! Mungkin kerana jiran ni memang memerlukan wang..jadi dia tidak bersuara.

     Apa yg kami bangkitkan semalam tentang anak2 ini yg sentiasa berkeliaran tanpa awasan terutama ketika cuti sekolah. Mungkin untuk menjimatkan wang, si kakak yg berumur 10 tahun diberi tanggungjawab menjaga adik2 ketika cuti sekolah.

      Si kakak inilah yg menguruskan rumah dan memasak. Apalah yg dapat dimasak oleh gadis seusia itu...nasi dan telur goreng! Dia juga tidak dapat mengawal adik2 yg agak nakal, terutama adik lelakinya yg berumur 8 tahun. 

     Anak ini diceritakan akan merayau-rayau ke rumah jiran tidak kira masa. Tentu menjengkelkan jika dia bertandang ke rumah hingga terpaksa diminta pulang...jika tidak dia akan berlama-lama di rumah kita.

      Kadang2 anak2 ini akan ke rumah jiran meminta makanan! Terkejut seorang jiran melihat anak yg berumur 4 tahun(yg kami panggil yaya)  makan biskut kering yg diberi dan memuji kesedapan biskut itu!...MasyaAllah...getusnya, tidak ada makanan kah di rumah mereka (mereka bukan orang susah!)

     Semalam, seorang jiran terserempak yaya merayau-rayau di padang berhampiran pada pukul 8 malam. Biar betul!, katanya. Yaya juga suka bermain buaian ketika tengahari rembang! Pada kami, banyak perkara buruk boleh berlaku terhadap anak2 ini., apatah lagi kejiranan kami memang ramai warga asing.

      Ada juga yg bercerita, si bu sebenarnya tidak suka ada ramai anak...mungkin kerana dia sendiri hanya ada seorang kakak, dia merasa lemas dan rimas dgn anak2. Lalu ada yg bertanya...kenapa beranak ramai?...dan ada yg menjawab...kerana suaminya melarangnya menggunakan kaedah 'family planning'!

     Sedih juga melihat keadaan anak2 ini. Siibu pulang dari kerja, tapi langsung tidak menghiraukan anak2 yg sudah seharian ditinggalkan. Anak2nya yg kecil dibiarkan saja bermain dipadang tanpa pengawasan. Anaknya yg berumur 4 tahun sering memanjat-manjat tapi bila ditegur, dia buat tidak tahu...ngeri melihatnya! Kadang2 si ibu dilihat keluar semula selepas pulang bekerja..ke mana?Tidak pula kami ambil tahu.

     Kami juga pelik, kenapa si suami tidak kisah dgn perangai si isteri. Mungkin si isteri telah memberi syarat...dia bersetuju mengandung dan beranak, tapi bukan menjaga mereka!...mungkin? Percaya tak, dia sebenarnya pernah mengandung selepas habis pantang anak yg kini berumur 2 tahun..tapi keguguran.Kami hanya menggeleng kepala.

    Hmmm...sebenarnya kalau nak bercerita tentang keluarga ni memang tak habis satu hari. Kami jiran2 bukan nak menjaga hal rumahtangga mereke atau nak mengaibkan mereka....satu saja kami harap...tidak akan ada perkara2 buruk yg berlaku pada anak2 itu...semoga mereka sentiasa di dalam lindungan Allah!

     Kepada teman semua, jagalah anak kita dengan baik. Mereka amanah dari Allah. Kalau sudah terjadi sesuatu yg buruk dan baru hendak menyesal, memang tidak berguna. Jangan anggap dgn membiarkan saja mereka, mereka akan lebih cepat berdikari, berani dan tahan lasak...itulah kata bapa anak2 itu. Teman2 setuju?

Salam semanis coklat,