KZ rasa teman2 blogger mesti dah lihat klip video tentang budak2 ni memang heboh di lama fb. Kesian KZ pada nasib budak2 ni. Ke mana arah mereka selepas ini. Mencari sekolah baru bukan mudah, apatah lagi dengan rekod sebegitu dan tersebar pula di laman sosial...satu dunia tahu dan kenal mereka.
Inilah jadinya bila tindakan mendahului akal. Hairan...bukan mereka tidak tahu apa natijah dari perbuatan mereka. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dari kisah2 yg telah banyak berlaku dan didedahkan atau mereka memang ingin merasakan sendiri pengajaran itu!
Entah bagaimana pula reaksi ibubapa pelajar2 ini. Di mana harus mereka meletakkan muka. Pasti jiran dan handai taulan telah pun tahu. Bagaimana pula mereka harus merencanakan semula haluan anak2 ini?
KZ rasa salah satu punca insiden ini adalah pengaruh rakan sebaya. Kadang2 cabar mencabar menjadikan anak2 yg hormonnya sedang menggila ini hilang pertimbangan.
KZ harap masih ada sinar untuk mereka. Mereka perlu dibantu untuk meniti semula landasan yg betul. Janganlah kita terus menghina dan mengkritik mereka kerana itu bukan jalan penyelesaian tetapi yg bersalah tetap perlu dihukum. Mungkin pengajaran yg mereka sendiri undang ini akan menginsafkan mereka dan menjadikan mereka manusia yg hebat di masa akan datang.
Salam semanis coklat,