KZ amat tertarik ketika membaca artikel dari smashinglists.com ni. Rupanya buah-buahan dari negara kita antara buah-buah yg pelik di dunia.
10. Passion Fruit

Passin fruit atau buah delima sebenarnya berasal dari Amerika Selatan. Sebenarnya buah ini ada 2 jenis, satu dikatakan beracun dan satu lagi yg selalu dibuat jus.
9. Star fruit aka Carambola

Buah belimbing banyak terdapat di negara sebelah sini. Belimbing besi merupakan jenis yg enak di makan kerana rasanya yg manis dan sesuai dibuat jus.
8. Mangosteen

Buah yg berbeza kulit dan isi. Kaya dengan antioksida dap sekarang para saintis percaya buah ini mampu mengubati banyak penyakit merbahaya. Dewasa ini banyak produk dihasilkan dari buah ini.
7. Durian aka The King of fruits

Orang 'putih' menyamakan bau buah ini seperti bau stokin busuk! Kerana buanya yg extreme, buah ini di'haramkan' memasuki hotel dan beberapa premis lain! Mereka juga melebalkan si durian ini mempunyai rasa jelek. Itu lidah mereka kan...yg penting ini buah yg AWESOME.
6. Dragon Fruit

Juga di panggil buah pitaya. Berasal dari Mexico. Dari keluarga kaktus. rasanya manis. Antara buah yg KZ tidak berapa gemar! Bunganya juga boleh dimakan mentah.
5. African cucumber aka Kiwano

Timun yg terdapat di Afrika. SEperti timun yg lain, ia berair dan rasanya dikatakan sedikit masin.Selalunya digunakan untuk menghias makanan.T
. Ackee

Nampak pelik kan buah ni. Merupakan buah kebangsaan negara Jamaica.
3. Buddha’s Hand

Buah ni nampak menakutkan. Rasanya dikatakan seperti limau.Boleh didapati di China dan India. digunakan sebagai perasa dlm masakan ikan dan sebagai pewangi rumah.
2. Tamarillo

Dari keluarga tomato. Tumbuh di Ecuador, Peru dan Colombia. Rasanya seperti buah delima dan selalu dibuat jus atau digunakan dlm penyediaan sos. Juga dijadikan pengawet makanan kerana kandungan peptin yg tinggi.
1. Custard Apple

Juga dipanggil bull's heart.. TErdapat di Taiwan, India dan Afrika serta di beberapa negara tropika. Rasanya manis dan enak seperti rasa kastard.
http://www.smashinglists.com/