Saturday, 14 September 2013

Jom Makan Makanan Sihat

Badam
Amat bagus utk jantung kerana mengandungi monounsaturated fat, lemak baik yg mampu menurunkan paras kolesterol.

Epal
Mengandungi vit.C, antioksida yg melindungi sel badan dari rosak

Beri biru
Phytonutrients di dalamnya boleh mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan kanser.

Brokoli
Juga mengandungi phytonutrients.

Bayam
Tinggi kandungan vit.A, C dan folate.

I did not become a vegetarian for my health, I did it for the health of the chickens.
Isaac Bashevis 


sumber; http://www.mayoclinic.com/health/health-foods/MY01108&slide=12

Salam Semanis Coklat,

Indahnya Kejayaan Itu



Maisarah Azman...pelajar terbaik kelas ,tingkatan dan semua subjek yg diambil.




Yusrina Azman..pelajar terbaik PMR 2012, Tokoh sahsiah tingkatan 4, pelajar terbaik kelas dan tingkatan dan subjek terbaik bio, fizik dan kimia.

Keep up the good work girls dan terima kasih Allah kerana meminjamkan kejayaan2 ini. Semoga Kau mengurniakan lagi kejayaan2 untuk mereka lagi selepas ini.



Salam Semanis Coklat,

Acara Sabtu




INILAH majlis yg akan KZ dan suami hadiri hari ni. Sebenarnya pada tahun2 yg lepas, KZ malas nak pergi tapi kali ni teringin pulak nak tengok budak berdua tu naik pentas terima anugerah. 

     Menurut kata Maisarah, parents diminta mengiringi anak menerima anugerah. Alamak...KZ ingat nak pakai blouse dan slack jer. Nampaknya kena dress up la sikit. Hmmmmm..nak pakai baju apa ya? Baju kurung raya tadi pun ok jugak rasanya.

     Bercakap tentang pakaian ke majlis2 di sekolah ni, KZ nak merungut lah sikit. KZ perasan ramai parents yg tak kisah tentang pakaian ketika menghadiri events yg sekolah anjurkan. Memang tidak ada kod pakaian dinyatakan di dalam surat jemputan tapi agak-agaklah. Ada ibu yg KZ lihat hanya memakai t shirt, berseluar jeans dan berselipar jepun!

     KZ rasa baju kurung sangat versatile ke majlis2 di sekolah. Tak payahlah pakai baju yg penuh dgn labuci dan bertumit tinggi. Yang paling KZ tak berkenan, berseluar ketat melekat. Ya Allah, terserlah segala aset tu. Tolonglah..pakaian tu cuma layak dipakai di dlm rumah. Kalau bumper se seksi JLO pun, tak perlulah menayangnya.

     Nantikan entri KZ tentang majlis anugerah cemerlang ni.




Salam Semanis Coklat,

Friday, 13 September 2013

Tahniah Faizal Ismail.


DALAM fanpagenya Faizal Ismail mewarwarkan kelahiran anak ke empatnya pada jam 3.06pm. Baby girl! Tahniah FBI, semoga bertambah rezeki.


Salam Semanis Coklat,

You ARE Beautiful: Dove̢۪s Real Beauty Sketches shows us what we really think

You ARE Beautiful: Dove̢۪s Real Beauty Sketches shows us what we really think

KZ kongsikan link ini untuk teman2 semua. Rupa-rupanya 4% sahaja wanita yg merasakan mereka cantik! Tontonlah video clip tersebut hingga habis.

Salam Semanis coklat,



Kak Kiah...Akak Pi Mana?



BUKAN main semangat nak pi kelas jahitan tapi pintu kelas tertutup rapat! Kak Kiah...akak tap abis beraya lagi ka? Bila kelas kita nak bukak balik ni!



Salam Semanis Coklat,

Kalori Oh Kalori


 Sebagai Panduan…. 
JADUAL KANDUNGAN KALORI DALAM MAKANAN MALAYSIA

KUIH MUIH
BILJENISKALORI
1.Kasui berkelapa parut (sekeping)160
2.Kuih lapis (sekeping)130
3.Bingka ubi (sekeping)220
4.Cekodok pisang (sebiji bersaiz sederhana)180
5.Popiah goreng (satu)130
6.Popiah basah (satu)95
7.Pisang goreng (satu)170
8.Kek biasa tanpa krim (sepotong)87
9.Karipap (sebiji)130
10.Sandwich sardin (sekeping)70
11.Bubur kacang (semangkuk)100

LAUK PAUK
BILJENISKALORI
1.Ikan kembung kari berkuah (seekor)85
2.Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong)142
3.Ikan kembong goreng (seekor)140
4.Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)210
5.Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis)130
6.Ayam kari berkuah (sepotong)250
7.Ayam goreng (sepotong)255
8.Ayam tandoori (sepotong)220
9.Sambal udang (setengah cawan)70
10.Sambal sotong (setengah cawan)55
11.Telor goreng (sebiji)110
12.Tauhua goreng (sekeping)110
13.Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan)40

MAKANAN SEGERA
BILJENISKALORI
1.Peha ayam goreng (satu)130
2.Nugget ayam (satu)60
3.Kentang lecek (satu tiub kecil)90
4.Sayur kobis hancur / Coleslaw (satu tiub)75
5.Burger keju (satu)425
6.Kentang goreng (satu kantung kecil)405
7.Sate ayam (secucuk)35
8.Pizza berkeju (sepotong)240

 MAKANAN RUTIN
BILJENISKALORI
1.Nasi putih (satu setengah cawan)260
2.Nasi lemak bersambal (sepinggan)400
3.Nasi goreng bertelur (sepinggan)635
4.Nasi briyani berayam (sepinggan)880
5.Nasi minyak kosong (sepinggan)445
6.Nasi ayam kosong (sepinggan)300
7.Mee goreng kosong (sepinggan)660
8.Mee sup (semangkuk)380
9.Meehun goreng (semangkuk)550
10.Roti putih (2 keping)156
11.Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping)200
12.Capati tanpa kuah (sekeping)180
13.Pau ayam (sebiji)203
14.Emping jagung kosong (secawan)160

BUAH-BUAHAN
BILJENISKALORI
1.Tembikai (sepotong)20
2.Betik (sepotong)45
3.Pisang emas (2 biji)76
4.Durian (5 ulas)64
5.Limau (sebiji)42
6.Jambu batu (sebiji)110
7.Nenas (sepotong)59
8.Epal (sebiji)63
9.Ciku (sebiji)44
10.Mangga (sebiji)103

MINUMAN
BILJENISKALORI
1.Minuman berkarbonat (1 tin-285g)120
2.Minuman kotak (250g)105
3.Susu tepung penuh krim (1 sudu makan)33
4.Susu tepung tanpa lemak (1 sudu makan)25
5.Aiskrim (2 skop)390
6.Susu pekat manis (1 sudu makan)71
7.Yogurt rendah lemak (1 cawan)90
8.Mentega (2 sudu teh)75

  
JADUAL PEMAKANAN HARIAN DAN KANDUNGAN KALORI
MAKANJENISKALORI
SarapanNasi lemak + Telur Mata Kerbau + Teh tarik541
Minum Pagi Jam 10Kuih karipap (3 biji) + Teh O410
Makan TengahariNasi (3 cawan) + Ayam kari + Dalca sayur + Air Tembikai
900
Minum PetangKopi susu + Popiah goreng (3 biji)510
Makan MalamNasi (3 cawan) + Ikan tenggiri masak merah + Kangkung goreng belacan + Air Masak

682
JUMLAH3043

KALORI YANG DIPERLUKAN DALAM SEHARI
BILJANTINAKALORI
1.Lelaki2000 – 2500
2.Perempuan1600 – 2000

JADUAL AKTIVITI MEMBAKAR KALORI
Kalori dibakar bergantung kepada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
BILAKTIVITIKALORI DIBAKAR
1.Menonton TV40
2.Berjalan pantas300
3.Bermain bola keranjang (agresif)450
4.Mengemas rumah240
5.Berkebun320
6.Bermain golf (bawa sendiri Club)385
7.Berbasikal statik380
8.Aerobik405
9.Ping pong280
10Sex1000