Saturday, 29 September 2012

Congratulation Gurlz!!




Pagi ni ada Majlis Anugerah Cemerlang Di Sek.Men.Batu Kawan.Encik suami yg pergi.
Langsung sekeping gambar pun dia tak ambil. Malas katanya.Eleh..tau le anak dia naik atas pentas tiap tahun...dah tah heran...(riak le tu..)

Ini anugerah Sahsiah yg diperolehi Si sulung Yusrina, Dia juga mendapat no 2 dlm tingkatan dan subjek terbaik Bahasa Inggeris.


 Ini sijil penghargaan yg diperolehi Maisarah untuk no 1 dlm tingkatan dan subjek terbaik untuk beberapa mata pelajaran. Kecuali Bahasa Melayu (???? tak boleh score!)  dan Kemahiran Hidup (Mai memang tidak kreatif) yg lain semua dia sapu...orang lain tk de chance naik pentas!

Congratulations gurlz!!

Apa Yg Ada Sebelum Allah




Suatu pagi Imam Abu Hanifah (ketika itu masih kanak2) mendapati tuan gurunya berada dalam keadaan sugul dam berdukacita. Beliau pun bertanya sebab musababnya.

Tuan Guru : Aku bermimpi yg sangat luas yg terhias.Terdapat sepohon kayu yg berbuah..Kemudian muncul seekor babi dari satu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buahan serta dedaun pohon tersebut sehingga habis.
Yang tinggal hanya batangnya sahaja.
Kemudian muncul pula seekor harimau umbi pokok tersebut lalu menerkam babi tersebut dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah :  Allah Taala telah mengajar saya ilmu takbit mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan bolehlah saya takbirkan

Tuan Guru : Takbirkanlah..!
 
Imam Abu Hanifah : Dusun luas yg terhias itu adalah agama Islam.Pohon kayu yg berbuah itu adalah para ulama.Batang kayu yg tertinggal itu adalah tuan guru sendiri. Babi yg muncul itu adalah si ateis itu. Manakala harimau yg membunuh babi itu ialah saya sendiri!

Tuan Guru : Bagaimana pula kalau orang tanya siapa kamu?

Imam Abu Hanifah : Katakan saja saya ini budak pembawa kasut tuan. Berangkatlah, saya akan turut menemani tuan guru. Dengan berkat hikmat tuan guru dan berkat hadrat tuan guru, saya akan patahkan hujahnya!

Tuan Guru sangat gembira dgn kata2 Imam Abu Hanifah. Lalu mereka bertolak bersama-sama ke masjid jami'.
    Kemudian khalifah sampai disamping orang ramai telah berhimpun di sana.

Si ateis itu datang terus naik ke mimbar dan bertanya."Siapakah diantara kamu yg akan menjawab soalan2ku?"

Imam Abu Hanifah : Nyatakan sahaja soalan kamu, orang yg tahu akan menjawabnya.

Antara 3 soalan yg didebatkan ialah;
                  Apa yg ada sebelum Allah ada?
                  Ke manakah Allah sedang menghadap sekarang?
                  Apakah yg dilakukan Allah sekarang?

Apa yg ada sebelum Allah?
Imam Abu Hanifah : Tiada sesuatu sebelum Allah.Buktinya ada pada anggota badan mu.Tiada sesuatu pun yg mendahului ibu jari tanganmu.Begitu jugalah dgn Allah Taala,Tiada sesuatu sebelumNya dan tiada sesuatu sesudahNya.

Ke manakah Allah sedang menghadap sekarang?
Imam Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, kemanakah sinarnya menghadap?

Ateis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru!

Imam Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dgn lampu cuma buatan, bagaimana dengan Allah Taala Pencipta langit dan bumi, sebab Dialah Nur langit dan bumi!

Apakah yg dilakukan Allah sekarang?
Imam Abu Hanifah : Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yg menjawab mesti berada di mimbar dan org yg bertanya berad di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah!

Si ateis itu pun turun. Imam Abu Hanifah pula naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, Siateis itu pun bertanya soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab "Inilah yg Allah Taala sedang lakukan, Dia sedang menggugurkan yg batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yg benar dari bawah ke atas!"


Salam semanis coklat,  



 

Islamic quotes




Meet people in such a manner that if you die,
they should weep for you,
and if you live,
they should long for you
- Ali (radi Allahu anhu)

TIADA DUKA YG ABADI








Tiada duka yg abadi di dunia,
tiada sepi merantaimu selamanya
malam kan berakhir
harikan berganti...

Hayatilah lagu ini...khas untuk saleha.

Friday, 28 September 2012

NAKOULA BASSELEY DITANGKAP







Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.
Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.
Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.
Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.
Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.
Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.
Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan ada miliknya.
Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.
Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya.
Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.
“Lelaki itu memberi kerjasama,” katanya lagi.
Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.
Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel.
Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain.@sinar

Aiyang Disayang : Lelaki Misteri Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid di Syria -video

Aiyang Disayang : Lelaki Misteri Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid di Syria -video

Sedang  BW singgah blog ni..lain dari yg lain..menarik info dan cerita yg di kongsi tuan punya blog..errr tak sempat le pulak menyelidik siapa si tuan tanah. Kalau suka cerita dunia yg  penuh keajaiban, misteri, sedih, kelakar..inilah blognya.

Islamic Quotes





YOUR LOUD VOICE IS NOT PROOF OF THE DEPTH OF YOUR KNOWLEDGE, FOR AN EMPTY UTENSIL MAKES MORE NOISE THAN A FULL ONE.

Senjata Itu Menghalang Aku!




"Wahai kawanku, mengapa keadaan kamu sangat menyedihkan?" tanya syaitan gemuk kpd syaitan kurus.
     Kasihan dia melihat rakannya itu. Tubuhnya kurus melidi, tidak berpakaian. Wajahnya pula sentiasa murung kesedihan.
     Keadaan itu jauh berbeza dengan syaitan gemuk yg sihat, berperut buncit dan lengkap berpakaian serta cantik. Wajah syaitan gemuk itu sentiasa riang, mulutnya asyik tertawa gembira.

     "Kau lihatlah aku, sentiasa 'kenyang' hasil dari godaan terhadap manusia. Pada waktu mereka makan dan minum, aku juga turut serta. Apabila mereka memakai baju, pun aku mengikut memakai juga. Dalam apa yg dilakukan manusia itu, segala-galanya aku turut serta. Hasilnya hidup aku turut mewah kerana pemberian manusia itu" kata syaitan gemuk itu lagi.

     "Jikalau begitu, nasibmu amat beruntung wahai temanku, sedang aku tidak dapat menumpang 'kenyang' drpd manusia yg aku goda." jawab syaitan kurus, sedih.

     "Mengapa begitu rakanku? Apakah yg menyebabkan engkau terhalang drpd menikmati kesenangan seperti aku?" tanya rakannya itu lagi.

     "Wahai temanku, manusia yg aku goda itu mempunyai senjata. Setiap kali mereka hendak makan, mereka akan keluarkan senjata itu. Begitu juga apabila mereka hendak minum, hendak menyarung pakaian, bahkan dalam segala apa yg mereka lakukan pun, mereka tidak pernah lupa pada senjata itu.

     "Senjata itu menyebabkan langkahku terhalang. Menyekat aku dari turut serta makan, minum bersama-sama mereka. Aku tidak dapat menyertai apa sahaja aktiviti yg mereka lakukan. Sebab itu tubuhku kurus begini, tidak berpakaian. Aku sentiasa kelaparan dan kehausan" cerita syaitan kurus.

     Lantas syaitan gemuk bertanya,"Siapakah golongan manusia itu? Apakah senjata yg sentiasa menghalangmu wahai rakanku?"

     "Mereka adalah golongan mukmin yg mulutnya tidak lekang dari zikir dan bismillah. Dalam setiap perkara yg hendak mereka lakukan, mereka tidak pernah lupa dgn kalimah bismillahirahmannirrahim."

     "Nama Allah tidak pernah lekang dari mulut mereka sebelum melakukan sesuatu perkara. Itulah senjata mereka yg menghalang daku untuk turut serta menjamah rezeki mereka dan gagal utk mendapatkan pakaian mereka" jawab syaitan kurus.

     Sambil mengangguk kepala, syaitan gemuk berkata,"Jikalau begitu, aku memang beruntung. Malah, aku berterima kasih kpd manusia yg aku goda.

      "Mereka tidak pernah menuturkan kalimah yg menyebut nama Allah dlm setiap perbuatan mereka. Kerana itu setiap kali mereka makan, minum dan berpakaian, aku boleh turut srta dengan mereka. Sebab itu aku sentiasa kenyang dan berpakaian cantik begini!"

     Salam semanis coklat,


Thursday, 27 September 2012

Apa Itu Kemurungan




Minggu lepas merupakan minggu yg agak menakutkan....eh, bukan kak zan yg ketakutan tetapi adik ipar KZ yg tinggal di sebuah kuaters kerajaan di Putra Jaya.
     Puncanya? Ingat tak berita tentang seorang wanita yg membunuh diri dgn mencekup kepalanya dgn plastik sehingga lemas. Lokasinya betul-betul di blok tempat adik KZ sekeluarga tinggal.
     Kebetulan pula suami Ina kerja shift malam ketika itu. Tak sangka pulak, rupanya adik ipar KZ ni penakut gila. Habis diangkutnya kengkawan bermalam di rumahnya. Tak pun dia yg berangkut dgn anak2 bermalam di rumah teman. 

      Sebagai manusia yg normal tentu kita tidak faham mengapa ada insan yg sanggup mencabut nyawanya sendiri, lebih2 lagi dgn cara yg sadis. Apatah lagi yg beragama Islam kerana ianya memang sesutau yg sangat dilarang.

      Kebanyakan individu yg mengambil nyawa sendiri sebenarnya mengalami masalah kemurungan atau depression.
  
      Apa itu kemurungan? Kemurungan adalah perasaan sedih yg melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan normal yg sering kita alami. Bagaimanapun jika perasaan sedih itu terlalu berat terlalu berat utk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu (selalunya tercetus akibat berlakunya peristiwa besar dlm hidup) serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah satu kesedihan biasa. Ia sudah menjadi kemurungan.

      Kemurungan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor;
      
      * Berasa gagal dlm hidup
      * Rasa sedih akibat peristiwa yg dahsyat seperti kematian, perceraian etc.
      * Berasa terasing hingga hilang minat bersosial dan tiada fokus pada pekerjaan.
      * Berasa rendah diri
      * Masalah kewangan yg meruncing
      * Bimbang tentang masa hadapan
      * Masalah hilang daya seksual
      * Masalah hubungan
      * Kesan dari penyakit fizikal yg kroni.

      Kita perlu ada kemahiran utk mengendalikan konflik dlm hidup. Jika ada masalah, cari punca dan jalan penyelesaian. Jika tak mampu hadapi sendirian, berbincanglah dgn keluarga atau teman rapat.
      Sebagai ahli keluarga dan sahabat, pekalah dgn perubahan individu di sekeliling kita Keprihatinan kita mampu membantu mengurangkan risiko.

     Adakah rawatan yg mampu membantu? Masalah kemurungan ini mampu dirawat menerusi beberapa siri terapi seperti  terapi psikologi,'cognitive behaviour therapy' dan juga 'talking therapy'. Selain itu pemberian ubat=ubatan dgn prikripsi pakar juga berupaya memulihkan keadaan pesakit.

10 B utk redakan tekanan:

 Bertenang
 Bernafas secara dalam
 Berkata: Relakslah.....
 Berkongsi perasaan dgn seseorang
 Berurut
 Berehat dn mendengar muzik
 Beriadah
 Bersenam
 Berfikiran positif


Salam semanis coklat,

 
  

Islamic Quotes





Never do I argue with a man with a desire to hear him say
what is wrong, or to expose him and win victory over him.
Whenever I face an opponent in debate I silently pray -
O Lord, help him so that truth may flow from his heart
and on his tongue, and so that if truth is on my side, he may follow me;
and if truth be on his side, I may follow him.
- Imam Ash-Shafi (rahimullah)

Wednesday, 26 September 2012

Islamic Quotes






"I looked at all friends, and did not find a better friend than safeguarding the tongue. I thought about all dresses, but did not find a better dress than piety. I thought about all types of wealth, but did not find a better wealth than contentment in little. I thought of all types of good deeds, but did not find a better deed than offering good advice. I looked at all types of sustenance, but did not find a better sustenance than patience."

Monday, 24 September 2012

Seekor Ulat & Sehelai Daun Hijaun




     KELIHATAN  seekor ulat  bergoyang-goyang ditiup angin di celak dedaun hijau.
  "Apa khabar daun?" sapa ulat kecik tersebut.

         Tersentak daun hijau  lantas menoleh ke arah suara yang datang.
"Oh kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" soal si daun hijau.

         "Aku hampir tidak dapat daun hijau  utk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat?" tanya si ulat kecil.

       "Boleh! Boleh! Datanglah kemari!" kata daun hijau. Daun Hijau terfikir, jika dia memberikan sedikit daun ini utk makanan si ulat, dia tetap akan hijau. Hanya akan kelihatan berlubang-lubang...tapi tak mengapalah! 

       Perlahan-lahan si ulat kecil  menggerakkan tubuhnya ke arah daun hijau. Setelah makan dgn kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yg telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.

     Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kpd sahabatnya yg penuh kasih sayang dan pengorbanan itu, ada rasa kepuasan mendalam dlm diri daun hijau.

      Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini, namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil   yg lapar.

      Tidak lama kemudian ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya dia kering, jatuh ke tanah, disapu dan dibakar orang.

        Demikianlah kehidupan kita...hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yg menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.

       Yang manakah sering kita lakukan, menjadi ulat yg menerima kebaikan orang  atau menjadi menjadi daun hijau yg sanggup berkorban apa saja?


Salam semanis coklat,

 

Sunday, 23 September 2012

Apalah salahku?





Seorang teman fb KZ telah removed dan banned KZ.Puncanya...selepas KZ memberi komen pada satu statusnya.
     Komen KZ bukanlah berbau kutukan atau
                                                   hinaan atau
                                                   ejekan...
     yg boleh membuat seseorang itu marah.
     

Komen yg KZ beri berbentuk tazkirah atau  peringatan. Bukan sekadar peringatan untuk dia tetapi juga KZ sendiri,
   Teman fb KZ ini sebenarnya teman lama KZ. Kami pernah bekerja sama tempat  11 tahun dulu. Dia jauh lebih muda dari KZ jadi KZ menganggapnya seperti adik KZ sendiri. Memang KZ selalu memberi nya nasihat di dinding fb.
   Teman KZ ni cantik orangnya. Sebenarnya KZ sendirikurang pasti keadaan dirinya sekarang. Satu ketika statusnya ditulis married, tidak beberapa lama kemudian ditukar kpd single..tidak berani pula bertanya lebih lanjut, nanti dikata busybody!
    
     Satu hari teman ini menulis pantun tentang masalah yg macam mangkuk tingkat selepas umur pun makin meningkat. KZ pun komen..semoga amalan kita pun semakin meningkat, maklumlah mati tidak mengenal usia jadi kita mesti bersedia. 
     Kemudian KZ tulis lagi..ubahlah apa yg patut kita ubah.
     Rasanya tak ada isu kontrovesi yg boleh membuat teman ini marah. Jadi kenapa KZ diremoved dari friend listnya?
                        APALAH SALAHKU?

   Salam semanis coklat,