Saturday, 6 April 2013

Rumpai Laut Memang Bukan Kolagen!!


EHH tak habis lagi citer pasal rumpai laut ni? Entri tentang RL kali untuk menjawab persoalan Belalang.


memetik pada satu ayat di entry KZ yang berbunyi begini --> "apa kebenda kolagen tu. Kolagen ialah struktur protein yg menguatkan tisu dan organ haiwan/ manusia."

Maksudnya KOLAGEN = PROTEIN, betul?

Cuba KZ lihat fakta nutrisi ini -->
http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables-and-vegetable-products/2763/2

lihat pada carta dibahagian kanan atas sekali, rumpai laut atau seaweed mempunyai protein.

Jadi bukankah itu menunjukan kata2 KZ yang tumbuhan tiada kolagen (protein) adalah salah? Lagipun kita sedia maklum yang makanan laut seperti ikan sememangnya mempunyai protein tinggi.

mohon sedikit penjelasan dari KZ. Mungkin ada sesuatu yang Belalang terlepas pandang :)
4:06 pm, April 05, 2013
 Delete

First of all, KZ sangat suka komen seperti ini...minta penjelasan jika tidak jelas, maklumlah penerangan KZ tentang RL yg lepas sangat ringkas. Belalang...KZ akan cuba jelaskan ya.

     Kolagen merupakan 'struktur protein' (protein ada banyak jenis) yg hanya dihasilkan oleh badan manusia dan haiwan untuk menguatkan 'binaan' badan kita dari rambut sampai ke tulang. Tidak ada protein berbentuk kolagen di dalam tumbuhan termasuk seaweed! Untuk tahu apa sebenarnya sebatian kolagen, Belalang tanya encik google ya...

     Protein saja boleh bertukar menjadi kolagen? Tidak...badan perlukan bahan2 lain eg. Vit. C untuk mem'proses' protein menjadi kolagen sebab itu ada orang mengambil vit c untuk kecantikan kulit.



    Tentang website yg menyatakan terdapat 2g protein dalam 28g seaweed di 

http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables-and-vegetable-products/2617/2  tidak terdapat protein di dalam seaweed dan di http://caloriecount.about.com/calories-seaweed-wakame-i11669  terdapat 0.3g protein di dalam 10g seaweed. Kemungkinan kajian di lakukan ke atas berlainan jenis seaweed. Namun kandungan protein itu sangat sedikit...jenuhlah nak menelan seawed untuk mendapat kandungan proteinnya. Jangan samakan seaweed dan ikan ya..ia dua kategori makanan yg jauh berbeza walaupun dua2nya duduk dalam air/laut. Pernah dengar marine kolagen yg di keluarkan oleh Jepun? Semuanya berasaskan ikan walaupun seaweed banyak terdapat di lautan Jepun yg luas.

     Belalang...seperti yg KZ nyatakan dalam entri yg lepas, seaweed memang terbukti banyak khasiat dan memang bagus untuk kecantikan tapi di tegaskan sekali lagi seaweed bukan kolagen. Jika belalang mahu mempromosikan kebaikan     
seaweed banyak website berbahasa Inggeris yg menjelaskannya...carilah..tidak rugi meneroka ilmu.

     KZ jumpa satu blog yg sangat bagus untuk menerangkan kekeliruan tentang kolagen rumpai laut 
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html

     KZ harap Belalang puas hati dengan penjelasan ini. KZ rasa perniagaan seaweed Belalang tidak akan terjejas dengan pembetulan fakta ini kerana ramai yg memakan seaweed dan mengakui kesan2nya yg bagus!

[termenung lihat bakul pakaian yg membukit dan harus disidai...hari hujan...tapi KZ suka..sejuk dan segar suasana alam!]

Salam semanis coklat,



Friday, 5 April 2013

What Is Life?


HARI ni sibuk betul..ngalahkan calon PRU pulak. Tak sempat nak bercerita apa-apa so layan jer lah kata2 di atas.

[untuk kawan2 yg tak sempat KZ balas kunjungan..tunggu dulu ya!]

Salam semanis coklat,

Thursday, 4 April 2013

Rumpai Laut Itu Kolagen???


RUMPAI laut merupakan produk paling pupolar dewasa ini. Ramai yg menjualnya, tentu juga ramai pembelinya, apatah lagi produk ini 'mesra poket'! Kalau malas nak masak yg mentah, ada juga yg menjual RL yg dah siap masak. Kawan KZ jual yg dah masak RM10 jer satu bekas..boleh makan seminggu rasanya.

     Dah namanya pompuan, pantang ada produk yg dicanang mampu mencantikkan rupa..hmmmm...memang laku macam pisang goreng panas lah jawabnya. KZ teruja juga bila orang yg menjualnya kata...kulit akan cantik dan gebu! Selalunya bila KZ nak beli sesuatu produk, KZ akan buat research dulu. Penemuan KZ agak mengejutkan.

     Pertama sekali, KZ nak tahulah..apa kebenda kolagen tu. Kolagen ialah struktur protein yg menguatkan tisu dan organ haiwan/ manusia. Maksudnya tumbuhan tak der kolagen ya kawan-kawan. Semakin berusia, badan kita sudah tidak mampu memgeluarkan kolagen yg mencukupi, maka kulit kita pun semakin berkedut kerana kekurangan kolagen.

     Sudah tahu apa kolagen, KZ cari pula makanan apa yg mengandungi kolagen?
Sudah tentu yg datang dari haiwan...ayam, daging, ikan...juga dari tumbuhan yg mengandungi protein seperti kekacang. Jangan lupa juga produk tenusu...telur, susu, keju, yogurt.

     Vitamin C merupakan salah satu unsur yg penting untuk badan kita membina kolagen, jadi makanlah buah2an seperti oren, kiwi, betik, jambu batu...errr cari lagi emmm...rumpai laut? Tak ada langsung dalam senarai yg KZ baca di ehow.com!!

    Rupanya rumpai laut bukanlah sumber kolagen atau ada unsur di dalamnya yg mambantu pembinaan kolagen oleh badan...jadi siapa yg pandai-pandai kata rumpai laut itu kolagen??? 

     Pakar kita ada tak buat kajian tentang rumpai laut? Ada...dah lama pun. Pada tahun 2008, sekumpulan pakar dari UPM membuat kajian. Rumpai laut memang bagus untuk kesihatan. Antara khasiat dari rumpai laut;
                            menghalang inflamasi
                            mengurangkan kolesterol
                            mengurangkan tekanan darah
Rumpai laut juga dikatakan mengandungi serat yg tinggi, antioksida. omega 3 dan zat galian yg baik untuk anti penuaan. Tetapi ia tidak bagus dimakan berterusan dlm jangka masa panjang kerana seperti mana2 makanan laut ia mengandungi iodine. Kolagen?Tidak langsung disebut  dalam kajian itu.

     Kepada teman2 blogger yg menjadi pengedar atau menjuak produk rumpai laut, maafkan KZ ya. KZ tidak bermaksud untuk menutup periuk nasi uols pulak. Sebagai 'penjual'..jujurlah dalam mempromosikan produk anda dan sebagai pembeli...janganlah selalu percaya secara membuta tuli dengan khasiat dan keberkesanan produk...jadilah pengguna bijak!

     Kepada teman2 yg memakan rumpai laut ini, teruskanlah...ia memang berkhasiat tetapi ditegaskan sekali lagi...rumpai laut bukan kolagen dan kolagen bukan rumpai laut. Kalau teman2 ada bukti mengatakan rumpai laut itu kolagen sila kemukakan, mana tahu KZ terlepas pandang ketika membuat research di internet.

     Sebenarnya untuk sihat dan cantik tidaklah sukar. Makan makanan berkhasiat, minum air secukupnya, bersukan dan beriadah, mendekati Allah, tidak berfikiran negatif....and so on...kosnya? Tidaklah semahal mana.

    Oh ya satu lagi fakta KZ nak beritahu....cream/lotion kolagen yg disapu pada kulit juga mengarut!! Molekul kolagen terlalu besar untuk diserap oleh kulit. Harga cream kolagen ini sangat mahal tetapi cream tersebut hanya akan duduk di permukaan kulit tanpa ada apa2 faedah. Ingat...jadilah pengguna yg bijak!!

[internet connection KZ tidak bagus dua tiga hari ni, jadi KZ cuma dapat singgah beberapa blog teman2 sahaja..maaf ya..]

Salam semanis coklat,


     

Wednesday, 3 April 2013

Orang Mati Hidup Balik!!!

RENTETAN kisah pesakit di hospita pada entri yg lepas, hainom okje meminta KZ bercerita tentang menguruskan pesakit yg meninggal dunia. Seram?...tidaklah. Tidak ada cerita yg menakutkan ketika melakukan 'khidmat terakhir' sepanjang KZ bertugas.

     Cuma, pertama kali menguruskan pesakit yg mati ketika bergelar pelatih memang agak menakutkan...maklumlah pertama kali menyentuh pesakit yg sudah kaku begitu. KZ dan beberapa teman mengelilingi mayat dan masing2 saling tolak menolak untuk menyingkap selimut yg menutupi mayat. Sudahnya kami buka bersama-sama.

     KZ masih ingat, pesakit berbangsa cina itu berbadan besar..masih muda, lupa pula sebab kematiannya. Salah seorang dari kami entah mengapa meletakkan jarinya di hujung hidung mayat dan kemudian melompat..eh..dia bernafas lagilah!
Engko biar betul!...sergah teman yg lain. Betul!!! Kami pun apa lagi..berlari ke station jururawat dan memaklumkan penemuan teman tadi!

     Yang kamu pandai2 check dia bernafas lagi tu sebab apa?...sergah staff nurse yg bertugas. Kami cuma berpandangan sesama sendiri kerana masing2 dah menggeletar...orang mati hidup balik engkau...maunya tak menggelabah.

     Betulke pesakit tu masih bernafas? Haaaa...betul!! Sebenarnya rasa hembusan panas dari hidung mayat tersebut cuma haba badannya yg keluar melalui hidung kerana mayat tersebut masih baru. Balik ke asrama, masing2 ketawa berdekah-dekah. Itu pengalaman yg tak mungkin KZ lupakan.

     Pernah juga seorang ibu yg duduk disamping anak kecilnya yg sudah kaku memanggil KZ dan berkata anaknya mengeluarkan bunyi! Ketika itu KZ sudah berpengalaman. KZ terangkan kepadanya, ketika ini gas terkumpul di dalam perutnya, jika dia menggerak-gerakkan anaknya atau mendakapnya, gas yg terperangkap akan keluar melalui mulutnya..itulah penyebab bunyi tersebut. 

     Memang sangat sedih melihat ibu itu meratapi anaknya yg berumur 3 tahun. Anak kecil itu mati kerana sejenis penyakit genetik yg jarang ditemui dan belum ditemui penawarnya. Ketika itu memang rasa ingin menangis tapi nurses di ajar untuk tidak bersimpati tapi berempati. Emosi simpati terhadap pesakit akan membuat kami tidak mampu melakukan tugas dengan sempurna.

     Melakukan 'khidmat terakhir' juga menemukan KZ dengan adat bangsa lain yg menarik, terutama kaum cina. Orang yg mati di hospital pantang di bawa masuk ke dalam rumah, jadi segala urusan dilakukan di hospital. Mayat yg telah kami bersihkan akan dipakaikan pakaian baru. Ada mayat yg dipakaikan sutera yg harganya fuyoooo...itu orang kayalah. ada mayat yg dipakaikan pakaian biasa2 jer dan poketnya harus dibuang..kenapa?...untuk memberitahu mendiang tidak punya harta atau wang!

     'Angpau akan di beri kepada pengurus mayat. 'Angpau' ini tidak boleh ditolak. Kalau waris pesakit memang kaya raya..kalau mayat dipakaikan suit dari Orlando sahlah mereka kaya..ye tak...maka wang itu kami ambil dan share dgn staff lain. Jika waris tu nampak dari golongan susah, kami akan ambil sampul angpau dan beri semula wang kpd yg memberi dan berkata, itu sumbangan ikhlas dari kami kerana pengkebumian kaum cina memang memakan belanja yg banyak!

    OK hainom okje..KZ rasa cukuplah cerita menguruskan orang mati sampai  di sini. Mungkin lain kali KZ cerita pengalaman yg menyeramkan pulak..stay tune!

[Alfatihah untuk arwah Gee..semoga saudara Abil tabah menghadapi kehilangan isteri tercinta]

Salam semanis coklat,

Monday, 1 April 2013

Inilah Kisahku

SUDAH lebih kurang 42 tahun KZ hidup kat dunia ni. Macam2 jenis manusia sudah KZ jumpa..lebih2 lagi KZ pernah bergelar jururawat, berhadapan dengan berbagai jenis pesakit dan keluarga pesakit...bermacam2 karenah manusia telah KZ hadapi.

      Jangan terkejut, selebriti pun KZ pernah jumpa tau..DJ Dave, Azmeer. KRU, Yasmin Hani (dia cantik walau tanpa make up!) Ebby Yus..ye lah dia orang pun cari hospital jugak kalau sakit. 

     Kadang2 kisah pesakit2 macam drama kat tv pun ada. KZ teringat ada seorang kakak yg menemani suaminya yg sakit buah pinggang...memang dia berumahtangga di ward. Rupa2nya dia isteri ke dua. Isteri tua tidak pernah nampak batang hidung. Begitupun menurutnya, dia sering dicaci dan dihina oleh keluarga isteri pertama. Walau sudah berkorban jiwa raga dia tetap dibenci dan dicop sebagai perampas.

     Teringat pula seorang pesakit India. KZ lupa pula apa sakit uncle tu. Satu hari sewaktu makan malam telah dihidang, KZ lihat dia hanya termenung tanpa menyentuh makanannya..oh ya..kisah ini berlaku dlm bulan Ramadhan. Kemudian KZ teringat, uncle ini dilaporkan tidak menerima kunjungan dari sesiapa. KZ mendekatinya, menolak meja kehadapannya...uncle nak saya suapkan? Dia hanya tersenyum lalu KZ sudukan makanan ke mulutnya. Kemudian datang pambantu ward dan bertanya KZ.. Staff nurse tak buka puasa ke? Sebentar...kata KZ...pembantu ward tadi kemudian datang dan menghulurkan segelas air supaya KZ boleh berbuka dgn air dahulu. Uncle tadi kemudian menangis dan berkata..minta maaf, saya menyusahkan nurse...oh, tidak mengapa..kata KZ.

      Ha...yg ni memang cerita yg agak membuat kita mengucap panjang, banyak terjadi sekarang. Suatu hari datang sepasang suami isteri membawa anak gadis mereka yg berumur 13 tahun, mengadu sering merasa letih dan tidak selera makan. Pemeriksaan fizikal tidak menemui apa2 yg ganjil. Seorang pakar dipanggil. Beberapa ujian darah di buat. Juga normal. Doktor pakar ini kemudian ada instict yg kuat mengatakan anak gadis itu tidak 'sakit' tapi dia ingin melakukan ultrasound perut dan jangkaan pakar itu tepat..memang ada 'benda' di dalam rahimnya. Menangis si ibu mendengar berita itu tapi si anak menafikan dia ada melakukan ehem ehem dgn lelaki! Mereka kemudian pulang kerana tidak tahu apa yg harus dilakukan ketika itu.

     Sebenarnya kalau nak cerita kisah2 kat hospital ni mau KZ kena bukak satu blog khas...tapi KZ rasa cukuplah kalau KZ selitkan satu dua kisah yg menarik sahaja. 

[kurangkan gula dalam minuman tapi banyakkan manis dalam senyuman]

Salam semanis coklat,