SEDANG menjeruk hati....
Permintaan tu rasanya kecil jer..tapi tak diendahkan...
Dah tua-tua ni perangai macam bebudak pulak...suka merajuk...tapi tak der orang nak pujuk!
Kelemahan KZ bila sedih...cari coklat...emmmm..sedap dan menceriakan hati yang celaru..boleh gemuk? Ada aku kesahhh.....
Okeylah....nak layan coklat jap...
(rasanya ini n3 paling mengarut KZ pernah tulis)
Salam semanis coklat,
HAJJAH
Ayang merasa agak resah malam itu. Kenapa?Dia sendiri tidak pasti
kenapa.Hening malam dikuasai bunyi cengkerik yang gemersik.Dikejauhan
terdengar sahutan burung hantu(merindu bulan?).
Aktiviti penghuni malam tidak merungsingkan Hajjah Ayang. Dia sudah
biasa.Dia sudah menghabiskan segenap usianya di kampung itu.Sekadar
nyanyian pungguk,dia sudah tidak hairan. Tapi malam itu terasa lain.
Kenapa ya? Hajjah Ayang melipat telekungnya. Dia baru sahaja selesai
solat Isyak. Hajjah Ayang kemudian ke dapur ,sebelum beradu dia ingin
memastikan pintu di dapur sudah dikunci.
Hajjah Ayang perasan,ada bunyi pelik di luar sana. Bunyi si pungguk?
Bukan! Bunyi cengkerik? Bukan! Bunyi anjing melolong? Bukan! Bunyi angin
menyapa malam?Pun bukan! Macam...macam...orang berbisik...atau menangis
sayu...Hajjah Ayang memasang telinga lagi. Hajjah Ayang pasti..itu
bukan irama orkestra malam yg saban malam bersenandung melenakan
tidurnya.
Hajjah Ayang membuka selak pintu dapurnya. Dia ingin memastikan bunyi apa di luar sana......
Hajjah Ayang terpaku...1 saat..2 saat..3 saat..
Dammm..Hajjah Ayang menutup daun pintu.Terperanjat anak bujangnya yg sudah terlelap di ruan tamu.
"Kenapa mak?" tanya anak bujangnya.
"Angin...angin
kuat"Hajjah Ayang cuba mengawal ketakutannya.Dia kemudian cepat-cepat
merebahkan badannya disebelah anak bongsunya.Mulutnya kumat kamit
membaca beberapa potong doa.
Keesokan
malamnya juga begitu.Bunyi ganjil itu masih meresahkan Hajjah
Ayang.Bezanya kali ini dia sudah tahu,siapa/apa yang berbunyi begitu.
Hajjah Ayang ingin bersemuka dengan mahluk itu. Dia pasti,itulah
kehendaknya. Bersemuka dengan Hajjah Ayang.! Hajjah Ayang sendiri sudah
bersedia kali ini.Ayat2 Quran yg dipelajari dari gurunya
dibacanya,terang dan jelas. Takut! Ya..dia masih ada perasaan
gentar..tapi dia harus mengenepikan perasaan itu.Dia yakin, Allah ada
bersamanya.
Mahluk itu berdiri di bawah pohon mempelam di belakang rumah Hajjah
Ayang.Tidak terlalu dekat dengan pintu dapurnya tapi cukup jelas untuk
Hajjah Ayang melihat wajahnya.
Wajah pucat lesi itu merenungnya sayu....
"Kau nak apa cari aku?" tanya Hajjah Ayang.
Mahluk itu hanya diam membisu."
"Jangan
cari aku lagi. Dulu kita memang berkawan rapat. Tapi itu dulu.Masa tu
kau masih hidup! Sekarang kau dah mati. Dunia kita dah berbeza!Aku tak
boleh berkawan dengan kau lagi! Pergi kau dari sini. Pergi! Kalau kau
cari aku lagi...nahas kau! Aku bukan main-main. Kalau kau tak nak sakit,
jangan ganggu aku lagi!"
Mahluk
itu kemudian mengeluarkan bunyi yg pelik..seakan -akan bunyi
burung..bergerak secara mengiring (bukan melompat!) dan kemudia hilang
di dalam kegelapan malam yang pekat.
Hajjah Ayang masih tercegat. Memerhatikan mahluk itu pergi dengan
sayu. Air matanya bergenang. Dia pasti,keputusannya adalah tepat.
Manusia dan mahluk seperti itu tidak boleh berkawan...langsung tidak
dibenarkan. Hajjah Ayang menutup pintu dapurnya perlahan.
Dia kemudian ke ruang tamu. Anak bujangnya lena dibuai mimpi,langsung
tidak terkesan dengan kejadian di dapur tadi. Hajjah Ayang duduk
bersandar di tepi dinding.Mengeluarkan sutah Yassin dan membacanya
perlahan.
Sungguh..Hajjah Ayang tidak tahu mengapa arwah teman baiknya menjelma
begitu. Mereka teman sepeguruan. Seingatnya,mereka tidak pernah menuntut
ilmu yg salah.Tapi dia juga tidak pasti jika temannya itu ada menuntut
ilmu sesat tanpa pengetahuannya.
Hajjah Ayang berdoa,semoga Allah mengampuni sahabatnya itu.Dalam
hatinya berkata, mungkin pocong berwajah arwah teman sepeguruannya itu
sekadar mainan iblis yg ingin menyesatkannya.
Hajjah Ayang tidak pernah memberitahu sesiapa, gerangan temannya yg
datang malam itu. Dia tidak kisah menceritakan kejadian misteri yg
dialaminya, tapi jangan ditanya wajah siapa yg dilihatnya. Rahsia itu
dibawanya hingga ke liang lahat
Salam semanis coklat,
JERITAN ala tarzan itu kedengaran lagi. Halus dan nyaring...tapi penduduk di sekitar sudah biasa. Sudah tahu siapa empunya suara dan dari mana suara itu datang.
Waktu mula-mula pindah ke sini, terkejut juga mendengar jeritan itu. Biar betul! Tidak menyangka kerana jenama yg dipaparkan sangat berlainan dengan realiti. Memang benar-benar terkejut!
Nak tahu siapa empunya jeritan itu dan dari mana? Okey.....siap siaga...jangan terkejut...
.
.
.
.
.
.
.
CIKGU DARI PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM
Dan KZ mendengar jeritan memarahi kanak-kanak di situ setiap hari..diulangi..setiap hari..biar betul!
Salam semanis coklat,
KEPINTARAN dan kebijaksanaan amat diperlukan macam seluar dalam, dan ia bukan untuk ditayang-tayang....kecuali SUPERMAN!!!
Salam semanis coklat,
BILA bercakap tentang peluang kedua, KZ teringat peristiwa 18 tahun lalu. Ya...ketika itu KZ masih muda remaja........
Dia meminta peluang kedua. Kenapa meminta peluang kedua sedangkan dia telah memusnahkan peluang pertama tanpa banyak bicara? Dia tidak layak. Setelah hati ini hancur berkecai...dia meminta peluang kedua. Boleh...boleh blah!
Dia ingat air mata mampu mengubah pendirian KZ. Dia memang 'underestimate' kekerasan hati ini. Perempuan ini mungkin nampak lemah lembut...tapi jangan main2 bila dia sudah berkata..get lost!
Begitulah lebih kurang cerita peluang kedua....Semoga dia bertemu insan yg lebih baik dari KZ dan berbahagia hingga kini.
Adalah teman-teman rasa peluang kedua harus ada pada setiap situasi atau setiap orang berhak ada peluang kedua?
Salam semanis coklat,