LEBIH kurang pukul 12.30 tengahari encik suami dihubungi oleh abang Ramli dari Negeri Sembilan, Epit semakin nazak. Kira-kira 5 minit kemudian, anak sulungnya, Fahriz memberitahu, Epit telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kembalilah dia ke sisiNya setelah 2 tahun bertarung dengan kanser paru-paru.
Arwah akan disemadikan di kampungnya, Bahau , selepas Asar nanti. Encik suami kemudian sibuk menelefon adik-beradiknya untuk bertanya apa rancangan mereka.(Emak Epit merupakan kakak no 3 dari 8 adik-beradik en. suami).
Abang Nazri akan berangkat ke sana seberapa segera. Dia akan membawa MIL KZ yg juga uzur akibat stroke. Entahlah sama ada mereka sempat melihat jenazah Epit buat kali terakhir. Perjalanan dari Ipoh ke Bahau mengambil masa 5 jam (tanpa jem!)
Rosli mungkin akan follow abang Nazri. Azizi (si bongsu) mungkin memulakan perjalanan malam nanti. Kami sekeluarga bercadang untuk menziarahi Kak Ani Khamis ini.
Shikin yg menunggu masa untuk melahirkan anak ke dua hanya mampu berkirim salam.
Kepada yg baru follow KZ, entri tentang Epit ada di sini dan sini. Sedih juga kerana tidak dapat mengiringi sepupu anak-anak KZ tu dalam perjalanan terakhirnya. KZ hanya mampu mengirim fatihah untuk arwah.
Inilah keluarga arwah Epit (Firdaus). Abang Ramli Dan Kak Ani duduk bersama si bongsu,Faqeha. Dari kiri Fakharudin, Fazli, Arwah Epit, Nur Fahriz (Along), Atikah (Alang) dan Hafizah.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...kenangan bersamanya akan abadi di ingatan keluarganya dan teman-temannya.
Salam semanis coklat,