
Saturday, 6 October 2012
Apa Nak Dikata...: Mampukah Kita..?
Apa Nak Dikata...: Mampukah Kita..?: Sabtu yang lepas, awal pagi sebelum pukul 7, aku dan wife ditemani Zain dah pergi Pasar Melaka...sebab nak collect kek hantaran anak b...
Bacalah n3 ni, sangat menyentuh perasaan..
salam semanis coklat.
Bacalah n3 ni, sangat menyentuh perasaan..
salam semanis coklat.
Friday, 5 October 2012
Walau Sebesar Atom...
Salah satu sifat yg dibenci Allah ialah sifat sombong. Apa maksud sombong? Sombong ialah orang yg menganggap dirinya besar dan hebat serta memandang hina dan rendah terhadap org lain.
Andai kamu hamba, maka berjalanlah dgn tawaduk. Jangan jalan dengan mendabik dada penuh keangkuhan.
Firman Allah SWT:
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dgn sombong , kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus muka bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. Al Israa':37
Tatap wajah sekalian insan dgn rasa kasih sayang. Dengan itu, semoga Allah memandang diri kita pula dengan pandangan kerahmatan dan keredhaan
Sekalipu rasa sombong itu cuma ada sebesar atom sahaja didlm hati, maka itulah punca seseorang ituakan terhumban ke dlm neraka. Na'uzubillahi min zalik!
Daripada al-Aghar, daripada Abu Hurairah dan Abu Sa'id r.a,Rasulullah bersabda;
Firman AllahSWT; Kemuliaan adalah pakaian-Ku,sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yg melepaskan keduanya daripada-Ku, maka Aku akan menyiksanya.
Orang yg maqhu terus bersifat sombong di atas muka bumu ini, maka Allah ancam seksaan neraka atas dirinya! Memang patutlah dirinya diseksa Allah.Perhatikanlah, apakah patut 'selendang' kepunyaan Allah SWT itu mahu dipakaikan kepada dirinya?
Apakah seksaan yg menanti manusia sombong di akhirat nanti?Firman Allah SWT;
(Dikatakan kpd mereka);Masuklah kamu ke pintu2 neraka jahanam, sedangkan kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi org yg sombong. Al Mukmin;78
Di dlm Jahanam yg menyala-nyala, para pemilik hati yg sombong akan berkampung dan berair mata bersama penghulu sekalaian para penyombong. Siapa lagi kalau bukan syaitan serta sekalian musuh2 Allah yg sombong!
sumber;Ustaz Amal
Salam semanis coklat,
Labels:
motivasi
Thursday, 4 October 2012
Mengingati Mati dan Cintakan Dunia
Apabila menyebut tentang kematian, pastinya semua akan berasa sedih, sedih berpisah dengan org tersayang.Namun hakikat kehidupan ini, kematian itu sesuatu yg pasti.
surah Al Imran ayat 185
Tiap2 yg bernyawa pasti akan merasai mati.Hanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu, Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke surga maka sesungguhnya dia telah berjaya.(Ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya. tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan.
Rasullullah menegaskan org yg bijak ialah org yg banyak mengingati mati dan membuat persiapan utk kematian.
Ole itu, kematian dan mengingatinya bukanlah sikap yg negatif, ia bukanlah kesedihan yg boleh menghilangkan fokus dlm kehidupan, tetapi sebagai motivasi utk hidup lebih bererti.Hanya org yg hidupnya hanya utk dunia tidak mahukan kematian dan tidak mahu mengingatinya. Lalu dia menjadi hamba dunia.
Banyak keburukan apabila seseorang cintakan dunia dan takut dgn kematian. Antaranya ialah;
* Org yg cintakan dunia akan berusaha mendapatkannya dgn apa cara sekalipun termasuk
cara yg tidak betul.
* Sering mengabaikan tuntutan ibadah khususnya solat dan lupa utk membuat persiapan utk kematian.
* Mati dan keras hatinya dan susah mendapat hidayah Allah dan tiada rasa takut kepada Allah.
* Jauh drpd rahmat Allah.
* Dibenci Allah dan dibenci oleh mahluk Allah kerana sikapnya yg tamak,pentingkan diri sendiri dan sombong.
* Tiada kebahagiaan dlm hidupnya, sama ada di dunia atau akhirat.
* Org yg cintakan dunia adalah orang yg lemah,tiada prinsip dan pegangan dlm hidup serta mudah dipergunakan dan dipermainkan oleh org lain.
Jadilah kita di dunai ini seperti pengembara yg berehat seketika di suatu tempat dan berjalan semula setelah hilang kepenatan menuju tempat tujuan yg hakiki.
INSYAALLAH HIDUP KITA AKAN BERMAKNA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Salam semanis coklat,
Labels:
motivasi
,
secebis kisah
Dalam Kenangan
Sedang melayan fb terlihat klip video dari YT yg dikongsi seorang teman.
Labels:
berita dunia
,
secebis kisah
Wednesday, 3 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
Monday, 1 October 2012
Dia Suka Buat Ibu Naik Angin!
Ibu..... berkung fu bersenjatakan senduk dan sudip di dapur.
Muhd Haziq ...... Ibu, buatkan air milo.
ARRGGHHHHH
Ibu .... melayan citer best kat tv
Muhd Haziq ....Ibu, ajar Ahmad eja te li nga.
ARRGGHHHH
Ibu .... membuta di petang hari.
Muhd Haziq .... Ibu!! cam ner nak bukak tutup botol ni!
ARRGGHHHH
Ibu .... sedang sibuk berBW
Muhd Haziq ....Ibu jom pegi taman..jom pegi taman!!!
ARRGGHHHH
Ibu .... memilih barang di pasar malam
Muhd Haziq ....Ibu nak itu...nak ini..nak nuget...nak ayam goreng...nak air milo...nak topeng
ultraman...nak baju bola!!!
AAARRRGGHHHHHHHHHHHHH
Salam semanis coklat,
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)