Friday, 21 September 2012

Jalan Mana Harus Kupilih



     KZ percaya, setiap orang pernah mengalami situasi ini, berada di persimpangan dan tidak pasti jalan mana yg harus dipilih. Kita tidak dapat lari dari kebuntuan untuk memilih terutama jika ia mahu dilakukan buat pertama kali.

     Kadang2 kita mempunyai terlalu banyak pilihan sebelum membuat keputusan. Perbandingan antara setiap pilihan membantu kita membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, bersedialah dengan sebarang kemungkinan yg berlaku daripada keputusan yg diambil.

     Kadangkala dalam kehidupan ini, kita seperti 'trial and error' dan tiada jawapan yg pasti untuk satu-satu keputusan itu. Pengalaman lalu adalah guru yg terbaik ketika menghadapi kekeliruan ketika membuat keputusan.

     Akhir sekali, tetapkanlah keinginan hati. Ingatlah, berpijak di bumi nyata. Sentiasa muhasabah diri ketika melalui perjalanan kehidupan. Bersedialah dengan sebarang kemungkinan yg bakal ditempuhi.

     Janganlah bersedih dan putus asa sekiranya pilihan hari ini gagal, masih ada hari esok untuk memperbetulkannya. Jika ia tidak boleh diperbetulkan pun..teruskanlah perjalanan..jadikanlan pengalaman buruk itu satu panduan. Sesungguhnya Allah itu maha adil, pengasih lagi penyayang.

    Salam semanis coklat,



Demam yg Berjangkit

  Kak Zan dok mengata anak dah terkena demam Hallyu, rupa-rupanya dah berjangkit kat ibunya pulak.
   Sekarang KZ dah melekat kat satu cerita di Astro - FAITH A.K.A THE GREAT DOCTOR

Heronya Lee Min Ho yg cuteee


















Sinopsis - Mengisahkan percintaan seorang doktor dari zaman moden dan seorang general
                 tentera di zaman silam. Faith telah dibawa ke zaman silam oleh seorang jeneral  
                 untuk merawat ratu negaranya yg cedera parah dalam satu cubaan bunuh.

sumber : VikiAsia.

salam semanis coklat

Thursday, 20 September 2012

Aku Maafkan Kamu





....sediakanlah bekalan maaf dalam stor hati anda untuk suami tercinta!
          Ia amat membantu menyelesaikan hubungan anda dan suami.
          Banyak masalah rumahtangga berlaku disebabkan setiap pasangan lebih
            teruja melihat sisi negatif dari pasangannya berbanding berjuta
               sikap positifnya yang selama ini terserlah... 


Salam semanis coklat

 

Wednesday, 19 September 2012

Dia Pergi Juga


Takziah untuk keluarga Tee Hui Yee. Semoga mereka tabah menerima kehilangan anak tersayang.
 
















Kronologi Tee Hui Yee

2005 - Tee Hui Yee, 13 tahun dikesan menderita penyakit idophatic Cardiomyopathy  dan jantungnya gagal berfungsi sejak 2006.

29 Sept 2006 - pembedahan memasukkan alat bantuan pernafasan dijalankan di IJN.
 
Nov 2006      - pemindahan jantung mekanikal dikenali Paracorporeal Assist Device dijalankan di IJN untuk menyelamatkan nyawanya selepas berada dalam senarai menunggu penderma organ sejak Mei 2006.

4 Okt 2007 - masih kritikal di IJN selepas pembedahan jantung mekanikal.
                     Pembedahan dilakukan pada jam 1.30 pagi selepas jantung penderma milik seorang remaja Melayu yg meninggal di dunia di Ipoh diterima.

5 Okt 2007 - selepas menjalani pembedahan selama lebih kurang 7 jam, keadaan Hui Yee semakin stabil.

11 Jan 2008 - bersekolah semula di Sek Men Convent, Batu Pahat selepas tidak bersekolah selama 4 tahun kerana menerima rawatan penyakitnya.

18 Sep 2012 -  Hui Yee meninggal dunia selepas sesak nafas dan sakit bahu kanan jam 10.12 pagi.di Hospital Batu Pahat.

sumber: Harian Metro



Tuesday, 18 September 2012

Secebis kisah - Ibu





     "Dia pun ada anak. Suatu hari nanti, tak mustahil anak dia akan buat perkara yg sama pada dia".
     Itulah luahan hati seorang sahabat a.k.a biras KZ bila bercerita tentang rayanya di kampung bersama ibu tuanya.
     Y anak bongsu  dari 3 adik beradik. Dia anak perempuan tunggal. Dua abangnya sudah pun berkeluarga. Abang sulungnya menetap di Perak dan seorang lagi sekampung dengan ibunya tetapi tidak serumah.
     Y sangat terkilan dengan perangai abang2nya. Kelibat kedua-duanya langsung tidak kelihatan pada hari raya  Y faham, masing2 sudah berkeluarga dan mungkin beraya di sebelah isteri dahulu..tapi saban tahun begitu.
     Abangnya yg tinggal sekampung dengan ibunya dengan selamba berkata, setiap hari dia sudah menjenguk si ibu.Pada Y bukan itu persoalannya. Tidakkah dia teringin mengucup tangan ibu dan memohon ampun di pagi raya?
    Si abang sulung pula kata Y, memelefon si ibu memberitahu dia tidak punya cuti panjang dan agak sibuk. Terkejut besar Y, bila dia menhubungi si abang, dia berada nun jauh di sebuah negeri di pantai timur.
Keluarga mertuanya org sanake?..tanya KZ. Mertuanya di perak jugak Mereka sekeluarga ke sana untuk bercuti! Keras suara Y..melepaskan geram yg membuku di hati.
    "Dia tergamak menipu emak", sebak suara Y..
     Y sendiri tidak faham, apa masalah abang2nya. Itulah satu2nya ibu yg mereka ada. Dia sudah tua dan tinggal berseorangan. Sudah puas Y memujuknya untuk tinggal dengannya. Tapi ibunya lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Kadang2, ada juga Y membawa si ibu ke rumah rapi baru 2 hari, dia sudah merengek minta di hantar pulang.
    "Tak apa..saya percaya Allah akan membalas perbuatan dia orang kat dunia lagi"

      Begitulah kisah Y dan abang2nya. KZ percaya, sekarang ini memang ramai anak2 derhaka sebegitu. KZ sentiasa berdoa, anak2 KZ tidak meminggirkan KZ suatu hari nanti.
Sebagai ibu, KZ dapat rasakan apa yg ibu Y alami, walaupun menurut Y, ibunya nampak tenang sahaja sepanjang hari raya itu.

     Salam semanis coklat,
     

Monday, 17 September 2012

Islamic Quotes-True Friends




A FRIEND CANNOT BE CONSIDERED A FRIEND UNTIL HE IS TESTED IN THREE OCCASSIONS;
IN TIME OF NEED,
BEHIND YOUR BACK,
AND AFTER YOUR DEATH.
 - ALI IBN ABI TALIB


SALAM SEMANIS COKLAT,

 

Islamic Quotes



“Knock, And He'll open the door
Vanish, And He'll make you shine like the sun
Fall, And He'll raise you to the heavens
Become nothing, And He'll turn you into everything.”
Rumi
       

Sunday, 16 September 2012

Tanda Anak Memberontak






Terasa sakit mata Aliyah setiap kali melihat perlakuan anak kecilnya yg berusia 5 tahun, Danial. Setiap kali dimarahi, Danial akan menarik muka, berlalu pergi, lantas menghempas pintu biliknya.
    Semakin besar, semakin sukar pula Aliyah mahu menddik dan mengawal Danial. Kadangkala terlintas dibenak Aliyah, salahkah didikannya selama ini. Pantang ditegur, Danial pasti akan memberontak.
     Mungkin menjawab teguran ibunya jauh sekali, namun perlakuan Danial secara body language atau bahasa badan sebagai tindak balas terhadap kata-kata ibunya apabila ditegur atau dimarahi amat menyakitkan hati Aliyah.

     KZ pasti ramai ibu di luar sana mengalami situasi yg sama seperti Aliyah. Rata-rata kita merasakan kelakuan anak itu sangat kurang ajar dan tak kurang juga yg merasa tercabar apabila anak2 pandai menjawab bila dimarahi.

    Jangan terkejut..sebenarnya kitalah yg mengajar anak2 bahasa badan ini. Secara tidak sedar perlakuan kita terhadap anak atau orang disekeliling kita terutama pasangan banyak mempengaruhi sikap anak2.

    EMPAT LANGKAH HADAPI ANAK MEMBERONTAK.

    !.   CUBA ANALISA PERIBADI

         Analisis peribadi sendiri. Harus diingat, pendidikan tidak formal itu bermula di rumah. Jadi, apabila kita sebagai ibi bapa sudah memberikan contoh tidak baik secara tidak langsung kita mendidik anak2 kita menjadi seperti kita.

  2.   TEGUR ANAK2 SECARA BERHIKMAH

        Tegur anak2 secara berhikmah dan lemah-lembut. Cuba berikan sebab dab akibat perlakuan itu.Jangan biarkan arahan kita tergantung tanpa ada alasan yg anak2 tidak boleh menerimanya.

  3.   GUNAKAN KEKERASAN JIKA PERLU

        Islam sendiri ada memberi kebenaran untuk menggunakan kekerasan apabila anak2 tidak mahu mendengar kata.Tetapi kekerasan adalah jalan terakhir. Merotan bukan dengan niat menyakiti mereka, sebaliknya bertujuan memberi pengajaran. Juga perlu diingat jgn merotan ketika kita dlm keadaan terlalu marah.

  4.  SENTIASA BERDOA YANG TERBAIK

       Sentiasalah berdoa untuk anak2. Doa seorang ibu itu tiada hijab. Juga, jagalah perkataan kita agar kita tidak mendoakan perkara yg buruk dan tidak baik kepada anak2.



Sumber: Puan Hawa Rahmat
               Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia, MMU.


Salam semanis coklat,
                                      





Islamic Quotes

The World is three days: As for yesterday, it has vanished, along with all that was in it. As for tomorrow, you may never see it. As for today, it
is yours, so work in it.
- Hassan al-Basri