Saturday, 1 December 2012
Aku Menulis bukan Kerna Nama...
SEDAR tak sedar rupanya sudah setengah tahun KZ menceburkan diri dalam dunia blogging ni. Sebelum ni jgn kan nak bergelar blogger, apa benda blogging pun KZ tak tahu..
KZ mengenali blog dari seorang teman lama di muka buku. Tak payahlah KZ letak link minah tu kat sini sebab dia up date blog dia setahun dua kali jer, mungkin sebab kesibukan dia yg bergelar pensyarah di sebuah IPTA di utara tanah air. Tisha A.S..terima kasih!!!
Banyak blog yg KZ terjah untuk menuntut ilmu berblog. Antaranya Khairul, Calipso dan yg paling KZ suka dan masih mengikuti tutorial beliau..Hasrul Hassan. Jutaan terima kasih untuk mereka dan minta di halalkan segala ilmu yg KZ ambil.
Entri2 awal, memang tiada yg singgah. Tapi KZ tetap menulis..macam entri syok sendiri pun ada! Perlahan-lahan KZ blog walk dan follow blog mereka, hasilnya...follower pertama Puan Nor Salmi.
Mencari ilham menulis juga bukan mudah untuk KZ. Maklumlah...KZ cuma suri rumah sepenuh masa. Tidak ada aktiviti menarik untuk diceritakan. Juga tidak ada pengalaman hebat untuk dikongsikan...jadi KZ suka tulis tentang perkara2 yg berlaku di sekeliling KZ. Mungkin ada yg suka..mungkin juga ada yg tidak...itu lumrah dunia.
Apa yg pasti..KZ 'jumpa' ramai kenalan baru...dari pelbagai latar belakang, umur, profesion, cara penulisan..dan yg pasti, mereka insan2 yg istimewa di mata KZ (mungkin di lain kali KZ akan ceritakan tentang mereka2 ini!)
KZ harap, KZ akan terus berblogging selagi terdaya...bukan untuk mencari glamor...bukan untuk menjadi kaya...bukan juga untuk mengumpul beribu follower...tapi kerana menulis buat KZ rasa bahagia...
Salam semanis coklat,
KZ mengenali blog dari seorang teman lama di muka buku. Tak payahlah KZ letak link minah tu kat sini sebab dia up date blog dia setahun dua kali jer, mungkin sebab kesibukan dia yg bergelar pensyarah di sebuah IPTA di utara tanah air. Tisha A.S..terima kasih!!!
Banyak blog yg KZ terjah untuk menuntut ilmu berblog. Antaranya Khairul, Calipso dan yg paling KZ suka dan masih mengikuti tutorial beliau..Hasrul Hassan. Jutaan terima kasih untuk mereka dan minta di halalkan segala ilmu yg KZ ambil.
Entri2 awal, memang tiada yg singgah. Tapi KZ tetap menulis..macam entri syok sendiri pun ada! Perlahan-lahan KZ blog walk dan follow blog mereka, hasilnya...follower pertama Puan Nor Salmi.
Apa yg pasti..KZ 'jumpa' ramai kenalan baru...dari pelbagai latar belakang, umur, profesion, cara penulisan..dan yg pasti, mereka insan2 yg istimewa di mata KZ (mungkin di lain kali KZ akan ceritakan tentang mereka2 ini!)
KZ harap, KZ akan terus berblogging selagi terdaya...bukan untuk mencari glamor...bukan untuk menjadi kaya...bukan juga untuk mengumpul beribu follower...tapi kerana menulis buat KZ rasa bahagia...
Salam semanis coklat,
Labels:
membina blog
,
secebis kisah
Friday, 30 November 2012
Thursday, 29 November 2012
Dan Airmata Itu Tak Mampu Kutahan....
SEDANG asyik melayan fb, KZ terbaca kisah ini di dinding fb seorang rakan yg bertugas sebagai pendidik di Ipoh. KZ kongsikan di sini untuk tatapan semua rakan-rakan.
Inilah kisahnya (sediakan tisu atau sapu tangan).....
Saya mengajar di sebuah sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya K.L.Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.
Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya, dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dgn keadaan pakaiannya tetapi kesabaran saya tercabar dgn sikapnya yg setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata, kecuali anggukan yg seolah-olah dipaksa.
Kali kedua, saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokan harinya. Kali ketiga saya terpaksa menunaikan janji saya memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.
Airmata saja yg jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya, Keesokannya dia masih lambat dan saya memukulnya lagi. Namun dia tetap datang lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapat alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan, tidak jauh dari sekolah.
Keadaan rumahnya sangat daif. Saya melihat dia berdiri di hadapan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita, mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30, seorang anak lelaki berlari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka pakaiannya. Sampai di depan rumah, dia menyerahkan baju dan kasutnya kepada anak murid saya yg terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dgn penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu dengan mata bergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu ke rumah kamu dan memerhatika kamu dari jauh. Siapa yg berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah."Itu abang saya.Kami berkongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yg kami ada. Maafkan saya cikgu",jawabnya.
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu memukul kamu?"
"Mak pesan, jgn meminta-minta pada orang. Jgn ceritakan kemiskinan kami pada orang. Kalau cikgu nak pukul, serahkan saja punggung kamu"
Sambil menahan airmata yg mula bergugurn, saya memeluk anak itu."Maafkan cikgu". Kejadian tersebut menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yg mampu.

anak-anak
,
ingin tahu
,
redha
,
secebis kisah
Wednesday, 28 November 2012
Segmen : Saya Mahu Direview By Nurul
kklik sini untuk join |
KALI ni KZ join segmen by blogger Nurul pulak. Mari kita meriahkan segmen ni (she is very pretty!)
Salam semanis coklat,
Labels:
segmen join
,
teman
Masa Itu Emas...Boleh Gadai Tak???
DEMI masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan beramal soleh
dan saling ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran -Al -Ashr : 1-3
ADA satu kekuatan di dunia ini yg tak mampu dikalahkan oleh mana-mana makhluk Allah. Setinggi manapun pangkat anda, kuasa ini tak akan dapat di tahan, dikurung, dipasung atau dibekukan! Itulah kekuatan masa!
Kerana kehebatan masa inilah, maka Allah berkali-kali bersumpah dlm Quran berkaitan waktu,
Wal ashr (demi waktu)
wadh dhuha(demi waktu dhuha
wallail (demi waktu malam)
wannahar (demi waktu siang)
Saidina Ali ra mengibaratkan waktu sebagai sebilah pedang, ia mampu mencantas sesiapa yg tidak mampu menggunakannya dengan baik.
Hassan Al-Banna berkata,"Hari ini adalah harapan semalam,dan esok adalah harapan hari. Berusahalah dengan sebaik-baiknya hari ini untuk mengutip hasilnya dihari kemudian.Bahkan di mana tempat kita di akhirat kelak, dilihat dari apa yg kita lakukan hari ini"
Dalam kehidupan ini, kita dapat melihat manusia terbahagi kepada tiga,
1. Orang yg berjaya - org yg menggunakan waktu dengan
optimum dan melakukan perkara yg
tidak diminati oleh org yg gagal.
2. Org yg malang - orang yg selalu merasa kecewa dan
sering menangguh-nangguhkan
sesuatu pekerjaan.
3. Org yg hebat - Org yg sedia melakukan sesuatu sekarang
seperti tiada lagi esok!
Waktu terus bergerak tanpa menunggu sesiapa. Lihatlah sahaja sekarang, kita telahpun berada di penghujung tahun 2012...sekejap sahaja rasanya!
Waktu mempunyai nilai yg sangat berharga. Kita tidak mampu membeli masa yg telah berlalu, walau ditawar dengan selaut emas!
Waspadalah! Masa kamu mungkin hilang begitu sahaja tanpa kamu memperolehi apa-apa hasil kerana kamu masih menunggu di situ!!!

emas
,
ilmu
,
Islamic quotes
,
masa
,
secebis kisah
Tuesday, 27 November 2012
Sebab Pulut Santan Binasa...
LIDAH adalah salah satu anggota badan manusia yg kecil menghiasi kesempurnaan kejadian makhluk Allah. Walaupun kecil, peranannya sangat besar.Rasulullah pernah bersabda tentang bahaya penyalahgunaan nikmat lidah,
Lidah boleh memuliakan dan mengangkat maruah seseorang dan dlm ketika lain, mampu pula utk menghina dan menjatuhkan seseorang. Sebab itu orang tua ada bermadah,
Lidah umpama pisau bermata dua, bisa hadir sebagai rahmat kpd manusia di kala ungkapan ucapannya terselit unsur nasihat dan ketaatan kpd Allah dan pada masa yg sama, ia juga membawa sembilu dan kepedihan kpd manusia di kala lisannya mendedahkan belangnya yg tersembunyi.
hendaklah dia berkata dgn perkataan yg baik-baik atau
dia berdiam saja
(riwayat Bukhari)
Di dalam al Quran, Allah menyediakan panduan bagaimana menggunakan lidah kerana setiap perkataan yg terkeluar akan direkod oleh malaikat,
Tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya (atau perbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di sisiny malaikat
pengawas yg sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)
(surah Qaf, ayat 18)
Sebenarnya banyak lagi nas2 utk membuktikan betapa Islam melarang keras sebarang perbuatan keji yg terbit dari lidah, kerana natijah dari perbuatan itu sangat bahaya.
Oleh itu setiap individu Muslim hendaklah sentiasa berwaspada semasa bercakap dgn saudaranya yg lain dan juga memelihara lidahnya drpd melakukan perbuatan yg tercela dan dilarang Allah.
Umat Islam hendaklah berhati-hati ketika menyebarkan berita supaya tidak terperangkap dalam dosa memfitnah. Tapis dan saring dahulu berita yg diterima dan jangan menerimanya secara membabi buta tanpa tahu kebenaran berita tersebut.
Salam semanis coklat,
Kebanyakkan dosa anak Adam kerana lidahnya(riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Lidah boleh memuliakan dan mengangkat maruah seseorang dan dlm ketika lain, mampu pula utk menghina dan menjatuhkan seseorang. Sebab itu orang tua ada bermadah,
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa
Lidah umpama pisau bermata dua, bisa hadir sebagai rahmat kpd manusia di kala ungkapan ucapannya terselit unsur nasihat dan ketaatan kpd Allah dan pada masa yg sama, ia juga membawa sembilu dan kepedihan kpd manusia di kala lisannya mendedahkan belangnya yg tersembunyi.
Menurut perspektif Islam, lidah melambangkan identiti seseorang. Rasulullah bersabda,Sesiapa yg beriman kpd Allah dn hari Akhirat, maka
hendaklah dia berkata dgn perkataan yg baik-baik atau
dia berdiam saja
(riwayat Bukhari)
Di dalam al Quran, Allah menyediakan panduan bagaimana menggunakan lidah kerana setiap perkataan yg terkeluar akan direkod oleh malaikat,
Tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya (atau perbuatan yg dilakukannya) melainkan ada di sisiny malaikat
pengawas yg sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)
(surah Qaf, ayat 18)
Sebenarnya banyak lagi nas2 utk membuktikan betapa Islam melarang keras sebarang perbuatan keji yg terbit dari lidah, kerana natijah dari perbuatan itu sangat bahaya.
Oleh itu setiap individu Muslim hendaklah sentiasa berwaspada semasa bercakap dgn saudaranya yg lain dan juga memelihara lidahnya drpd melakukan perbuatan yg tercela dan dilarang Allah.
Umat Islam hendaklah berhati-hati ketika menyebarkan berita supaya tidak terperangkap dalam dosa memfitnah. Tapis dan saring dahulu berita yg diterima dan jangan menerimanya secara membabi buta tanpa tahu kebenaran berita tersebut.
Salam semanis coklat,
Labels:
hati
,
ilmu
,
Islamic quotes
,
motivasi
Monday, 26 November 2012
Aku Bersyukur Kepadamu Allah Diatas Rezeki Ini...
KAK ZAN rasa ramai orang pernah mengalami senario ini...makanan tu nampak sedap giler tapi bila masuk tekak..macam-macam rungutan yg keluar dari mulut kita..tak sedap! Tawar! Masin! Kucing pun tak hingin...
Tapi sedarkah kita di satu situasi yg berbeza, makanan itu sangat enak!
Jadi janganlah kita merungut di depan makanan (peringatan ini untuk KZ juga!).
Salam semanis coklat,
Labels:
ilmu
,
redha
,
secebis kisah
Segmen: Jom Upkan Followers Sampai Puas Hati
klik ini untuk join |
Jumlah follower semanis coklat 82
KZ tag 1. Zura
2.norwi
Salam semanis coklat,
Labels:
ingin tahu
,
segmen join
,
teman
Cintaku Pada Blogging!!
SUDAH 2 hari KZ tak update blog...balik kampung...menziarahi MIL di Ipoh. Malas nak angkut Cik lappy yg buruk nih. Nak guna ipad anak tak reti...nak guna laptop suami, dia pun asyik dengan kerja2 rasmi dia. Tapi KZ sempat juga singgah kat satu dua blog kawan2. Mesti banyak cerita yg KZ missed!
Hari ni KZ terlambat bangun..lupa nak activate balik alarm clock! Ini semua pasal sakit hati tengok bola semalam...memang tak boleh terima itu game dari penyandang juara!!!! bukak fb...macam2 cerita pasal game semalam. Paling kelakar pic kat bawah ni...
KZ harap pasukan kita mampu menebus balik maruah yg dah tercalar teruk semalam. GO MALAYSIA GO! Di akhbar HM tertera Malaysia
Okeylah geng...sebab terlambat bangun, banyak pulak kerja tertangguh..baju belum sidai..lantai belum sapu, tapi sempat pulak melayan blog
Labels:
hati
,
secebis kisah
,
teman
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)