KETIKA membelek sekali lalu suratkhabar Metro Harian hari ini, satu gambar dan tajuk sangat mencuit hati KZ...memang dramatik habis kisahnya. Rasa kelakar pun ada, sedih pun ada kerana mereka anak bangsa KZ sendiri.Inikah dia pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara?
Sumber - Harian Metro
Sumber - Harian Metro
Pemuda itu kononnya nak terjun ke laut selepas bergaduh dengan aweknya. Apa yg nak kita harapkan dari pemuda macam tu. Si gadis pulak terjun dari motor yg bergerak. Mampukah dia jadi tiang yg diharapkan?
Bukanlah KZ nak memperlekehkan anak orang tapi memang tak faham peel bebudak sekarang. Zaman KZ dulu pun ada cinta monyet ni tapi tak lah sampai begitu sekali penangannya.
Anak2 KZ memang telah diberi ceramah, berkawan saja, jangan gedik nak bercouple..tak ada maknanya. Utamakan pelajaran kerana kami bukan orang kaya-raya. Tak ada harta yg nak diwariskan. Bercouple..tunggu dulu.
Salam semanis coklat,