Wednesday, 16 January 2013

Semoga Kita Berjumpa Lagi...

DISINI KZ ingin membuat satu pengumuman..buat sementara waktu, KZ ingin berehat dari berblogging. Ada perkara yg ingin KZ lakukan dan memerlukan konsentrasi. KZ ni kalau dah di depan lappy, memang kadang2 tak ingat nak tengok jam, sudahnya perkara yg KZ ingin lakukan tu selalu terbantut.


     Sampai bila KZ akan berehat, tidak dapat KZ katakan. Mungkin seminggu..mungkin sebulan...mungkin 2..3...bulan.
     KZ akan merindui teman2 semua. Jumpa lagi dilain masa..insyaAllah...

Don't be dismayed by good-byes. A farewell is necessary before you can meet again. And meeting again, after moments or lifetimes, is certain for those who are friends. 
Richard Bach 

Salam semanis coklat,



Monday, 14 January 2013

A Brand New Life

KETIKA melayari internet KZ terserempak dengan video klip ini. 



Semoga ia memberi kita satu inspirasi...

Salam semanis coklat,

Bertemu Insan Istimewa...

HUJUNG minggu tadi KZ ke Ipoh, ke rumah MIL untuk bertemu dengan ahli keluarga baru.

Mohd. Danial Firas bin Mohd.Hanif lahir pada 8.1.2013 dengan berat 3kg di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh. Sebijik muka ayah dia (lebih kpd muka opahnya)

     Kepada Nurashikin Maulid Sarif dan suami, tahniah di atas kelahira anak kedua ini. Anak sulung mereka, Dania Qaisara baru berumur 1 tahun 8 bulan...kecik2 dah jadi kakak!

     Ekin (panggilan manja mama Danial) bukanlah adik secara biologi kepada encik suami. Dia dipelihara MIL/FIL sejak bayi lagi. Dia kemudian diambil secara 'legal' dan ditukar nama. Oleh kerana ingin nama FIL ditaruh dihadapan namanya maka nama Ekin tidak ada binti dan diganti maulid.

     Tanda hitam di dahinya bukan tanda lahir ya, tetapi mengikut adat opahnya yg berketurunan boyan, kononnya utk mengelakkan bayi itu digannggu makhluk halus. Dahinya dihitamkan supaya dia nampak 'hodoh' dan tidak disukai oleh mahluk halus. Lain etnik lain adatnya!

     Semoga Muhd. Danial Firas akan jadi anak yg soleh dan dikurniakan rezeki dan kesihatan yg baik.

Salam semanis coklat,