Saturday, 24 November 2012

Laaa..macam tu pulak!!


Masih ingat lagi isu Inshaallah yang disebarkan baru2 ini? Tulis Insyaallah ke, In shaa Allah ke, Inshaallah ke, pelbagai polemik timbul, hingga menenggelamkan isu Gaza. Untuk menjadikan ia lebih dramatik, diletakkan sumber dari @[177413585624661:274:Dr. Zakir Naik]. Di laman twitter Dr Zakir Naik Fans menyebut : 

""Zakir Naik : never said anything on how to spell InshaAllah...Please don't spread wrong information without any Official confirmation."

Isunya muda. Inshaallah itu perkataan dari Bahasa Arab. Jika kita menulis rumi, dibaca tetap bunyinya Inshaallah. Tidak menjadi masalah pun. Kalau nak timbulkan isu ni, baik timbulkan masa lagu Inshaallah Maher Zain tengah top. 

Spread this.. :)

Boycott : http://bit.ly/XxnsGv
Join us : We Are All Palestinians Campaign (https://www.facebook.com/events/445081202222445/)
Donate to Gaza : http://on.fb.me/Wj93rb
Masih ingat lagi isu Inshaallah yang disebarkan baru2 ini? Tulis Insyaallah ke, In shaa Allah ke, Inshaallah ke, pelbagai polemik timbul, hingga menenggelamkan 
isu Gaza. Untuk menjadikan ia lebih dramatik, diletakkan sumber dari Dr. Zakir Naik. Di laman twitter Dr Zakir Naik Fans menyebut :

""Zakir Naik : never said anything on how to spell InshaAllah...Please don't spread wrong information without any Official confirmation."

Isunya muda. Inshaallah itu perkataan dari Bahasa Arab. Jika kita menulis rumi, dibaca tetap bunyinya Inshaallah. Tidak menjadi masalah pun. Kalau nak timbulkan isu ni, baik timbulkan masa lagu Inshaallah Maher Zain tengah top. 


BUKAK fb pagi ni. inilah yg  KZ temui. Tak tau nak cakap 

apa. Benarlah, kalau nak menuntut ilmu haruslah berguru

dengan guru yg betul, bukan main ikut jer apa yg terpapar 

dan tersebar di dinding fb. KZ akan harap ulamak tersohor 

kat Malaysia boleh ulas isu ni.

Salam semanis coklat,

Friday, 23 November 2012

Segmen:Gila-Gila Follow

klik sini untuk join
RASAnya ramai yg dah kenal si liyana jasmi yg cantik manis ni. Jom join segmen ni.Ada hadiah tau.
Follower KZ sekarang 75
Jumlah follower yg diimpikan..tak pulak nak tulis berapa...
KZ tag Nad,Cik Que danhainom.

Salam semanis coklat,

Laut Itu Tidak Sentiasa Tenang...

SEMALAM heboh lagi satu Malaysia tentang perkahwinan di usia sangat muda. Di dinding fb mahu pun di blog2, macam2 komen dan pendapat peribadi dikeluarkan. Setakat ini belum ada kalangan profesional yg mengulas isu ini, mungkin isu ini bukanlah baru. Tak lama dulu pun ada kisah pengantin muda di siarkan di media2 dan you tube.
     KZ  baca di dinding fb, ramai yg mengucapkan selamat berbahagia kpd pasangan muda ini. Ramai yg setuju mereka menghalalkan hubungan yg dah sampai tahap kronik! Kenapa KZ kata kronik....kerana si gadis memang sudah lama berumahtangga di rumah keluarga si teruna. KZ pun rasa, kalau dah tahap macam tu memang WAJIB mereka di nikahkan.
     Kalau difikirkan, kaunseling merupakan salah satu cara untuk menghadapi kemelut seperti ini. Di katakan keluarga si gadis terpaksa merelakan pernikahan ini selepas berbincang dengan pihak satu lagi. Bukan menuduh, tetapi macam ada sesuatu yg tidak kena pada si gadis. Kalau KZ di usia begitu, masih mahu berperap dengan ibu, masih mahu berkejar-kejar dengan rakan seusia di padang, masih mahu bertepuk tampar dengan adik-beradik, masih mahu bergosip dengan bff tentang pelakon/penyanyi mana yg paling handsome! Atau si gadis ini memang terlebih matang.
     KZ masih berpendapat kaunseling oleh mereka yg pakar harus di berikan kepada gadis itu terutamanya. Apa yg dia cari dalam hidup sebenarnya..apa impian dia..apa harapan dia..apa yg dia nampak tentang masa depan dia...apa perasaan dia terhadap ibubapa dia. Kadang2 anak2 ini mencari apa yg dia tidak dapat di rumah sendiri.
     Ada satu komen di fb yg menyatakan umur tidak menentukan kematangan. KZ rasa pendapat ini tidak betul. Kematangan itu seiringan dengan umur kerana pengalaman hiduplah yg mematangkan kita. Dan pengalaman itu haruslah kita yg alami sendiri atau dari orang yg rapat dengan kita, bukan hanya dengan membaca di majalah,'surf' di internet atau menonton You Tube. KZ tidak rasa pada umur 13 tahun, gadis itu cukup matang untuk melayari rumahtangga!
     Walau macam mana pun mereka telah selamat diijab kabulkan. Semoga keluarga mereka tidak "take for granted" mereka sudah pandai menjalani kehidupan suami isteri. Mereka masih perlukan bimbingan dan nasihat. KZ khuatir mereka hanya memikirkan keseronokannya sahaja. Tanggungjawab yg mereka pikul sangat besar. Semoga mereka sedar, laut itu tidak sentiasa tenang. Tatkala badai melanda, kewarasan fikiran jadi taruhan. Mampukah mereka? Semoga mereka berbahagia hingga ke hujung usia.


Salam semanis coklat,

     

Thursday, 22 November 2012

Kebaikan Itu Cuma Sebesar Kuman....

KISAH ini berlaku beberapa tahun dulu, ketika KZ masih tinggal di Ipoh. Insiden ini meninggalkan kesan agak mendalam dalam diri KZ. 
     Pagi itu KZ ke pasar seperti biasa. Setelah meletakkan kereta di kawasan luar pasar, KZ pun berjalan di lorong sebelah pasar tersebut. Penunggang motosikal menggunakan jalan kecil ini untuk masuk ke dalam kawasan pasar. Kadang2 ada juga kereta yg masuk tetapi mesti berhati-hati kerana jalan itu hanya muat untuk satu kereta sahaja..kalau berselisih dengan kenderaan lain, seorang mesti mengalah dengan bergerak ke bahu jalan.
     Tiba2 KZ terpandang seekor anak kucing di bahu jalan tersebut. Kucing itu masih baby, mungkin di buang orang tetapi ibunya tidak kelihatan. KZ rasa dia selesa dengan kepanasan jalan bertar jadi dia mengerekot di atasnya.
     KZ risau jika ada kereta yg tidak perasan kucing tu ataupun dia boleh tiba2 bergerak ke tengah jalan. Tak sanggup membayangkan kalau2 dia dilenyek kenderaan yg lalu lalang. KZ lantas mengaupnya dengan telapak tangan(kucing tu memang kecik sangat) dan meletakkannya agak jauh dari jalan tersebut.
     Kemudian KZ ke gerai kuih sebelum bergerak masuk ke bangunan pasar untuk membeli barangan dapur. Sedang asyik memilih bawang besar, seorang lelaki menegur KZ. 
 "Kak..ini duit kakak ke?" ditangannya ada sekeping not 50 ringgit. Terkejut juga KZ,"Sekejap..akak check beg duit"
KZ membelek beg duit..MasyaAllah..ye lah duit akak lah!
"Saya nampak kat gerai kuih lepas kakak pergi", jelasnya.
     Beberapa peniaga di situ memuji-muji kejujuran lelaki itu, lantas dia menjawab,"Sekarang ni jer aku baik, kalau dulu2 memang dah masuk poket aku dah!"
    Menggeletar juga tangan KZ menerima wang tersebut. RM50 tu...mau menangis kalau hilang macam tu jer. Setelah mengucapkan terima kasih, KZ meneruskan misi membeli belah pagi itu sambil diminda teringat si anak kucing yg comot tadi. KZ percaya apa yg berlaku ada kaitan dengan makhluk Allah itu.
     Kebaikan yg KZ lakukan sangat-sangat kecil..besar kuman jer...sekadar mengangkat seekor anak kucing! Tapi Allah telah membantu KZ melalui lelaki tadi.Sesungguhnya Allah amat menyukai kebaikan-kebaikan kecil seperti ini. Pernah dengar cerita seorang alim dan seekor lalat? Tak pernah dengar..nanti KZ ceritakan di lain entri.
     Ketika mahu pulang, anak kucing itu telah tiada di tempat KZ meletaknya. Entah ke mana dia merayap. KZ tak rasa hidupnya lama kerana pada usia itu dia amat2 memerlukan ibunya. Orang yg membuangnya memang kejam. Kalau nak buang pun, buanglah dengan ibunya Ibunya juga tentu tercari-cari kelibat anaknya.

Salam semanis coklat,

     
     

Wednesday, 21 November 2012

Terima Kasih Kerana Mengembalikan Wang RM30 itu....

PAGI tadi KZ singgah di kedai kat depan rumah untuk bekalan Yusrina yg hendak ke sekolah kerana ada tugas di pusat sumber. Di rumah sudah ada nasi lemak, tapi dia tidak mahu makanan berat. 
     Selepas menurunkan Yusrina di sekolah KZ ke kedai di Taman bersebelahan untuk membeli bahan mentah untuk menu tengahari. Menu Tengahari nanti? Nasi Arab(Mandy) tapi beras basmathi tak ada di kedai tu..tak pe..beras biasa pun boleh.
     Ketika membuka purse untuk membayar harga barang, KZ perasan wang 30 ringgit yg dilipat bersama telah ghaib! Eh,,kemana pulak perginya. Selesai membayar, KZ segera ke kedai pertama tadi. Di dalam hati berdoa semoga wang itu tercicir di sana dan bukan di tengah jalan, tetapi anadai kata wang itu tidak ditemui, KZ redha..itu bukan rezeki KZ .
     Sampai di kedai tersebut KZ bertanya tuan kedai(Nozza) sama ada di terjumpa wang yg tercicir itu. Tak dak pulak..jawab Nozza. Dia lantas bertanya pembantu kedainya, dia juga menggeleng kepala. Tadi hang berdiri kat mana? Tanya Nozza. KZ menunjukkan tempat KZ berdiri ketika membayar harga roti ketika itu. Di hadapan kaunter memang banyak tersusun balang gula2. Ya Allah..ini dia ..KZ dapat melihat dengan jelas wang berwarna merah terselit di celah2 balang tersebut. Alhamdulillah..jumlah mungkin sedikit bagi sesetengah orang, tapi agak besar untuk KZ yg tidak ada sumber kewangan sendiri!
     KZ percaya Allah membantu ketika KZ berduka kerana beberapa kebaikan kecil yg KZ lakukan, misalnya berdoa untuk orang lain. Untuk teman-teman, buatlah kebaikan walau sekecil mana pun, hatta mengangkat anak kucing di tengah jalan. KZ ada cerita tentang menyelamatkan anak kucing ni..tunggu ya!


Salam semanis coklat,

Tuesday, 20 November 2012

Peace No War


  • Norhaizan Hakim Apa yg hang pa meluat tu? Sebab aku pun tak nengok!
  • Raja Nur Asyura meluat ngan politik kat malaysia ni....xhabih2 nak gadoh..kene bom nnt baru tau...
  • Aiza Nur Hashim Sebab banyak yang dia laporkan tu sebenarnya tak betul... ramai orang dah tahu perkara sebenar.
  • Aiza Nur Hashim Perkara yang benar di sorok, perkara yang tipu atau tidak jelas di perbesarkan. Aku dah banyak hari tak tengok TV3, kisah GAZA banyak baca di internet. TV banyak tengok bola aje... kalau berita TV3, maaflah, aku tak tengok.
  • Norhaizan Hakim Apa yg tak betul...apa perkara sebenar Aiza Nur Hashim!
  • Aiza Nur Hashim Tambah nak pilihanraya ni, tak payah le tengok berita TV3. Siapa yg bergantung pada berita TV3 tu umpama katak bawah tempurung...
  • Raja Nur Asyura marah benor Aiza Nur Hashim....hiihihi
    10 hours ago · Like · 1
  • Aiza Nur Hashim Tak marah, terpulang pada orang untuk menilai, kalau kita menilai situasi politik berdasarkan apa yang di sampaikan oleh TV3 baik kita fikir balik, adakah kita menilai dari sudut yang adil. Kita perlu dengar cerita kedua-dua pihak. Contohnya mcm Nik aziz kata UMNO murtad tu, ada tak dengar penjelasan dari pihak Nik Aziz. Nik Aziz doakan kemusnahan tu, ada tak kita dgr doa yang mcm mana...
    10 hours ago · Like · 1
  • Norhaizan Hakim Aiza Nur Hashim..siapa pun kamu..apa fahaman politik kamu..status kamu..tahap pendidikan kamu..siapa ibubapa kamu..di mana sektor kamu menerima gaji...mendoakan keburukan untuk orang lain???????..tak faham oleh pemkiran kakak yg tidk berpelajaran tinggi ni.
  • Aiza Nur Hashim Kakak tak faham sebab kakak cuma tengok TV3, ada baca penjelasan dari pihak lain, mcm bekas mufti Ustaz Maza :http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=oMNeVX59sv4
  • Aiza Nur Hashim Mendoakan orang yang membuat aniaya kepada kita walaupun sipembuat aniaya itu Islam adalah dibolehkan. Mcm dalam situasi kelantan. Kelantan sepatutnya mendapat royalti sbyk 5% dari hasil petroleum yang di lombong dalam kawasan mereka. Ini suatu perjanjian , orang yg memungkiri janji adalah munafik. Tapi mereka sedap-sedap sedut semua itu dari bumi Kelantan dan menafikan hak rakyat Kelantan, ini penganiayaan namanya. Padahal mereka ini membuat perjanjian semua hasil petroleum yang di dapati dalam kawasan Malaysia petronas boleh ambil dengan syarat @janji memberi 5% dari hasil ini kepada negeri yang diambil petroleumnya, 5% itu banyak , kalau nak bilang unitnya ialah Billion (ribu juta). Oleh kerana dah banyak kali di minta dan di runding, maka rakyat Kelantan berhak mendoakan sipengambil harta mereka ini musnah. Ini semua orang tahu....
  • Aiza Nur Hashim Semua orang tahu TV3 pembohong, dia mempertahankan orang yang mengambil harta orang orang Islam. Dia membuat fitnah kepada Tuan Guru Nik aziz.
  • Aiza Nur Hashim percaya tak kalau hasil 5% petroleum tu di beri kepada rakyat kelantan, anak-anak kelantan akan mendapat pendidikan percuma dari prsekolah hingga ke universiti.
  • Aiza Nur Hashim Kakak aku orang yang pandai, bukan nya tidak berpelajaran. Bahkan adik beradik kita semua berpelajaran.
    9 hours ago · Unlike · 1
  • Azman Akab anak tok sidang tu.......
    8 hours ago · Like · 1
  • Norhaizan Hakim Aiza Nur Hashim..vidoe clip tu kakak dah tengok..berita tv3 jarang temgok,sebab masa tu sibuk siapkan dinner di dapur tapi kakak tetap berpendapat keperibadian seseorang dilihat dari lidahnya. Peace no war and plez pray for Gaza!
    about an hou                   

    DIATAS merupakan perbualan antara KZ dan adik KZ yg merupakan seorang guru