Saturday, 1 December 2012

Aku Menulis bukan Kerna Nama...

SEDAR tak sedar rupanya sudah setengah tahun KZ menceburkan diri dalam dunia blogging ni. Sebelum ni jgn kan nak bergelar blogger, apa benda blogging pun KZ tak tahu..

     KZ mengenali blog dari seorang teman lama di muka buku. Tak payahlah KZ letak link minah tu kat sini sebab dia up date blog  dia setahun dua kali jer, mungkin sebab kesibukan dia yg bergelar pensyarah di sebuah IPTA di utara tanah air. Tisha A.S..terima kasih!!!

     Banyak blog yg KZ terjah untuk menuntut ilmu berblog. Antaranya Khairul, Calipso dan yg paling KZ suka dan masih mengikuti tutorial beliau..Hasrul Hassan. Jutaan terima kasih untuk mereka dan minta di halalkan segala ilmu yg KZ ambil.

     Entri2 awal, memang tiada yg singgah. Tapi KZ tetap menulis..macam entri syok sendiri pun ada! Perlahan-lahan KZ blog walk dan follow blog mereka, hasilnya...follower pertama Puan Nor Salmi.


     Mencari ilham menulis juga bukan mudah untuk KZ. Maklumlah...KZ cuma suri rumah sepenuh masa. Tidak ada aktiviti menarik untuk diceritakan. Juga tidak ada pengalaman hebat untuk dikongsikan...jadi KZ suka tulis tentang perkara2 yg berlaku di sekeliling KZ. Mungkin ada yg suka..mungkin juga ada yg tidak...itu lumrah dunia.

     Apa yg pasti..KZ 'jumpa' ramai kenalan baru...dari pelbagai latar belakang, umur, profesion, cara penulisan..dan yg pasti, mereka insan2 yg istimewa di mata KZ (mungkin di lain kali KZ akan ceritakan tentang mereka2 ini!)

     KZ harap, KZ akan terus berblogging selagi terdaya...bukan untuk mencari glamor...bukan untuk menjadi kaya...bukan juga untuk mengumpul beribu follower...tapi kerana menulis buat KZ rasa bahagia...

Salam semanis coklat,

9 comments :

Nur-nba said...

Salam perkenalan..Setuju dengan akak, kita menulis bukan kerana nama.. Happy blogging!

umialya said...

mula2 menulis dulu, tak pernah terfikirpun boleh punyai follower mencecah 100 orang, apatah lagi seperti sekarang ni

Kakzakie said...

Sebenarnya dari awal dulu masa KZ buat blog tak ada link langsung utk kita masuk ke blog KZ. Kakak rasa ada 2-3 org teman blog kita menyatakan hal ini seperti Kakcik, Azieazah, ieda dan kakak juga. Sebab terasa nak kunjung balas tapi tal boleh.

Jadi bila dah ada link pasti kami singgah kan..

Acik Erna said...

assalam KZ..sama la ngan acik..menulis perkara yang berlaku dipersekitaran dan anak2..

Cik Que said...

sama la kita kak zan..berbloging bukan untuk menjadi glemer..^___^

apa2 pun, selamat berkenalan untuk kak zan..Happy bloging ye..=)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

teruskan usehe berblogging kak zan,,moge terus sukses =)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

teruskan usehe berblogging kak zan,,moge terus sukses =)

Nisah Idham said...

salam KZ..
terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kehidupan nisah.. terima kasih kerana sudi follow nisah, terima kasih kerana tak pernah jemu tinggalkan komen di setiap entry nisah. Terima kasih kak, kerana sentiasa ada untu
k kami semua.. (^_~)

nisah doakan agar, blog akak terus berada di arena ini. semoga kite berpeluang berjumpa nanti...

hainom OKje said...

Yelah Kz.... okje pun menulis sekadar suka -suka... bila ada orang dtg komen... barulah semangat berblogwalking tu adakan!,