Saturday 7 September 2013

Err..Boleh Pusing Jam Tu Balik?

BELEK Majalah...produk supaya kelihatan muda remaja. Tengok TV...iklan juga untuk mengurangkan kedut di muka. Perempuan (lelaki pun?) obses untuk kembali muda. Berlambak produk yg sama tapi berlainan label di luar khusus untuk kembali muda.

     Kita tidak mampu untuk menahan penuaan tetapi ada beberapa  perkara yg boleh kita lakukan untuk kelihatan muda dan sihat.
Pemakanan
Pernah dengar kan...kamu adalah apa yg kamu makan. Setiap sel di badan diperbuat dari pemakanan kita, jadi makanlah makanan yg berkhasiat. Sememangnya diet kit akan menentukan kesihatan kita luar dan dalam. Makanan yg berunsur antioksida akan meningkatkan pertumbuhan sel dan meningkatkan pengeluaran elastin dan kolagen, bahan penting yg menjadikan kulit kita tegang dan bebas kedut!


Krim pelindung matahari
Terlalu banyak terdedah kpd cahaya matahari akan membuat kulit kita kering, bercapuk, berjeragat dan berkedut. Jika kita sering terdedah kpd cahaya matahari, pelindung matahari adalah satu kemestian.


Kekal lembab
Air akan menjadikan kulit kita lembab. Garis halus dan kedut akan kelihatan ketara jika kulit kita kering. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


Akhir sekali, jangan mengambil alkohol dan merokok. Jalani hidup dengan gembira, taat pada perintah agama, tangani stress dengan baik dan cubalah berfikir dengan positif.



sumber ; http://www.womansday.com/style-beauty/beauty-tips-products/delay-the-signs-of-aging-119611?click=wdy-more

Salam Semanis coklat,


Thursday 5 September 2013

Haa!!! Berat Aku Naik Lagi!


KAWAN-kawan dah timbang berat badan hari ni. Rasanya ada juga yg ngeri nak pijak mesin penimbang tu, maklumlah bulan ni bulan 'melahap!' Rasanya ada juga yg berdiri depan cermin dan mula memicit-micit 'spare part' yg semakin subur!

     Satu kajian oleh Travelodge di Britain, 70% wanita dan 61% lelaki bimbang tentang berat mereka 3 kali sehari! Dan 80% mengatakan, mereka menyampah dgn bentuk badan mereka.

     Kajian juga mendapati kaki Cameron Diaz, punggung Kim Kadarshian dan perut Gisele Budchen dikategorikan sebagai ideal. Tak kenal siapa mereka..google la sendiri!

     Ada tak kawan2 yg timbang berat sampai 3 kali sehari? KZ pun pernah juga macam tu, tapi dgn penimbang berlainan, kunun-kununnya mesin yg sebelum tu rosak!


Salam Semanis Coklat,

Wednesday 4 September 2013

Kurus Dengan Telur



MARI kita sambung lagi fakta menarik tentang telur. Reputasi buruk telur dikaitkan dengan kandungan kolesterolnya. Pada tahun 2008, satu kajian oleh International Journal Of Obesity mendapati mereka yg memakan telur mampu menurunkan BMI lebih baik dari mereka yg tidak memakannya.

     Macam mana pulak boleh kurus dgn memakan telur?
Rendah kalori - Telur rebus hanya mengandungi 78kalori. Ingat...yg rebus sahaja!
Rendah lemak - Sebijik telur mengandungi sekadar 5gm lemak..ya..yg rebus.
Protein - Telur mengandungi protein yg lengkap. Protein akan memberitahu otak, kita dah kenyang!

     Telur bukanlah makanan ajaib untuk menurunkan berat badan tetapi bagus sebagai sebahagia dari pelan menu yg rendah kalori dan lemak.

     Sebenarnya jumlah telur yg selamat dimakan bergantung kpd umur, berat badan, paras aktiviti, cara pemakanan dan kesihatan individu itu. Bagaimana pun berserdehana adalah yg terbaik.

     Jika jemu asyik makan telur rebus di sini KZ sertakan link resepi telur. http://www.myresipi.com/tags/telur. Selamat menjamu selera dgn lauk telur.



Salam Semanis Coklat,




Tuesday 3 September 2013

Ada Apa Dengan Telur?




SELALU kita dengar, telur tidak elok utk kesihatan kerana kandungan kolesterol dan lemak yg tinggi. Ada yg mengesyorkan, makan putih telur saja dan ketepikan kuningnya.

    Mari kita lihat mitos dan kenyataan benar tentang telur.
Mitos - Telur boleh membuat kita gemuk.
Kenyataan - Telur bagus untuk menurunkan berat badan.
Memang benar 60% kalori dari telur datang dari kandungan lemaknya. Hakikatnya, memakan lemak tidak membuat kita gemuk! Kombinasi protin dan lemak dlm telur akan meningkatkan hormon 'satiety'...hormon yg memberitahu otak yg anda telah pun kenyang! Protin dlm telur juga menyebabkan badan merembeskan hormon glucogan yg merangsang badan menggunakan karbo dan lemak yg tersimpan dlm badan.


mitos - Telur meningkatkan paras kolesterol
Kenyataan - Telur bukan penyebab utama kenaikkan kolesterol dlm darah.
Penyelidik dari Universiti Harvard mengkaji corak pemakanan lebih dari 100,000 orang dan menyimpulkan, pengambilan telur setiap hari oleh individu sihat tidak meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik menyatakan memakan 3 biji telur sebagai sebahagian regim pemakanan rendah karbo meningkatkan paras HDL (kolesterol baik).

Mitos - Makan hanya kuning telur
Kenyataan - Nikmati keseluruhan telur
Putih telur hanya mengandungi protein, sedangkan nutrisi lainnya terkandung dlm kuning telur. Kuning telur mengandungi leucin dan amino acid yg bertanggungjawab membina otot. Ia juga mengandungi choline, kolesterol, vit.A, vit.D dan vit.E. Rugikan kalau kita buang kuning telur!


It may be the cock that crows, but it is the hen that lays the eggs.
Margaret Thatcher 


sumber :www.incredibleegg.org?health

Salam Semanis Coklat,