Friday, 14 September 2012

Wednesday, 12 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh.
“Pelan tindakan itu adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, termasuk pandangan dari pendidik tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini, Selasa.
Beliau berkata, pelan jangka panjang itu akan menggariskan 11 anjakan dan akan menjadi cabaran kepada semua pihak berkenaan.
“Tugas yang menanti adalah satu cabaran kerana ia bukan saja melibatkan orang di dalam mahupun luar dewan ini tetapi semua 28 juta rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, pelan itu bukan saja bertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran tetapi nilai-nilai yang betul untuk menjamin masa depan negara.
“Demonstrasi jalanan dan menjatuhkan maruah orang lain bukan nilai-nilai kita.
“Kita memerlukan nilai-nilai untuk memastikan generasi muda masa kini berupaya memacu negara ke peringkat tertinggi,” katanya.
Beliau turut berkata, semua pemimpin harus mempunyai keberanian moral untuk mengetepikan politik daripada sistem pendidikan.
“Ini untuk memastikan bahawa kita membuat keputusan demi kepentingan terbaik anak-anak kita dan negara,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran memberikan taklimat selama 25 minit kepada tetamu yang hadir menyaksikan pelancaran pelan tindakan tersebut.
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.




Setiap murid akan mempunyai....

* Kemahiran memimpin
* Kemahiran dwibahasa
*Kemahiran berfikir
* Etika dan kerohanian
* Pengetahuan
* Identiti nasional


Sumber: Harian Metro

     

Tuesday, 11 September 2012

Islamic Quotes of Wisdom

God made the illusion look real
and the real an illusion.
He concealed the sea and made
the foam visible,
and the dust menifest.
You see the dust whirling,
but how can the dust rise by itself?
You see the foam but not the ocean.
Invoke Him with deeds,  not words;
for deeds are real
and will save you in the infinate-life.
-Rumi[Mathnawi] 

     

Monday, 10 September 2012

Anak Oh Anak

Apa khabar semua? Agak lama juga Kak Zan tak menjenguk blog KZ ni...buakan merajuk..entah mengapa hilang mood pulak nak menulis. But I'am BACK! Tak payahlah KZ menulis apa yg berlaku raya yg lepas..sama je dgn cerita geng semua.I had so much fun berkumpul dgn adik-adikyg seramai 6 orang tu.
     Entry KZ kali ni berkisar tentang anak2. Mungkin kerana KZ sendiri ada 5 orng anak yg sedang membesar, isu tentang mereka selalu menarik perhatian KZ.
     KZ ada seorag adik yg bertugas sebagai pendidik di sebuah sekolah rendah di utara tanah air. Semalam  adik KZ menulis di dinding fb beliau tentang seorang anak muridnya atau lebih tepat, bekas anak muridnya.
     Perasaan adik KZ sangat tersentuh, sedih, kasihan..dia sendiri sukar menafsir apa yg terbuku di hatinya bila mengetahui pekerja kantin yg sedang mengelap makanan yg dia tertumpah di atas lantai adalah bekas anak muridnya. Pada awalnya di menyangka sipolan adalah abang kpd murid tersebut dan dia memang terkejut bila mengetahui hakikat sebenar.
     Dia sangat2 meminta supaya ibu bapa tidak membiarkan anak2 meninggalkan bangku sekolah sebelum waktunya. dia khuatir anak tersebut akan  terlibat dalam gejala 2yg tidak sihat spt ketagihan dadah, mencuri, merempit...
     Persoalan yg adik KZ tinggalkan...adakah dia sudah gagal dlm menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik?
     Sedih juga KZ membaca keluh kesahnya. Anak -anak adalah permata bangsa dan negara. Bagi KZ, meletakkan segala2nya dibahu guru adalah tidak patut. Bahkan agama Islam sendiri mengatakan  anak2 itu bagai kain putih dan IBUBAPAlah yg mencorakkan mereka.  Corakkanlah mereka sebaik mungkin. Islam mempunyai panduan yg lengkap tentangnya tetapi ramai yg tidak mengendahkannya.
     Janganlah kesibukan bekerja menjadi alasan untuk tidak memantau anak2 kita. Allah memberi kita 24 jam sehari, uruskan masa kita dgn bijak.
     KZ bukanlah mengatakan yg KZ adaalah ibu yg sangat bagus mendidik anak2. KZ juga kadang2 merasa hilang arah tuju ketika mengendalikan perangai anak2 sekarang. KZ sudah punya 5 orang anak , tetapi masih mencari-cari formula terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pencorak mereka.
     Tentu ada yg pernah mendengar/ membaca kata2 ini..kita tidak mungkin dapat menyediakan masa depan untuk anak2, apa yg boleh kita lakukan ialah menyediakan mereka untuk masa depan Allahualam.
     Salam semanis coklat dari Kak Zan.