Saturday 13 October 2012

Semoga Saleha Tabah

FOLLOWER blog 'bukandua' pastinya perasan tidak ada n3 baru dari saleha sejak Jumaat lepas (kalau tak silap). Kak Zan pun macam tu juga, sebab saleha memang rajin update blog dia. Setiap hari dia menulis. N3 saleha juga boleh tahan panjang. (Tak macam KZ.n3 suma kontot2..heheheh).
     Baru semalam saleha muncul semula. Rupa-rupanya saleha tidak sihat.Jom ramai-ramai kita jenguk saleha di sini. Untuk saleha semoga cepat sihat, banyak rehat, makan makanan yg berkhasiat, jangan sedih-sedih, jaga emosi dan tak payah susah hati tak boleh update blog! Dah sihat nanti kita story mory lagi ya.
    KZ harap saleha tak marah sebab KZ tak minta izin untuk buat n3 ni.

Salam semanis coklat,





Jadi Siput Le Pulak!



Gambaran En.BB ari ni.
Huarrgghhhhh...menyampah sungguh!!!!

Salam semanis coklat,

Jangan Cari Aku Lagi..Dunia Kita Sudah Berbeza!

HAJJAH Ayang merasa agak resah malam itu. Kenapa?Dia sendiri tidak pasti kenapa.Hening malam dikuasai bunyi cengkerik yang gemersik.Dikejauhan terdengar sahutan burung hantu(merindu bulan?).

     Aktiviti penghuni malam tidak merungsingkan Hajjah Ayang. Dia sudah biasa.Dia sudah menghabiskan segenap usianya di kampung itu.Sekadar nyanyian pungguk,dia sudah tidak hairan. Tapi malam itu terasa lain. Kenapa ya? Hajjah Ayang melipat telekungnya. Dia baru sahaja selesai solat Isyak. Hajjah Ayang kemudian ke dapur ,sebelum beradu dia ingin memastikan pintu di dapur sudah dikunci.

    Hajjah Ayang perasan,ada bunyi pelik di luar sana. Bunyi si pungguk? Bukan! Bunyi cengkerik? Bukan! Bunyi anjing melolong? Bukan! Bunyi angin menyapa malam?Pun bukan! Macam...macam...orang berbisik...atau menangis sayu...Hajjah Ayang memasang telinga lagi. Hajjah Ayang pasti..itu bukan irama orkestra malam yg saban malam bersenandung melenakan tidurnya.

   Hajjah Ayang membuka selak pintu dapurnya. Dia ingin memastikan bunyi apa di luar sana......

     Hajjah Ayang terpaku...1 saat..2 saat..3 saat..
Dammm..Hajjah Ayang menutup daun pintu.Terperanjat anak bujangnya yg sudah terlelap di ruan tamu.
"Kenapa mak?" tanya anak bujangnya.
"Angin...angin kuat"Hajjah Ayang cuba mengawal ketakutannya.Dia kemudian cepat-cepat merebahkan badannya disebelah anak bongsunya.Mulutnya kumat kamit membaca beberapa potong doa. 

Keesokan malamnya juga begitu.Bunyi ganjil itu masih meresahkan Hajjah Ayang.Bezanya kali ini dia sudah tahu,siapa/apa yang berbunyi begitu. Hajjah Ayang ingin bersemuka dengan mahluk itu. Dia pasti,itulah kehendaknya. Bersemuka dengan Hajjah Ayang.! Hajjah Ayang sendiri sudah bersedia kali ini.Ayat2 Quran yg dipelajari dari gurunya dibacanya,terang dan jelas. Takut! Ya..dia masih ada perasaan gentar..tapi dia harus mengenepikan perasaan itu.Dia yakin, Allah ada bersamanya.

      Mahluk itu berdiri di bawah pohon mempelam di belakang rumah Hajjah Ayang.Tidak terlalu dekat dengan pintu dapurnya tapi cukup jelas untuk Hajjah Ayang melihat wajahnya.
Wajah pucat lesi itu merenungnya sayu....

"Kau nak apa cari aku?" tanya Hajjah Ayang.
Mahluk itu hanya  diam membisu."
"Jangan cari aku lagi. Dulu kita memang berkawan rapat. Tapi itu dulu.Masa tu kau masih hidup! Sekarang kau dah mati. Dunia kita dah berbeza!Aku tak boleh berkawan dengan kau lagi! Pergi kau dari sini. Pergi! Kalau kau cari aku lagi...nahas kau! Aku bukan main-main. Kalau kau tak nak sakit, jangan ganggu aku lagi!"








Mahluk itu kemudian mengeluarkan bunyi yg pelik..seakan -akan bunyi burung..bergerak secara mengiring (bukan melompat!) dan kemudia hilang di dalam kegelapan malam yang pekat.

     Hajjah Ayang masih tercegat. Memerhatikan mahluk itu pergi dengan sayu. Air matanya bergenang. Dia pasti,keputusannya adalah tepat. Manusia dan mahluk seperti itu tidak boleh berkawan...langsung tidak dibenarkan. Hajjah Ayang menutup pintu dapurnya perlahan.

     Dia kemudian ke ruang  tamu. Anak bujangnya lena dibuai mimpi,langsung tidak terkesan dengan kejadian di dapur tadi. Hajjah Ayang duduk bersandar di tepi dinding.Mengeluarkan sutah Yassin dan membacanya perlahan.

     Sungguh..Hajjah Ayang tidak tahu mengapa arwah teman baiknya menjelma begitu. Mereka teman sepeguruan. Seingatnya,mereka tidak pernah menuntut ilmu yg salah.Tapi dia juga tidak pasti jika temannya itu ada  menuntut ilmu sesat tanpa pengetahuannya.

     Hajjah Ayang berdoa,semoga Allah mengampuni sahabatnya itu.Dalam hatinya berkata, mungkin pocong berwajah arwah teman sepeguruannya itu sekadar mainan iblis yg ingin menyesatkannya.

     Hajjah Ayang tidak pernah memberitahu sesiapa, gerangan temannya yg datang malam itu. Dia tidak kisah menceritakan kejadian misteri yg dialaminya, tapi jangan ditanya wajah siapa yg dilihatnya. Rahsia itu dibawanya hingga ke liang lahat .

P/s Rasanya buat masa ini,ini n3 misteri nusantara terakhir dari KZ! Mungkin dilain masa kita boleh berseram-seram lagi!

Salam semanis coklat,



     

    






Friday 12 October 2012

Dia Hidup Balik!

TIRAI senja semakin berlabuh.Suasan alam semakin suram dan kelam.Hajjah Ayang masih di belakang rumah,menghalau ayam2nya masuk ke reban Ada beberapa ekor ayam yang degil masih ke hulu hilir bila dihalau. Geram sungguh Hajjah Ayang.Macam sengaja ayam2 tu menaikkan darahnya.

"Jangan la main2 lagi.Masuk la cepat.Kalau kamu nak sangat dimakan musang..tidor le kat luar ni...akau dah tak larat ni" Hajjah Ayang membebbel.Macam la ayam2 tu faham .

Syoohhhh...syoooohhhh..Akhirnya semua ayam2nya berjaya di halau masuk ke reban.  Suasan sudah semakin kelam. Hajjah Ayang mengelap peluh di dahi.Dia mahu segera masuk ke rumah,mandi dan menunaaikan solat Maghrib.

       Tiba2 Hajjah Ayang melihat ada sesusuk tubuh di belakang reban ayamnya. Keadaan yg semakin gelap menyukarkan Hajjah Ayang mengecam empunya wajah.

"Siapa tu?"sapa Hajjah Ayang.

Perlahan-lahan,susuk tubuh tersebut menghampiri Hajjah Ayang.

"Astagfirullah!!!!" Hajjah Ayang tidak menunggu lagi.Kain sarungnya diangkat dan dia meluru masuk ke dalam rumah,menguncinya dengan tangan yg menggeletar.

"Ya Allah, Ya Allah"Hajjya Ayang mengurut dadanya.

Mustahil! Bisik Hajjah Ayang. Tapi Hajjah  Ayang pasti,dia tidak tersilap orang. Bukan sehari dua dia mengenali empunya wajah tadi, Sudah bertahun dia berjiran dengannya. Hajjah Ayang memang pasti. Yang menjadi kemusykilan,jirannya itu sudah dikebumikan semalam!!!!

P/s wah..blog KZ dah jadi blog misteri nusantara ke? Dak aihhh.Sebenarnya Hajjah Ayang di atas adalah arwah nenek KZ. Arwah merupakan pengamal perubatan tradisional terkenal di kampung kami. Arwah sering menceritakan kisah mistik dan misteri yg dilaluinya sendiri.Tapi KZ hanya dapat mengingati cebisan kisah2 itu kerana ketika itu kz masih kecil. Al Fatihah untuknya.

Salam semanis coklat, 



Wednesday 10 October 2012

Hantu Raya Mengamuk!!

PERGHH ....seram gila baca tajuk n3 KZ kali ni...tapi memang citer ni serammmmm...Mari baca.
  Kisah benar  ini terjadi 24 tahun lalu (huii..lama dah tuh).Ketika itu KZ masih bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Taiping.Penghuni asrama ketika itu sangat takut dgn beberapa kejadian menyeramkan.
      Ramai yg mendengar bunyi bising,seperti orang berlari di bumbung asrama saban malam. Ada juga pelajar yg terserempak mahluk yg menakutkan,terutama pengawas yg melakukan rondaan selepas lampu bilik wajib ditutup.
      Ada juga yg bercerita kononnya warden asrama mengejar mahluk yg memegang kepalanya sendiri ditangan. Cerita yg paling menakutkan KZ,ada pelajar yg terjaga ditengah malam dan mendapati teman yg tidur di tepi mereka(ini kes kawan ajak tidur sama sebab takut) berubah wajah!!!
     Pihak sekolah kemudiannya mengadakan bacaan Yassin beberapa malam,tapi gangguan itu masih berterusan. Akhirnya kata sepakat diberikan,seorang tok moh dipanggil untuk mengawal keadaan.
      Bagaimana upacara menghalau/menangkap mahluk  itu dijalankan tidaklah diketahui kerana upacara dijalankan ketika para pelajar menjalani sessi night prep class. Bila kami pulang ke asrama, kami diminta untuk tidak menyapu beras kunyit yg ditabur diseluruh asrama termasuk di dalam bilik.
     Rupa --rupanya hantu raya yg berkeliaran itu milik seorang pelajar putera. Hah..biar betul! Ceritanya, dia diberi oleh datuknya sebiji botol sebelum org tua itu meninggal. Dia diminta utk menyimpannya dan sesekali tidak dibenarkan membuka penutup boto itu.
     Namanya pun bebudak...dia yg curious telah membuka penutup botol tersebut. Maka hantu raya yg terperangkap di dalam botol tersebut keluar dan menghuru-harakan sekolah kami.
      Apa motif datuk budak tu bagi dia botol berisi puaka,tidaklah diketahui. Memang pelik juga mendengar ceritanya.Tapi sampai sekarang,itulah kisah di aasrama yg paling KZ tidak pernah lupa!

Salam semanis coklat,

 

Tuesday 9 October 2012

My Mother Eight Lies.

This story begins when I was a child: I was born poor. Often we hadn’t enough to eat. Whenever we had some food, Mother often gave me her portion of rice. While she was transferring her rice into my bowl, she would say “Eat this rice, son! I’m not hungry.”
This was Mother’s First Lie.
As I grew, Mother gave up her spare time to fish in a river near our house; she hoped that from the fish she caught, she could give me a little bit more nutritious food for my growth. Once she had caught just two fish, she would make fish soup. While I was eating the soup, mother would sit beside me and eat what was still left on the bone of the fish I had eaten; My heart was touched when I saw it. Once I gave the other fish to her on my chopstick but she immediately refused it and said, “Eat this fish, son! I don’t really like fish.”
This was Mother’s Second Lie.

Then, in order to fund my education, Mother went to a Match Factory to bring home some used matchboxes which she filled with fresh matchsticks. . This helped her get some money to cover our needs. One wintry night I awoke to find Mother filling the matchboxes by candlelight. So I said, “Mother, go to sleep; it’s late: you can continue working tomorrow morning.” Mother smiled and said “Go to sleep, son! I’m not tired.”
This was Mother’s Third Lie
When I had to sit my Final Examination, Mother accompanied me.. After dawn, Mother waited for me for  hours in the heat of the sun. When the bell rang, I ran to meet her..  Mother embraced me and poured me a glass of tea that she had prepared in a thermos. The tea was not as strong as my Mother’s love, Seeing Mother covered with perspiration; I at once gave her my glass and asked her to drink too. Mother said “Drink, son! I’m not thirsty!”.
This was Mother’s Fourth Lie.
After Father’s death, Mother had to play the role of a single parent. She held on to her former job; she had to fund our needs alone. Our family’s life was more complicated.  We suffered from starvation. Seeing our family’s condition worsening, my kind Uncle who lived near my house came to help us solve our problems big and small.
Our other neighbors saw that we were poverty stricken so they often advised my mother to marry again. But Mother refused to remarry saying “I don’t need love.” This was Mother’s Fifth Lie.
After I had finished my studies and gotten a job, it was time for my old Mother to retire but she carried on going to the market every morning just to sell a few vegetables. I kept sending her money but she was steadfast and even sent the money back to me. She said, “I have enough money.”
That was Mother’s Sixth Lie.
I continued my part-time studies for my Master’s Degree.  Funded by the American Corporation for which I worked, I succeeded in my studies. With a big jump in my salary, I decided to bring Mother to enjoy life in America but Mother didn’t want to bother her son; she said to me “I’m not used to high living.”
That was Mother’s Seventh Lie
In her dotage, Mother was attacked by cancer and had to be hospitalized. Now living far across the ocean, I went home to visit Mother who was bedridden after an operation. Mother tried to smile but I was heartbroken because she was so thin and feeble but Mother said, “Don’t cry, son!  I’m not in pain.”
That was Mother’s Eighth Lie.
Telling me this, her eighth lie, she died.


Salam semanis coklat,

 

Gud Luck Kakak! Ibu Doakan Yg Terbaik Buatmu.

Hari ini si sulung saya,Yusrina menghadapi exam PMR. KZ , Yusrina dan si adik Maisarah berpuasa Qada juga sempena exam yg berlangsung. Berpuasa ketika menghadapi exam penting memang menjadi amalan puteri2 KZ. Banyak hikmahnya, antaranya;
               Otak menjadi lebih fokus kerana tidak banyak aliran darah ke perut sebaliknya 
                menghala ke otak!
               Antara doa yg makbul ialah doa orag berpuasa.- ini advantage utk KZ kerana
               doa ibu juga tiada hijab.

Yusrina


KZ rasa ibunya yg lebih anxious! Risau juga coz result ketika trial dia kurang memuaskan. Mungkin juga kerana guru2 menyasarkan Yusrina antara pelajar yg akan cemerlang dlm PMR. 
Untuk anak2 blogger yg sesaing dgn Yusrina semoga anak2 semua akan melakukan sehabis baik dan dihujungnya bertawakal kpd Allah!

Salam semanis coklat,

 

Sunday 7 October 2012

Islamic Quotes




Salam semanis coklat,