Saturday, 4 August 2012

sayangibu: Anak Nakal?

sayangibu: Anak Nakal?:     Adikku seorg guru di sebuah sek. rendah di Kedah, menceritakan tentang seorg pelajar yg sangat nakal. Sering mengusik rakan hingga menda...

sayangibu: KEMAHIRAN INSANI

sayangibu: KEMAHIRAN INSANI:     Keluhan hati seorang kenalan, memanggil aku untuk menulis tentangnya. Kenalanku itu merasa rendah diri bila ada teman2 lain saling berba...

Thursday, 2 August 2012

To The Rescue!!






Jam di dinding rumah KZ menunjukkan pukul 6.55. Juadah berbuka puasa telah siap terhidang di atas meja. KZ masih di dapur membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Tiba2 Wardina memberitahu ada seseorang di pintu.

     Intan, jiran KZ dengan wajah panik...
     "Kak Zan, Aishah jatuh dalam longkang besaq kat depan, abang tak dak..Kak Zan tolong tengok dia, saya nak pi mintak tolong kat sapa-sapa.."

     "Hah..jatuh longkang!!"
     KZ pun kelam kabut mencapai tudung dan meluru keluar.

     "Ya Allah..."
Aishah, anak Intan, jiran KZ yg berumur 3 tahun, menangis di dalam longkang yg dalam itu.

     Aishah memang kecil molek orangnya. Habis seluruh tubuhnya bermandi air longkang tapi dia masih mampu berdiri dan Alhamdulillah, air longkang tidak dalam.

   Kami memang tidak sampai untuk mencapainya walaupun dia menghulurkan tangan.
   KZ meminta dia jangan takut kerana kami akan mengeluarkannya secepat mungkin.

  Intan yg panik menaiki skuternya mencari bantuan kerana ketika itu jiran lelaki terdekat kami sudah pergi ke surau.

  KZ  cuba memikirkan bagaimana hendak mengeluarkan si kecil molek ini.
  Ya...tangga! Di rumah KZ ada tangga mobile(?). KZ pun berlari ke rumah, mengeluarkan tangga di dalam stor dan berkejar semula keluar.

Tangga di hulur ke dalam longkang dan nasib baik, Aishah tidak histeria jadi dia mengikut arahan ibunya untuk memanjat tangga itu.

     Alhamdulillah, Aishah tidak cedera, cuma ada sedikit calar di wajahnya. Dia memang bernasib baik kerana di kawasan kami, hujan sudah lama tidak turun jadi longkang itu agak kering cuma sedalam pinggang Aishah.

   Begitulah kisah setengah jam sebelum berbuka.

          Salam semanis coklat...

Busy mum

Malas nak menulis ari ni. Encik BB punyala slow, ngalahkan tok wan yg berjalan pakai tongkat...tension.

                 Salam semanis coklat

Tuesday, 31 July 2012

Aku orang banjar

Ada teman-teman yg agak terkejut melihat foto anak KZ seperti di atas. Ketika ini Wardina berumur setahun. Ada yg menyangka KZ menyiksa anak dengan mengikatnya sedemikian rupa. Lihat rupa Wardina, dia nampak selesa dan tidak menangis kan?
     
Kalau pembaca orang Banjar, tentu fenomena di atas tidak asing kecuali generasi baru.
Adat mengikat anak di dalam buaian seperti itu dipanggil pukong. Sebenarnya sekarang ini memang amat sukar untuk melihat adat memukong anak seperti itu. Kz sendiri memukong Wardina hanya utk sessi bergambar. Itu pun dibantu ibu KZ yg masih ada skill memukong.

 Teknik memukong perlukan latihan tau. Bukan main pakai ikat aje..boleh sesak nafas pulak baby tu.Baby perlu didudukkan di dalam buaian dengan tangannya dikiamkan, sambil memeluknya , kain buaian dikemaskan di belakang dan sehelai lagi kain akan dililit di sekeliling badan bayi.pastikan keseluruhan wajahnya keluar dari balutan kain. Thats it, dah siap.Baby akan diayun perlahan sambil punggunngnya ditepuk lembut. Si ibu akan mengalunkan zikir, nasyid atau apa saja lagu yg baik2 sehingga bayi lena.

Bayi dalam pukongan dikatakan selesa kerana ia menyamai kedudukannya semasa di dalam rahim ibu. Oh ya, bayi yg dipukong selalunya berumur tidak lebih dari setahun. Anak gadis Banjar juga dikatakan mempunyai gaya berjalan cantik kerana dipukong ketika bayi.

Sedih juga kerana adat memukong ini sudah lenyap ditelan arus permodenan.Di pertempatan Banjar sendiri adat ini sudah tidak kelihatan. Memang sedih kerana inilah identiti masyarakat Banjar yg membezakan kami dengan keturunan Melayu yg lain.

Di post yg lain KZ akan cuba menceritakan tentang Orang Banjar ini. Oleh kerana KZ sendiri sudah hilang identiti Banjar, KZ kena korek info2 dari websitelah.

Salam semanis coklat dari Kak Zan. 

Terima Kasih utk ilmu itu

Di post kali ini KZ ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd beberapa blogger yg menyediakan laman tutorial untuk membina blog yg baik. Banyak juga blogspot yg KZ terjah utk mendapatkan maklumat bagaimana membina blog yg baik, yg cantik, yg kiut...





     Sebagai salah sorang manusia di muka bumi ini yg tak tahu langsung diulangi..tak tahu langsung tentang create laman blog ini, ilmu yg KZ dapat dari mereka ini sangat sangat berguna utk KZ.  Kalau ada newbie di luar sana yg nak share ilmu dari para blogger yg hebat-hebat ini, KZ sertakan di sini website mereka.

      Adik khairul, seorang pelajar, blog dia simple je, tutorial adik ni boleh tahan, menjadi juga apa yg diajarnya.
     Si manis lyssa, cantik blog dia..
     Juga si gadis, menggelar dirinya princess, macam biasa, warna pink mendominasi laman blog princess bella,
     Edriena, juga sigadis manis, lebih dewasa dari lyssa dan princess rasanya. Blog edriena juga bermake up cantik. Pink jugak!
     Calipso...ini blog tutorial yg paling KZ berkenan. Tak tahu nama sebenar si calipso. Kemungkinan calipso is a guy, much older dari khairul coz blog dia memang 100% blog tutorial. Bahasa dia sangat formal, senang faham apa yg dia tulis Untuk newbie, ini salah satu blog yg bagus utk follow.

     Sebenarnya memang banyak blog yg menyediakan tutorial utk membina blog. Korunk boleh pilih yg KZ rekomen di atas atau cari saja di internet.

     Sekali lagi thank u so much pada blospot yg sudi share ilmu korunk. Salam semanis coklat dari Kak Zan.   

Sunday, 29 July 2012

Akhirnya...

Nak gelak pun ada..nak marah pada diri sendiri pun ada..macam2 perasaan kak zan ketika ini. Kalau kak zan cerita mesti korunk (perkataan yg kak zan belajar masa blogwalking) pun ketawa.
 
     Kalau nak tahu ini blog ke...tiga..setelah create dan delete. Akhirnya...kak zan pun dah tak larat nak blogwalking cari tutorial yg kak zan boleh faham. Bukan tuto blog yg kak zan singgah tu tak bagus tapi kak zan yg bengap sikit pasal entahapabenda yg penulis2 blog tu bagi tau dan sudahnya blog yg kak zan create jadi kacau bilau.

     Kenapa coklat? Sebab....kak zan memang suka giler pada coklat dan kak zan memang fan warna coklat!!!!

     Kenapa tiba2 nak berblog? Hah...soalan ni payah juga kak zan nak jawab. Macam2 sebab. Biar kak zan listkan;
1.  Masa sekolah dulu kak zan pernah bercita-cita nak jadi penulis
2.  Jeles kat sorang long lost bff yg ada blog.(kau ada, aku pun ada).
3.  Tak ada buat apa dok rumah...boring!
4.  Ikut trend...masing2 ada blog(walaupu syok sendiri..macam tuan empunya diri)
5.  Kut2 bolejh jadi jutawan cam irfan khairi (huhuhuh...)

Oklah jumpa lagi dilain post, salam semanis coklat dari KZ.