Saturday 22 December 2012

Inilah Teman-teman Alam Mayaku...part 1X



                                               http://kakciknurseroja.blogspot.com
KZ sangat suka pic pada header blog kakcik kita ni..Antara blogger yg KZ segani. Ada aura keibuan pada setiap entrinya. Silalah ke blog kakcik nur..pasti kawan2 semua akan 'jatuh cinta' pada wanita ini...

Sejak mengikuti blog ini, memang KZ jarang miss melawat blog saudara -gedek!..terus terang, sampai sekarang KZ tidak tahu bagaimana nak menyebut nick name blogger Marzuki Mahbob. Maklumlah huruf E ada dua sebutan! 
Ini satu-satunya self daily potret yg KZ jumpa...sangat menarik dan lucu..entrinya cuma sekeping foto dan sepatah dua perkataan menceritan tentang foto itu...tidak rugi follow blog ini..tak percaya? sila kesana.

Azian Elias mempunyai 2 blog yg menarik. Blog sweetfingers memaparkan gubahan untuk hantaran dan kek2 untuk majlis istimewa. Memang rambang mata melihat item2 yg cantik dan kreatif di blog ini. blog kedua pula untuk entri2 aktiviti Yan sekeluarga.

Hanan hadila ni sebaya dengan anak sulukng KZ, Yusrina. Anak jati Kelantan. Hana berjaya mendapat straight A's dlm PMR baru2 ni..TAHNIAH hanan!! Seperti blogger muda yg lain, hanan suka join segmen2 yg dianjurkan blogger lain. Untuk Hanan, semoga banyak lagi kejayaan yg akan mengiringi beliau.

KZ sangat suka kisah Hisham dan Seri bulan yg diselitkan di hujung entri AA. KZ juga suka cara penulisan blogger ini. Setiap entrinya pasti ada pic menarik dan bukan dipinjam dari pakcik google (itu KZ..huhuhu).

Salam semanis coklat,
Kak Zan

          



2 comments :

Kakzakie Purvit said...

Semua juga teman kakak melainkan Hanan kakak belum mengenalinya.

Seronok juga baca KZ riview blog kawan-kawan nie

Si Matatajam said...

Moga Ukhuwah berkekalan hingga hujung nyawa..