KETANDUSAN idea? Tak tahu apa yg pembaca cari di blog?
Tiada idea yg bagus? Balik-balik cerita pasal aktiviti sendiri? Kadang2 itulah masalah KZ bila sudah membuka blog! KZ sangat suka entri yg ditulis oleh blogger I Think Of.
Tiada idea yg bagus? Balik-balik cerita pasal aktiviti sendiri? Kadang2 itulah masalah KZ bila sudah membuka blog! KZ sangat suka entri yg ditulis oleh blogger I Think Of.
7 CARA MENCARI IDEA UNTUK ENTRI BLOG
1. Baca, membaca dan yang terbaca
Sumber idea yang paling utama. Cuba baca apa sahaja yang mungkin berkaitan dengan arus blog anda seperti entry telah saya post sebelum ini. Jika arus blog anda berkaitan internet, baca yang berkaitan teknologi tersebut. Berkaitan sukan, baca yang berkaitan sukan, jika peribadi? Baca blog atau artikel berkaitan keperibadiaan. Pasti nanti, ada "kata kunci yang bakal anda temui".
Terdapat banyak sumber bahan bacaan yang boleh diperolehi. Surat khabar, majalah dan hey, siapa sangka papan iklan tepi jalan yang anda terbaca pun boleh menjadi bahan anda :P
Sudah terlalu susah untuk mendapatkan bahan? Google sahaja untuk membaca.
2. Manipulasikan Formspring
Pengunjung ke laman anda, tidak mungkin tiada satu pun yang mengajukan soalan dengan kotak formspring anda. Mungkin soalan mereka berkaitan dengan apa sahaja yang mereka ingin tahu. Jangan jawab terus, gunakan soalan tersebut sebagai entri dan olah mengikut seni penulisan anda. Disamping dapat mengeluarkan idea untuk entri baru, disini juga anda dapat menghargai tetamu anda. Mungkin mereka akan kembali semula dan terus menjadi pembaca setia.
3. Berforum Online
Langkah berforum adalah salah satu langkah yang berkesan untuk mendapatkan pelawat atau traffik daripada 'backlink' yang kita tinggalkan. Dalam berforum ramai yang akan memberikan idea tertentu tentang sesuatu perkara. Anda gunakan ruang kosong atau sesuatu yang anda rasakan perlu ditambah dalam perbincangan tersebut sebagai idea anda.
Sampaikan lanjutan pendapat dalam blog anda dengan 'backlick' ditinggalkan di forum. Disamping entri baru, dapat juga traffik yang anda tunggu.
4. Pengajaran, pengalaman, suasana sekeliling dengan diri anda
"Hari ini, tengah berjalan-jalan di pantai. Terlihat perempuan cantik ditepi pantai dengan mengunakan telefon bimbitnya. Ops! Terjatuh dalam ke dalam air tapi dengan gaya slumber mengambil balik dan sambung bersembang sakan!. Itulah telefon baru yang pernah aku review ini, telefon jenama Norkia.Mot.Sam yang tahan lasak dan hangat dipasaran !", agak mengagumkan...ingin mengetahui secara lanjut, klik link untuk mengetahui..."
Itu antara perkara yang saya fikirkan tentang cerita sendiri disokong oleh entri yang terdapat dalam blog teknologi gadget anda. Ianya nampak seperti entri anda dikitar semula "recycle" tetapi, apa salahnya untuk mengulang ilmu atau pengetahuan sebagai tatapan dan faedah orang lain? Mungkin entri ringkas tapi berjaya "menjual" entri anda yang sudah sedia ada. Serampang dua mata. :)
5. Cuba sesuatu baru dan ajarkan semula
Cuba carikan sesuatu yang baru dan kemudian ajarkan semula. Jadikan ia sebahagian yang berguna kepada traffik. Contohnya tentang menambahbaik blog atau tentang pengetahuan anda yang mungkin traffik anda tidak mengetahuinya. Sebagai contoh klik sini. Pernah tidak anda mengetahui tentang memuat turun youtube dengan cara yang telah anda baca tadi?
Ajarkan pengetahuan atau kemahiran anda dengan membentangkannya sebagai tutorial. Biarlah sekali sekala terkeluar landasan, tetapi jadikan juga blog anda berguna dan pasti traffik anda pasti suka.
6. Video dan Gambar yang membawa maksud seribu satu makna
Sekali lagi berikan video atau gambar apa sahaja yang mungkin pelawat anda tidak terfikirkan. Video yang berkaitan dengan arus blog anda, video lawak, lagu dan banyak lagi. Boleh juga tampalkan gambar yang indah diseluruh alam, gambar pelik, gambar tentang keajaiban, tentang gambar yang memberi seribu makna(banyak dilakukan blogger pada Wordless Wednesday) dan ajak pembaca anda untuk sama- sama berfikir.
7. Entri Komen berkaitan entri blogger lain
Agak pelik ideanya bukan? Tetapi, saya tidak dapat nafikan bahawa ketika idea di kepala tengah kekeringan dan tidak mampu menulis, pastinya ada yang akan ber"blogwalking" atau membaca entri dan memberi komen kepada blogger lain. Kenapa tidak bukan?
Ini adalah merupakan kesinambungan kepada apa yang difikirkan oleh para blogger lain. Sekiranya anda berminat, panjangkan idea mereka tetapi jangan pula meniru apa yang mereka tulis bulat-bulat dan berikan pandangan anda. Kemudian buatan pautan kepada tuan blog, disamping dapat merapatkan silaturahim sekali lagi traffik menjelang tiba. :P
BONUS!!! Jika masih tidak mampu mencari idea untuk entri
Janganlah mencuba terlalu susah untuk sesuatu, jika masih lagi tidak mampu untuk melakukannya, saya cadangkan sahaja anda untuk terus berehat dan lupakan seketika blog. Kerana mencuba dengan terlalu susah, mungkin penulisan akan menjadi tidak teratur atau serabut dengan memaksa. Minda segar membolehkan tahap kualiti penulisan yang lebih dihargai.
Bagi mengelakkan idea bernas anda hilang begitu saja, tuliskan dulu atas notepad atau drafkan dulu didalam blog. Inilah tabung keselamatan untuk entri apabila tiba kekeringan idea kelak.
Blog ini sangat bagus untuk bloggers terutama newbies yg ingin menambah ilmu supaya blog anda menarik untuk di follow. Silalah ke sana..tidak rugi!!
CREDIT TO http://i-think-of.blogspot.com
Salam semanis coklat,
Kak Zan
2 comments :
Walaupun dah selalu jugak baca pasal benda yg KZ sharekan tu tp OKje tak pernah jemu...OKlah tu...
OKje lagilah... entri semua hasil karangan sendiri yg tah pape kan!!
Terima kasih atas kredit untuk penulisan tersebut. Semoga bersama mendapat idea dalam mencapai matlamat penulisan sendiri.
Itu adalah antara 7 cara yang sering disebut oleh para blogger dan dikumpul dalam satu entri.
Semoga bersama mendapat manfaat :)
Singgah Dari : I Think OF
Post a Comment