KELIHATAN seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celak dedaun hijau.
"Apa khabar daun?" sapa ulat kecik tersebut.
Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yang datang.
"Oh kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" soal si daun hijau.
"Aku hampir tidak dapat daun hijau utk dijadikan makananku, bolehkah engkau membantuku wahai sahabat?" tanya si ulat kecil.
"Boleh! Boleh! Datanglah kemari!" kata daun hijau. Daun Hijau terfikir, jika dia memberikan sedikit daun ini utk makanan si ulat, dia tetap akan hijau. Hanya akan kelihatan berlubang-lubang...tapi tak mengapalah!
Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya ke arah daun hijau. Setelah makan dgn kenyang, ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yg telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.
Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kpd sahabatnya yg penuh kasih sayang dan pengorbanan itu, ada rasa kepuasan mendalam dlm diri daun hijau.
Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini, namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yg lapar.
Tidak lama kemudian ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya dia kering, jatuh ke tanah, disapu dan dibakar orang.
Demikianlah kehidupan kita...hidup hanya sementara, kemudian kita akan mati. Jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yg menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.
Yang manakah sering kita lakukan, menjadi ulat yg menerima kebaikan orang atau menjadi menjadi daun hijau yg sanggup berkorban apa saja?
Salam semanis coklat,
8 comments :
saya mahu jadik daun..
Jadilah manusia yang dapat membantu insan lain ......dan melupakan kebaikan kit pd org .....
Salam izan..semoga kisah ulat & sehelai daun hijau ini sebagai pengajaran buat kita semua:)
Pemanggang ajaib murah ada disini!!Singgah lerrr
sebaiknya kita menjadi ke2-2nya. menerima dan memberi kebaikan.
salam sejahtera
Salam kenal dr mama dan tkasih.
Wah, menariklah entri ni.
Wall puncantik, sejuk je...
saya tak nak jadi ulat dgn daun hihihihi ...
tp kisah ni banyak pengajarannya kan... kalau kumbang pulak suke dgn bunga...
first time dengar ceta ni.. biar lah ulat tu makan daun hijau sebelum ia keguguran
nak menjadi seorang yang baikpun perlukan pengorbanan juga.. tp kan manusia ni penuh dengan emosi.. bila selalu sgt pengorbanan tidak dihargai dan selalu sgt hati tersakiti, akhirnya kita tewas dgn emosi.. kalaulah menjadi seorg yang sangat ikhlas itu mudah.. tp kita bukan maksum
Post a Comment