Minggu lepas merupakan minggu yg agak menakutkan....eh, bukan kak zan yg ketakutan tetapi adik ipar KZ yg tinggal di sebuah kuaters kerajaan di Putra Jaya.
Puncanya? Ingat tak berita tentang seorang wanita yg membunuh diri dgn mencekup kepalanya dgn plastik sehingga lemas. Lokasinya betul-betul di blok tempat adik KZ sekeluarga tinggal.
Kebetulan pula suami Ina kerja shift malam ketika itu. Tak sangka pulak, rupanya adik ipar KZ ni penakut gila. Habis diangkutnya kengkawan bermalam di rumahnya. Tak pun dia yg berangkut dgn anak2 bermalam di rumah teman.
Sebagai manusia yg normal tentu kita tidak faham mengapa ada insan yg sanggup mencabut nyawanya sendiri, lebih2 lagi dgn cara yg sadis. Apatah lagi yg beragama Islam kerana ianya memang sesutau yg sangat dilarang.
Kebanyakan individu yg mengambil nyawa sendiri sebenarnya mengalami masalah kemurungan atau depression.
Apa itu kemurungan? Kemurungan adalah perasaan sedih yg melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan normal yg sering kita alami. Bagaimanapun jika perasaan sedih itu terlalu berat terlalu berat utk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu (selalunya tercetus akibat berlakunya peristiwa besar dlm hidup) serta mengganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah satu kesedihan biasa. Ia sudah menjadi kemurungan.
Kemurungan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor;
* Berasa gagal dlm hidup
* Rasa sedih akibat peristiwa yg dahsyat seperti kematian, perceraian etc.
* Berasa terasing hingga hilang minat bersosial dan tiada fokus pada pekerjaan.
* Berasa rendah diri
* Masalah kewangan yg meruncing
* Bimbang tentang masa hadapan
* Masalah hilang daya seksual
* Masalah hubungan
* Kesan dari penyakit fizikal yg kroni.
Kita perlu ada kemahiran utk mengendalikan konflik dlm hidup. Jika ada masalah, cari punca dan jalan penyelesaian. Jika tak mampu hadapi sendirian, berbincanglah dgn keluarga atau teman rapat.
Sebagai ahli keluarga dan sahabat, pekalah dgn perubahan individu di sekeliling kita Keprihatinan kita mampu membantu mengurangkan risiko.
Adakah rawatan yg mampu membantu? Masalah kemurungan ini mampu dirawat menerusi beberapa siri terapi seperti terapi psikologi,'cognitive behaviour therapy' dan juga 'talking therapy'. Selain itu pemberian ubat=ubatan dgn prikripsi pakar juga berupaya memulihkan keadaan pesakit.
10 B utk redakan tekanan:
Bertenang
Bernafas secara dalam
Berkata: Relakslah.....
Berkongsi perasaan dgn seseorang
Berurut
Berehat dn mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif
Salam semanis coklat,
4 comments :
kemurungan tu merupakan satu gangguan emosi
kak Zan, 10B memang sangat nisah suke, bole amalkan dalam kehidupan seharian kite.. thanks kak sharing this information (^_~)
Hahaha .... saya pun penakut . Kalau saya .....hangkut pindah terusss.....keh keh keh
Salam Zan..
terimakasih berkongsi info
Post a Comment