Friday 28 September 2012

Senjata Itu Menghalang Aku!




"Wahai kawanku, mengapa keadaan kamu sangat menyedihkan?" tanya syaitan gemuk kpd syaitan kurus.
     Kasihan dia melihat rakannya itu. Tubuhnya kurus melidi, tidak berpakaian. Wajahnya pula sentiasa murung kesedihan.
     Keadaan itu jauh berbeza dengan syaitan gemuk yg sihat, berperut buncit dan lengkap berpakaian serta cantik. Wajah syaitan gemuk itu sentiasa riang, mulutnya asyik tertawa gembira.

     "Kau lihatlah aku, sentiasa 'kenyang' hasil dari godaan terhadap manusia. Pada waktu mereka makan dan minum, aku juga turut serta. Apabila mereka memakai baju, pun aku mengikut memakai juga. Dalam apa yg dilakukan manusia itu, segala-galanya aku turut serta. Hasilnya hidup aku turut mewah kerana pemberian manusia itu" kata syaitan gemuk itu lagi.

     "Jikalau begitu, nasibmu amat beruntung wahai temanku, sedang aku tidak dapat menumpang 'kenyang' drpd manusia yg aku goda." jawab syaitan kurus, sedih.

     "Mengapa begitu rakanku? Apakah yg menyebabkan engkau terhalang drpd menikmati kesenangan seperti aku?" tanya rakannya itu lagi.

     "Wahai temanku, manusia yg aku goda itu mempunyai senjata. Setiap kali mereka hendak makan, mereka akan keluarkan senjata itu. Begitu juga apabila mereka hendak minum, hendak menyarung pakaian, bahkan dalam segala apa yg mereka lakukan pun, mereka tidak pernah lupa pada senjata itu.

     "Senjata itu menyebabkan langkahku terhalang. Menyekat aku dari turut serta makan, minum bersama-sama mereka. Aku tidak dapat menyertai apa sahaja aktiviti yg mereka lakukan. Sebab itu tubuhku kurus begini, tidak berpakaian. Aku sentiasa kelaparan dan kehausan" cerita syaitan kurus.

     Lantas syaitan gemuk bertanya,"Siapakah golongan manusia itu? Apakah senjata yg sentiasa menghalangmu wahai rakanku?"

     "Mereka adalah golongan mukmin yg mulutnya tidak lekang dari zikir dan bismillah. Dalam setiap perkara yg hendak mereka lakukan, mereka tidak pernah lupa dgn kalimah bismillahirahmannirrahim."

     "Nama Allah tidak pernah lekang dari mulut mereka sebelum melakukan sesuatu perkara. Itulah senjata mereka yg menghalang daku untuk turut serta menjamah rezeki mereka dan gagal utk mendapatkan pakaian mereka" jawab syaitan kurus.

     Sambil mengangguk kepala, syaitan gemuk berkata,"Jikalau begitu, aku memang beruntung. Malah, aku berterima kasih kpd manusia yg aku goda.

      "Mereka tidak pernah menuturkan kalimah yg menyebut nama Allah dlm setiap perbuatan mereka. Kerana itu setiap kali mereka makan, minum dan berpakaian, aku boleh turut srta dengan mereka. Sebab itu aku sentiasa kenyang dan berpakaian cantik begini!"

     Salam semanis coklat,


No comments :