SEPERTI biasa pagi tadi KZ menggerak si bongsu untuk ke kelas pra. Dia pun membersihkan diri di bilik mandi dan tiba-tiba keluar dari bilik mandi dia menangis.
Kz bertanya kenapa. Dia tidak mahu ke sekolah. Kenapa?, tanya KZ. Muhammad tidak menjawab tapi terus menangis. KZ cuba memakaikannya baju....dia meronta-ronta tidak mahu.
KZ cuba bertanya lagi dan memberinya pilihan jawapan.
Sakit perut?...geleng kepala...sambil menangis..
Kawan usik..pukul?...geleng
Kawan ambil barang?...geleng
Cikgu marah?...geleng juga
Habis tu mengapa tak mau sekolah?...menangis
....cikgu cubit, katanya..
Biar betul?
Tak pe nanti ibu cakap dgn cikgu jangan cubit lagi...
KZ berjaya juga memakaikannya baju sekolah walaupun Muhammad meronta-ronta tidak mahu. Berpeluh-peluh juga KZ! Pakaikan kasut...start enjin kereta dan mendukungnya masuk ke dalam kereta. Dia masih tidak berhenti menangis.
KZ tidaklah percaya bulat-bulat dengan kata2 Muhammad. Tapi KZ percaya, mesti ada sebab mengapa Muhammad berkelakuan begitu pagi ini. Pelik jugak..dia ok jer sepanjang hari semalam. Balik dari sekolah pun dia nampak happy jer...tak ada tanda2 yg dia ada masalah di sekolah.
Sampai di sekolah, KZ memimpinnya sampai ke kelas dan bertemu dengan guru kelasnya. KZ bertanya kepada guru muda itu sama ada Muhammad ada masalah di kelas semalam. Tidak KZ tanyakan tentang cerita cubit dari Muhammad...lebih2 lagi KZ tidak nampak 'bukti' cubit di badan Muhammad!
Semalam dia ok jer di kelas...tak ada masalah apa2, jelas guru Muhammad. Dia kemudian memujuk muhammad supaya menceritakan kepadanya sebab dia enggan ke sekolah hari ini....Muhammad hanya menangis dan memeluk kaki KZ.
Cerita kat cikgu, nanti cikgu bagi hadiah...pujuk guru itu lagi (guru ini masih belajar di peringkat ijazah...hebatkan...guru pra sekarang di mestikan oleh sekolah untuk berijazah).
Tiba2 Muhammad mengatakan dia sakit kaki...pulak! Dan menunjukkan tempat di mana dia merasa sakit....KZ sudah garu kepala.
Muhammad kemudia setuju untuk masuk ke dewan makan untuk bersarapan. KZ membuka kasutnya. Ketika KZ menarik tangannya untuk masuk, dia mengubah fikiran dan menangis lagi.
Tak pe lah, hari ni tak payah sekolah, tapi hari Isnin jangan ponteng ya...pujuk gurunya lagi. Muhammad mengangguk kepala dan KZ membawanya pulang.
KZ masih tidak tahu punca sebenarnya Muhammad buat perangai pagi ini. Sama ada dia sengaja buat cerita atau benar ada sesuatu berlaku semalam atau Muhammad memang tidak ada mood untuk ke sekolah hari ini. KZ minta dia berjanji untuk kembali ke sekolah minggu hadapan. Muhammad mengangguk.
KZ harap minggu depan Muhammad Haziq tidak buat perangai lagi.
Salam semanis coklat,

12 comments :
kakzan kena cari punca.saya dulu penah marah anak sebab taknak ketadika.hampir seminggu dia melalak setiap pagi sebelum ke tadika si abam masa umur 5tahun).tanya dan pujuk akhirnya dia cakap cikgu ketuk kepala..saya tak percaya,dan esoknya saya tanya cikgu apa sebab dan cikgu ngaku ada pukul,alasan sbb tak pandai baca..esoknya terus tak pegi tadika(sebulan sebelum tutup sekolah) tahun depannya saya tukar tadika baru dan dia kesekolah dengan ceria setiap pagi
harap kakzan akan jumpa puncanya
in sha allah..nnti dtglah balik mood nak bersekolah tuh..anak anak
zu pun pernah alami perkara yang sama
kadang2 budak2 ni tak nipu kak...huhu.harap akak dpt cr puncanya
Budak2 mula masuk sekolah mmg mcm tu kot kak..sy takde pengalaman lg hantar anak sekolah..:)
esok2 dah OK kot...
Kakak rasa tak ada apalah KZ mungkin dia belum selesa. Minggu depan seminggu sekolah oklah tu..
kena siasat tu..hehe..dia masih malu kot....
salam kenal...
hari pertama sekolah, tak mungkinlah cikgu marah2 @ cubit..
entahlah, kadang2 perkara yag kira rasa tak semestinya tepat
hurm, saya pun berteka teki kenapa Muhammad tak nak pergi sekolah.. harapnya minggu depan Muhammad pegang pada janjinya :)
anak wak pon dh sekolah tadika jugakkks.., ahHHKs
Muhamad sengaja buat akal tak nak pi sekolah? Kadang2 budak camni masih belum bersedia nak tukar rutin dia sebelum ni. Maklum selama ni, bleh bangun lambat, takyah mandi awal pagi, boleh main kat rumah. So mungkin ada lagi perasaan takut lagi tu. Kena pujuk pelan-pelan.
He..he...budak KZ... mmg cam tu....kadang tu betul apa yg diadukan....kadang idak.... mood dia tak stabil kot hari tu....
Sy takut dgn hal mcm ni. Ade sbb kenapa anak takut masuk skool. Mst ade sbb punye. Klu anak yg tak nak g skool, then bile smpi nmpk die ok n lupakan kite - itu namanya mengada-ada. Tapi klu smpi msk skool pun die keep nanges, jumpe kwn pun bt tatau - adelah sbb tu.
Post a Comment