Friday, 21 September 2012

Jalan Mana Harus Kupilih



     KZ percaya, setiap orang pernah mengalami situasi ini, berada di persimpangan dan tidak pasti jalan mana yg harus dipilih. Kita tidak dapat lari dari kebuntuan untuk memilih terutama jika ia mahu dilakukan buat pertama kali.

     Kadang2 kita mempunyai terlalu banyak pilihan sebelum membuat keputusan. Perbandingan antara setiap pilihan membantu kita membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, bersedialah dengan sebarang kemungkinan yg berlaku daripada keputusan yg diambil.

     Kadangkala dalam kehidupan ini, kita seperti 'trial and error' dan tiada jawapan yg pasti untuk satu-satu keputusan itu. Pengalaman lalu adalah guru yg terbaik ketika menghadapi kekeliruan ketika membuat keputusan.

     Akhir sekali, tetapkanlah keinginan hati. Ingatlah, berpijak di bumi nyata. Sentiasa muhasabah diri ketika melalui perjalanan kehidupan. Bersedialah dengan sebarang kemungkinan yg bakal ditempuhi.

     Janganlah bersedih dan putus asa sekiranya pilihan hari ini gagal, masih ada hari esok untuk memperbetulkannya. Jika ia tidak boleh diperbetulkan pun..teruskanlah perjalanan..jadikanlan pengalaman buruk itu satu panduan. Sesungguhnya Allah itu maha adil, pengasih lagi penyayang.

    Salam semanis coklat,



1 comment :

Ibuhani said...

As salam. Keputusan yg dibuat pasti ada baik n buruknya krn bukn semua yg baik pd kita adalh baik pd orglain. Begitu jg sebaliknya. Yg penting sabar mghdpi apa jua.....