"Dia pun ada anak. Suatu hari nanti, tak mustahil anak dia akan buat perkara yg sama pada dia".
Itulah luahan hati seorang sahabat a.k.a biras KZ bila bercerita tentang rayanya di kampung bersama ibu tuanya.
Y anak bongsu dari 3 adik beradik. Dia anak perempuan tunggal. Dua abangnya sudah pun berkeluarga. Abang sulungnya menetap di Perak dan seorang lagi sekampung dengan ibunya tetapi tidak serumah.
Y sangat terkilan dengan perangai abang2nya. Kelibat kedua-duanya langsung tidak kelihatan pada hari raya Y faham, masing2 sudah berkeluarga dan mungkin beraya di sebelah isteri dahulu..tapi saban tahun begitu.
Abangnya yg tinggal sekampung dengan ibunya dengan selamba berkata, setiap hari dia sudah menjenguk si ibu.Pada Y bukan itu persoalannya. Tidakkah dia teringin mengucup tangan ibu dan memohon ampun di pagi raya?
Si abang sulung pula kata Y, memelefon si ibu memberitahu dia tidak punya cuti panjang dan agak sibuk. Terkejut besar Y, bila dia menhubungi si abang, dia berada nun jauh di sebuah negeri di pantai timur.
Keluarga mertuanya org sanake?..tanya KZ. Mertuanya di perak jugak Mereka sekeluarga ke sana untuk bercuti! Keras suara Y..melepaskan geram yg membuku di hati.
"Dia tergamak menipu emak", sebak suara Y..
Y sendiri tidak faham, apa masalah abang2nya. Itulah satu2nya ibu yg mereka ada. Dia sudah tua dan tinggal berseorangan. Sudah puas Y memujuknya untuk tinggal dengannya. Tapi ibunya lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Kadang2, ada juga Y membawa si ibu ke rumah rapi baru 2 hari, dia sudah merengek minta di hantar pulang.
"Tak apa..saya percaya Allah akan membalas perbuatan dia orang kat dunia lagi"
Begitulah kisah Y dan abang2nya. KZ percaya, sekarang ini memang ramai anak2 derhaka sebegitu. KZ sentiasa berdoa, anak2 KZ tidak meminggirkan KZ suatu hari nanti.
Sebagai ibu, KZ dapat rasakan apa yg ibu Y alami, walaupun menurut Y, ibunya nampak tenang sahaja sepanjang hari raya itu.
Salam semanis coklat,
5 comments :
Hati ibu menangis di dalam , tak tunjuk pd anak2.....
Assalam KZ..acik yang dah berusia dan hidup berumahtangga selam 30 tahun i..dah tengok macam2 perangai..acik pun ramai abang..ada 5..elepas masing2 berusia dan anak2 dah besar2 baru lah menjengah ibu dipagi raya..sebelum tu susah sangat nak jumpa..hanya acik ngan adik perempuan je yang menemani ibu..tu pun ikut giliran selang seli setiap tahun diantara ibu sendiri dan mertua..tapi sekarang ibu ayah dan mertua dah tiada
kesedihan ibu tak ditunjukkan pd wajah.. sbg anak kita perlu memahami perasaan ibu. Jangan nanti mereka dh tiada baru nak ditangisi..
muga-muga IM tidak menjadi seperti abang abang Y.
Biasanya seorang ibu tidak menanggis di depan anak2 mereka...
Nasib baik mil CR ada anaknya yg temankan sekrg...ibu tunggal jugak..
Post a Comment