Monday, 19 November 2012

Siapa Nak Egg McMuffin Percuma!


KAWAN-KAWAN sudah bersarapan? Sarapan KZ hari ini..nasi lemak bungkus kecik, 70 sen jer..dan karipap, saiz comel, 3 ketul...dan  air, cawan kecik, kopi segera...dan tambah susu pekat 1/2 sudu..hehehe (punya ler mengelat..saiz kecik kunun!)
     Tu..tu..kat atas tu..free..sapa nak..angkat tangan..nak kena cubit!! Kita tidak mampu untuk ke sana dan berperang bersama mereka...kewangan yg mampu kita hulurkan juga tidak seberapa (drive pun kancil buruk jer)..marilah kita memboikot produk yg merupakan sumber ekonomi utama Israel.
    Mungkin ada yg berkata..free lah so mereka pun tidak ada keuntungan! Pilihan itu ditangan anda..memang tidak ada keuntungan di situ tapi disebaliknya kita seolah-olah memberi sokongan moral kpd mereka.
    Di fb KZ baca ada pekerja mcD yg resign atas kerelaan hati. Semoga Allah memberkati mereka dan membuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk mereka. KZ rasa sangat terharu dengan keperhatinan mereka.
     KZ pun memang rasa dah tak sanggup nak buka fb. Bukan bosan dengan berita2 dari Palestine tapi tak sanggup nak tengok imej kanak2 yg syahid. Bayangkanlah kepala salah seorang kanak2 (dah lupa namanya) robek terkena peluru tentera Israel laknatullah!
     KZ harap mereka tidak mengalah dan takut, sesungguhnya mereka dijanjikan gugur sebagai syuhadah.
Doa kita dari sini untuk mereka..tidak putus-putus!

Salam semanis coklat,
 

5 comments :

cheqna said...

cheqna pun x sanggup..

Kesuma Angsana said...

boikot hehehe

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

kak zan, saye dr dulu memg xsuka mkn mcD n memg dh lame sgt tak mkn,,

alhmdulilah moge usehe utk memboikot ni bterusan niat kerana Allah

Nisah Mat Noh said...

err saye sebenrnya suke ciken foldover, pastu suke double cheseburger, pastu suke samurai burger, pastu saye suke apple pie, saye suke err aikrimnye. tapi demi kerana saye ni org kerdil.. maka saye akn cube hentikan kesukaan ni. sebab, saye tak mampu ke GAZA utk berperang, tak mampu nak bangunkan kembali negara mereka, tak mampu nak hulurkan tenaga , tak mampu nak hulurkan sumbangan beribu @ berjuta, namun saye mampu utk menghentikan sumbangan kepada MCD, hanya itu yang saye mampu. !!

~didiey~ said...

didiey pown xnak mcd nie even dia bg free