Tuesday, 3 September 2013

Ada Apa Dengan Telur?




SELALU kita dengar, telur tidak elok utk kesihatan kerana kandungan kolesterol dan lemak yg tinggi. Ada yg mengesyorkan, makan putih telur saja dan ketepikan kuningnya.

    Mari kita lihat mitos dan kenyataan benar tentang telur.
Mitos - Telur boleh membuat kita gemuk.
Kenyataan - Telur bagus untuk menurunkan berat badan.
Memang benar 60% kalori dari telur datang dari kandungan lemaknya. Hakikatnya, memakan lemak tidak membuat kita gemuk! Kombinasi protin dan lemak dlm telur akan meningkatkan hormon 'satiety'...hormon yg memberitahu otak yg anda telah pun kenyang! Protin dlm telur juga menyebabkan badan merembeskan hormon glucogan yg merangsang badan menggunakan karbo dan lemak yg tersimpan dlm badan.


mitos - Telur meningkatkan paras kolesterol
Kenyataan - Telur bukan penyebab utama kenaikkan kolesterol dlm darah.
Penyelidik dari Universiti Harvard mengkaji corak pemakanan lebih dari 100,000 orang dan menyimpulkan, pengambilan telur setiap hari oleh individu sihat tidak meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik menyatakan memakan 3 biji telur sebagai sebahagian regim pemakanan rendah karbo meningkatkan paras HDL (kolesterol baik).

Mitos - Makan hanya kuning telur
Kenyataan - Nikmati keseluruhan telur
Putih telur hanya mengandungi protein, sedangkan nutrisi lainnya terkandung dlm kuning telur. Kuning telur mengandungi leucin dan amino acid yg bertanggungjawab membina otot. Ia juga mengandungi choline, kolesterol, vit.A, vit.D dan vit.E. Rugikan kalau kita buang kuning telur!


It may be the cock that crows, but it is the hen that lays the eggs.
Margaret Thatcher 


sumber :www.incredibleegg.org?health

Salam Semanis Coklat,

No comments :