Wednesday, 3 April 2013

Orang Mati Hidup Balik!!!

RENTETAN kisah pesakit di hospita pada entri yg lepas, hainom okje meminta KZ bercerita tentang menguruskan pesakit yg meninggal dunia. Seram?...tidaklah. Tidak ada cerita yg menakutkan ketika melakukan 'khidmat terakhir' sepanjang KZ bertugas.

     Cuma, pertama kali menguruskan pesakit yg mati ketika bergelar pelatih memang agak menakutkan...maklumlah pertama kali menyentuh pesakit yg sudah kaku begitu. KZ dan beberapa teman mengelilingi mayat dan masing2 saling tolak menolak untuk menyingkap selimut yg menutupi mayat. Sudahnya kami buka bersama-sama.

     KZ masih ingat, pesakit berbangsa cina itu berbadan besar..masih muda, lupa pula sebab kematiannya. Salah seorang dari kami entah mengapa meletakkan jarinya di hujung hidung mayat dan kemudian melompat..eh..dia bernafas lagilah!
Engko biar betul!...sergah teman yg lain. Betul!!! Kami pun apa lagi..berlari ke station jururawat dan memaklumkan penemuan teman tadi!

     Yang kamu pandai2 check dia bernafas lagi tu sebab apa?...sergah staff nurse yg bertugas. Kami cuma berpandangan sesama sendiri kerana masing2 dah menggeletar...orang mati hidup balik engkau...maunya tak menggelabah.

     Betulke pesakit tu masih bernafas? Haaaa...betul!! Sebenarnya rasa hembusan panas dari hidung mayat tersebut cuma haba badannya yg keluar melalui hidung kerana mayat tersebut masih baru. Balik ke asrama, masing2 ketawa berdekah-dekah. Itu pengalaman yg tak mungkin KZ lupakan.

     Pernah juga seorang ibu yg duduk disamping anak kecilnya yg sudah kaku memanggil KZ dan berkata anaknya mengeluarkan bunyi! Ketika itu KZ sudah berpengalaman. KZ terangkan kepadanya, ketika ini gas terkumpul di dalam perutnya, jika dia menggerak-gerakkan anaknya atau mendakapnya, gas yg terperangkap akan keluar melalui mulutnya..itulah penyebab bunyi tersebut. 

     Memang sangat sedih melihat ibu itu meratapi anaknya yg berumur 3 tahun. Anak kecil itu mati kerana sejenis penyakit genetik yg jarang ditemui dan belum ditemui penawarnya. Ketika itu memang rasa ingin menangis tapi nurses di ajar untuk tidak bersimpati tapi berempati. Emosi simpati terhadap pesakit akan membuat kami tidak mampu melakukan tugas dengan sempurna.

     Melakukan 'khidmat terakhir' juga menemukan KZ dengan adat bangsa lain yg menarik, terutama kaum cina. Orang yg mati di hospital pantang di bawa masuk ke dalam rumah, jadi segala urusan dilakukan di hospital. Mayat yg telah kami bersihkan akan dipakaikan pakaian baru. Ada mayat yg dipakaikan sutera yg harganya fuyoooo...itu orang kayalah. ada mayat yg dipakaikan pakaian biasa2 jer dan poketnya harus dibuang..kenapa?...untuk memberitahu mendiang tidak punya harta atau wang!

     'Angpau akan di beri kepada pengurus mayat. 'Angpau' ini tidak boleh ditolak. Kalau waris pesakit memang kaya raya..kalau mayat dipakaikan suit dari Orlando sahlah mereka kaya..ye tak...maka wang itu kami ambil dan share dgn staff lain. Jika waris tu nampak dari golongan susah, kami akan ambil sampul angpau dan beri semula wang kpd yg memberi dan berkata, itu sumbangan ikhlas dari kami kerana pengkebumian kaum cina memang memakan belanja yg banyak!

    OK hainom okje..KZ rasa cukuplah cerita menguruskan orang mati sampai  di sini. Mungkin lain kali KZ cerita pengalaman yg menyeramkan pulak..stay tune!

[Alfatihah untuk arwah Gee..semoga saudara Abil tabah menghadapi kehilangan isteri tercinta]

Salam semanis coklat,

12 comments :

Unknown said...

as salam...singgah pagi rabu...dulu saya rajin juga berbw dengan empunya blog ni...nice sharing....

Kakcik Seroja said...

Seronok juga ada pengalaman yang orang lain tidak merasakannya ni. :)

AtieYusof said...

Pengalaman ni kan Kak..
sy pun keja hospital tapi di IT..
sllu juga pergi Mortuary klu ada apa2 isu..Biasa juga tgk jenazah..

ieja amieja said...

assalam..sy paling takut klu tgk mayat dekat2 cam tu..syukur lah klu jenazah family sndr rasa takut / gemuruh tu hilang dgn sndiri..

Anonymous said...

pengalaman paling berharga tu !.. serius tabik spirng pada jururawat yg bertugas dgn penuh dedikasi tnpa mengira bangsa

Nora Karim said...

untungnya... bukan semua org dapat merasa pengalaman macam ni...

Tie HT said...

perkongsian pengalaman yang menarik :)

nurbijen said...

Heheh, bila baca pun rasa suspen... apatah lagi KZ yang mengalami sendiri... dapat satu ilmu baru dari post ni :)

OKje said...

TQ KZ sebab sudi share..... agaknya nurse dan doktor ni memang beranikan KZ...sangat respectlah dengan mereka

Anonymous said...

Salam ukwah
ataerimakasih kerana dtg berkunjung.
Rajin2 tulis, mungkin boleh dibukukan. Rasanya tak de lagi buku pasal pengalaman org2 perubatan.
Saya nak linklah.

mamaju.

Umialya said...

pengalaman yang menyeronokkan..

Ibu Lala said...

Nice sharing. Seronok baca. Citer lah lagi kak.