RUMPAI laut merupakan produk paling pupolar dewasa ini. Ramai yg menjualnya, tentu juga ramai pembelinya, apatah lagi produk ini 'mesra poket'! Kalau malas nak masak yg mentah, ada juga yg menjual RL yg dah siap masak. Kawan KZ jual yg dah masak RM10 jer satu bekas..boleh makan seminggu rasanya.
Dah namanya pompuan, pantang ada produk yg dicanang mampu mencantikkan rupa..hmmmm...memang laku macam pisang goreng panas lah jawabnya. KZ teruja juga bila orang yg menjualnya kata...kulit akan cantik dan gebu! Selalunya bila KZ nak beli sesuatu produk, KZ akan buat research dulu. Penemuan KZ agak mengejutkan.
Pertama sekali, KZ nak tahulah..apa kebenda kolagen tu. Kolagen ialah struktur protein yg menguatkan tisu dan organ haiwan/ manusia. Maksudnya tumbuhan tak der kolagen ya kawan-kawan. Semakin berusia, badan kita sudah tidak mampu memgeluarkan kolagen yg mencukupi, maka kulit kita pun semakin berkedut kerana kekurangan kolagen.
Sudah tahu apa kolagen, KZ cari pula makanan apa yg mengandungi kolagen?
Sudah tentu yg datang dari haiwan...ayam, daging, ikan...juga dari tumbuhan yg mengandungi protein seperti kekacang. Jangan lupa juga produk tenusu...telur, susu, keju, yogurt.
Vitamin C merupakan salah satu unsur yg penting untuk badan kita membina kolagen, jadi makanlah buah2an seperti oren, kiwi, betik, jambu batu...errr cari lagi emmm...rumpai laut? Tak ada langsung dalam senarai yg KZ baca di ehow.com!!
Rupanya rumpai laut bukanlah sumber kolagen atau ada unsur di dalamnya yg mambantu pembinaan kolagen oleh badan...jadi siapa yg pandai-pandai kata rumpai laut itu kolagen???
Pakar kita ada tak buat kajian tentang rumpai laut? Ada...dah lama pun. Pada tahun 2008, sekumpulan pakar dari UPM membuat kajian. Rumpai laut memang bagus untuk kesihatan. Antara khasiat dari rumpai laut;
menghalang inflamasi
mengurangkan kolesterol
mengurangkan tekanan darah
Rumpai laut juga dikatakan mengandungi serat yg tinggi, antioksida. omega 3 dan zat galian yg baik untuk anti penuaan. Tetapi ia tidak bagus dimakan berterusan dlm jangka masa panjang kerana seperti mana2 makanan laut ia mengandungi iodine. Kolagen?Tidak langsung disebut dalam kajian itu.
Kepada teman2 blogger yg menjadi pengedar atau menjuak produk rumpai laut, maafkan KZ ya. KZ tidak bermaksud untuk menutup periuk nasi uols pulak. Sebagai 'penjual'..jujurlah dalam mempromosikan produk anda dan sebagai pembeli...janganlah selalu percaya secara membuta tuli dengan khasiat dan keberkesanan produk...jadilah pengguna bijak!
Kepada teman2 yg memakan rumpai laut ini, teruskanlah...ia memang berkhasiat tetapi ditegaskan sekali lagi...rumpai laut bukan kolagen dan kolagen bukan rumpai laut. Kalau teman2 ada bukti mengatakan rumpai laut itu kolagen sila kemukakan, mana tahu KZ terlepas pandang ketika membuat research di internet.
Sebenarnya untuk sihat dan cantik tidaklah sukar. Makan makanan berkhasiat, minum air secukupnya, bersukan dan beriadah, mendekati Allah, tidak berfikiran negatif....and so on...kosnya? Tidaklah semahal mana.
Oh ya satu lagi fakta KZ nak beritahu....cream/lotion kolagen yg disapu pada kulit juga mengarut!! Molekul kolagen terlalu besar untuk diserap oleh kulit. Harga cream kolagen ini sangat mahal tetapi cream tersebut hanya akan duduk di permukaan kulit tanpa ada apa2 faedah. Ingat...jadilah pengguna yg bijak!!
[internet connection KZ tidak bagus dua tiga hari ni, jadi KZ cuma dapat singgah beberapa blog teman2 sahaja..maaf ya..]
Salam semanis coklat,
17 comments :
cuba baca kat sini
http://hartanah2all.blogspot.com/2013/03/pembongkaran-tiada-kolagen-di-dalam.html
Saya pernah nak beli rumpai laut yg mentah ni. Konon gred baik sebab kaler dia merah merah ungu. Tapi beratnya tak sampai 100gm pun. Sikit benor, RM25. Perhhhh kensel!
Heee~ saya tak suka makan rumpai laut. Taktau la. Tekak memang tak lalu. Huhuhu
terpulang masing2 but KA pun x pernha ambil rumpai laut ni !
TQ dgn info ni KZ....
Memang sana sini cerita pasal benda ni... kadang tu teringin nk cuba
Okje ni kurang rajin sikit nak research hehe....so info ni sangat berguna...dan menambah taklah rasa terkilan sanagt kalau tak makan hehe...
pernah cuba mkn benda nih.. tp takleh nak abiskan.. hahaha.. tak tahan rasa dia la.. last2 kelongkang jawabnya.. kiki
KZ, awak ni dasat la....sy mmg seorang yg susah nak percaya psl kolagen RL ni. Tp mengenangkan rmi2 kwn2 suke bg testimoni best...sy diamkan je. Tapi, taklah smpi terpikat nak mencuba. Walau apapun, terima kasih di atas info. Sy setuju!
isk..betul ka...fiza baru ja beli sekilo Rumpai Laut ni...huwaaaa.....
Pendedahan yg bagus! Nak cari sendirik tak rajin.
Kiranya tak salah nak cuba, sbb mmg ada khasiat sendiri..cuma jangan kaitkan dgn kolagenlah kan..
Tq share kak.. mmg femes rumpai laut ni sekarang.
saya pun baru cuba, alhamdulillah x alergik.. sbb org kata kalau alergik makanan laut.. mmg x boleh makan atau guna...
salam KZ,
terima kasih atas info menarik ini. Belalang antara yang menjual rumpai laut.
memetik pada satu ayat di entry KZ yang berbunyi begini --> "apa kebenda kolagen tu. Kolagen ialah struktur protein yg menguatkan tisu dan organ haiwan/ manusia."
Maksudnya KOLAGEN = PROTEIN, betul?
Cuba KZ lihat fakta nutrisi ini -->
http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables-and-vegetable-products/2763/2
lihat pada carta dibahagian kanan atas sekali, rumpai laut atau seaweed mempunyai protein.
Jadi bukankah itu menunjukan kata2 KZ yang tumbuhan tiada kolagen (protein) adalah salah? Lagipun kita sedia maklum yang makanan laut seperti ikan sememangnya mempunyai protein tinggi.
mohon sedikit penjelasan dari KZ. Mungkin ada sesuatu yang Belalang terlepas pandang :)
terimakasih kerana info.
kenapa x jawab soalan belalang hijau perisik di atas??saya nak tahu
Tpulang kpd kesesuaian individu. Sy dh dkt 6 bulan mkn rumpai laut yg dimasak. Dan alhamdulillah, hasilnya memuaskan ht. Kulit mkn tegang (ehemmm), cerah, muka pun makin licin, lembap.. Suami pun asyik puji dgn perubahan diri sy skrg. Sblum ni pun sy mkn sayur, mkn buah..itu dh jd amalan. Sbnrnya rumpai laut ini sdp sgt, klu pandai membuatnya. Mcm msak la..klu x pndai, tetap jd x sdp..sampai xleh mkn. Bkn salah rumpai tu. Terus terang, sejak mkn rumpai laut, mmg kesannya sgt menakjubkan. Sbb yakin dgn produk ini lah sy berani jd pjual rumpai laut. Apa pun, bgantung pd individu. Klu ok, teruskanlah mkn, klu rs x ok..bhenti ajer ler.. Cuba dulu..br tau. Sy cuma bkongsi bdasarkan pngalaman sy sdiri. Terima kasih semua..think positive, be positive...
As Salam KZ dan semua pembaca blog,
Sila dapatkan maklumat mengenai rumpai laut dan kolagen yang benar. Semua dijemput datang ke blog saya di http://www.seaweedcollagen.com dan klik label kolagen. Anda semua akan tahu mengenai asid amino, lysine, proline dan juga asid hyluronik serta sumber kolagen alternatif.
Bagi mereka yg tak lalu makan juga boleh baca petua masak rumpai laut.
Terima kasih
Wassalam
ok la...sy bkn nk kondem tp cuma nk beri pandangan...betul ke fakta tuk dapat kolegen kene makan kolegen?...seperti nak ayam ke mkn ayam?sepatyut nyer kite ternak atau beli n apa2 saja yg boleh bg kite ayam...(guna fikiran yg bijak).Kolegen nie dia terhasil dari tubuh kita bukan dr luar...so tuk membantu penumbuhan kolegen kita kene mengamalkan vitaman c yg dapat membantu kewujudan dalam badan. Insyallah bg sesiapa yg pernah belajar biologi dia kan fhm bagaiman wujud nyer kolegen dlm badan. kikikikikikii ... bg yg menjual truskan kerna niaga bende yg baek tp jgn salah guna fakta coz kolegen mmg banyak khasiatnyer tp bukan tuk menambah kolegen...mmg tkde bukti atau fakta tp saya ckp melalui pembelajaran ilmu biologi disekolah...seperti nak ayam kena mkn ayam?betul ke cr nie..kikikkik
Post a Comment