Saturday, 6 April 2013

Rumpai Laut Memang Bukan Kolagen!!


EHH tak habis lagi citer pasal rumpai laut ni? Entri tentang RL kali untuk menjawab persoalan Belalang.


memetik pada satu ayat di entry KZ yang berbunyi begini --> "apa kebenda kolagen tu. Kolagen ialah struktur protein yg menguatkan tisu dan organ haiwan/ manusia."

Maksudnya KOLAGEN = PROTEIN, betul?

Cuba KZ lihat fakta nutrisi ini -->
http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables-and-vegetable-products/2763/2

lihat pada carta dibahagian kanan atas sekali, rumpai laut atau seaweed mempunyai protein.

Jadi bukankah itu menunjukan kata2 KZ yang tumbuhan tiada kolagen (protein) adalah salah? Lagipun kita sedia maklum yang makanan laut seperti ikan sememangnya mempunyai protein tinggi.

mohon sedikit penjelasan dari KZ. Mungkin ada sesuatu yang Belalang terlepas pandang :)
4:06 pm, April 05, 2013
 Delete

First of all, KZ sangat suka komen seperti ini...minta penjelasan jika tidak jelas, maklumlah penerangan KZ tentang RL yg lepas sangat ringkas. Belalang...KZ akan cuba jelaskan ya.

     Kolagen merupakan 'struktur protein' (protein ada banyak jenis) yg hanya dihasilkan oleh badan manusia dan haiwan untuk menguatkan 'binaan' badan kita dari rambut sampai ke tulang. Tidak ada protein berbentuk kolagen di dalam tumbuhan termasuk seaweed! Untuk tahu apa sebenarnya sebatian kolagen, Belalang tanya encik google ya...

     Protein saja boleh bertukar menjadi kolagen? Tidak...badan perlukan bahan2 lain eg. Vit. C untuk mem'proses' protein menjadi kolagen sebab itu ada orang mengambil vit c untuk kecantikan kulit.



    Tentang website yg menyatakan terdapat 2g protein dalam 28g seaweed di 

http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables-and-vegetable-products/2617/2  tidak terdapat protein di dalam seaweed dan di http://caloriecount.about.com/calories-seaweed-wakame-i11669  terdapat 0.3g protein di dalam 10g seaweed. Kemungkinan kajian di lakukan ke atas berlainan jenis seaweed. Namun kandungan protein itu sangat sedikit...jenuhlah nak menelan seawed untuk mendapat kandungan proteinnya. Jangan samakan seaweed dan ikan ya..ia dua kategori makanan yg jauh berbeza walaupun dua2nya duduk dalam air/laut. Pernah dengar marine kolagen yg di keluarkan oleh Jepun? Semuanya berasaskan ikan walaupun seaweed banyak terdapat di lautan Jepun yg luas.

     Belalang...seperti yg KZ nyatakan dalam entri yg lepas, seaweed memang terbukti banyak khasiat dan memang bagus untuk kecantikan tapi di tegaskan sekali lagi seaweed bukan kolagen. Jika belalang mahu mempromosikan kebaikan     
seaweed banyak website berbahasa Inggeris yg menjelaskannya...carilah..tidak rugi meneroka ilmu.

     KZ jumpa satu blog yg sangat bagus untuk menerangkan kekeliruan tentang kolagen rumpai laut 
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html

     KZ harap Belalang puas hati dengan penjelasan ini. KZ rasa perniagaan seaweed Belalang tidak akan terjejas dengan pembetulan fakta ini kerana ramai yg memakan seaweed dan mengakui kesan2nya yg bagus!

[termenung lihat bakul pakaian yg membukit dan harus disidai...hari hujan...tapi KZ suka..sejuk dan segar suasana alam!]

Salam semanis coklat,



15 comments :

Kakzakie Purvit said...

Sangat berinformasi KZ. Moga boleh dimanfaatkan. Kalogen sekarang kian menjadi-jadi di pasaran..

Cikrosecute said...

wah!!! info yg bagus kz

wakgelas said...

wak pon baru tau jugakk.,ahHKs

ANIM said...

Izan..selamat bertemu kembali..
Perkongsian yg menarik. Saya salah seorang yg sukar mempercayai apa yang diiklankan..terutama produk MLM

insan marhaen said...

IM maintain fizikal IM dengan kemampuan yang ada je. Apapun, IM akui kehebatan kolagen.

Kurniaan dari Allah yang maha hbat!

Chik Att said...

Jadi yg depa dok makan tu ....

Azie Kitchen said...

Saya skrg tgh bercuti sakit kr infection usus. Seminggu sebelum tu, makan rumpai laut ni lah. Tak tahu lah kot saya yg allergik sebab org lain tak ada apa apa pun

Anonymous said...

pencerahan yg sgt2 bagaus ni KZ

Si Matatajam said...

Tq for Good info KZ..

lynmunir said...

Betah, membetah ni menambah ilmu sebenarnya.

OKje said...

Walaupun tengo baju berlambak tunggu nak dijemur tapi masih sempat lagu buat research...sangat respect dgn KZ...

OKje pulak...tengok baju yg tak berlipat tu hehe

OKje said...

Walaupun tengo baju berlambak tunggu nak dijemur tapi masih sempat lagu buat research...sangat respect dgn KZ...

OKje pulak...tengok baju yg tak berlipat tu hehe

ibh_sue said...

Asslmkm KZ.
Thanks share ilmu ni juga (^_^)

Unknown said...

chaiyokkkk
setuju sgt entry KZ ttg rumpai laut

Anonymous said...

Salam KZ.

Terima kasih bersusah payah memberi info yang sangat berguna ni.

Apa pun akak tak pernah ambik rumpai laut tu walaupun boleh mendapatnya.