Saturday 31 August 2013

Cara Menyingkir Kulit Mati di Wajah

PERKARA yg kita perlu tahu tentang 'facial  exfoliation'

     # Tidak perlu terlalu kasar kerana kulit wajah sangat lembut
     # Gunakan bahan yg sesuai dgn jenis kulit. Perhatian yg 
         lebih untuk kulit yg sensitif.
     # Berhati-hati jika menggunakan kaedah 
        'microdermabrasion' kerana jika keterlaluan, kulit akan
        menjadi sangat nipis.
      # Jgn gunaka scrub badan untuk muka.
      # Selepas menyental wajah, jgn terdedah kpd cahaya 
         matahari terik.
      
Campurkan saja sedikit pencuci wajah dengan bahan penyental wajah untuk menjimatkan masa. Gunakan jari dgn gerakan memutar arah ke atas. Maksudnya, mulakan dari bahagian bawah muka dan putar membawa ke bahagian atas. Ada faham? Putaran manja saja ya, jgn beriya-iya pulak! Cukuplah dalam seminit, kemudian bilas dgn air suam.

     Selain membeli produk penyental yg sedia ada dipasaran, kita boleh juga membuatnya sendiri. KZ akan berikan beberapa bahan yg boleh kita jadikan 'face scrub'.


Baking soda
Ya...baking soda yg kita buat kek tu! Campur saja satu sudu tah baking soda ke dalam pencuci muka kita atau campurkan baking soda dgn sedikit air. Gosok perlahan-lahan dan biar di wajah 5 ke 10 minit sebelum dibilas dgn air.

Gula
Campurkan gula dgn sedikit madu dan jus lemon

Kopi
Campurkan 1 sudu besar serbuk kopi dengan 1sudu besar air atau minyak zaiton.

oat
oat sangat sesuai untuk kulit yg sensitif kerana ia bahan yg sangat lembut. Campurkan sesudu besar oat dengan 1/4 sudu teh garam dan 1 sudu teh air atau minyak zaitun. Setelah digosok di kulit muka biarkan sepuluh mi nit sebelum dibilas dgn air.

No comments :