Monday, 26 August 2013

Cool It!

GAMBAR ini diambil ketika KZ baru lepas pantang. Bayi yg dalam dakapan KZ adalah Yusrina, si sulung kami.

     Bila melihat foto ini, memang ada yg bertanya, siapa si kecil itu? Bila KZ katakan itulah bayi KZ, ada yg mengangkat kening. Kenapa? Kerana warna kulit kami nyata berbeza! Yusrina agak 'tinted', ketika masih bayi, sedangkan KZ berkulit cerah. Tapi KZ tak pula berkecil hati bila ada yg bergurau..Kamu banyak minum kopi ke masa pregnant? Apalah ada pada warna kulit. Ia sekadar luaran seseorang.

     Yusrina sekarang sudah berumur 16 tahun. Cepat benar masa berlalu.
Foto ini diambil pada hari raya yg lepas. Alhamdulillah, kakak membesar sihat dan cemerlang dlm akademik. KZ sangat bersyukur!

     Bercakap tentang kulit, kawan2 tahu tak apa sebenarnya kulit. Kulit merupakan organ terbesar manusia! Kulit terbahagi kpd 3 bahagian.
                         # Epidermis
                         # Demis
                         # Hypodermis
Dan setiap bahagian itu pula terdapat beberapa lapisan lagi. Warna kulit pula diwarisi secara genetik. Macam KZ, kecerahan kulit KZ diwarisi dari keturunan Banjar KZ. Tapi warna kulit anak2 KZ didominasi dari genetik bapa mereka. Cuma si bongsu yg agak cerah warna kulitnya.

Kenapa kulit setiap individu berlainan reaksinya terhadap selaran cahaya matahari? Macam KZ, kulit KZ cepat 'tan' jika terdedah kpd cahaya matahari. Di sini kandungan  'melanin' pada kulit memainkan peranan. Ada juga org yg tidak mempunyai melanin pd kulit. Tentu kawan2 pernah lihat org Melayu atau India yg berambut dan berkulit putih. Keganjilan ini dipanggil albino. Ia juga terjadi pada haiwan.

Kulit hendaklah dijaga dgn baik. Kalau sekadar berhidung mancung, bermata bundar dan bibir bak delima merekah tapi kulit, ya Allah... macam pekerja kontrak, tak guna juga. Betul tak??

Dilain entri kita akan bincangkan cara menjaga kulit. Stay tune!

“Save your skin from the corrosive acids from the mouths of toxic people. Someone who just helped you to speak evil about another person can later help another person to speak evil about you.” 
― Israelmore Ayivor

Salam Semanis Coklat,



4 comments :

nurbijen said...

Dah besar anak dara KZ... tapi betul lah, orang memang suka mengusik... mcm saya, danish yg selalu jadi sasaran sbb sedikit tinted... hehehehe, istilah baru ni :)

Anonymous said...

samalh kita KA berkulit cerah, tpi anak2 lebih ikut en hubby sawa matang gitu !

Masya said...

dah besar anak dara sebaya adik sy yg bungsu..

OKje said...

Okje mmg tinted pun..... hehe
Tetap bersyukur.... tinted pun tintedlah...