Sunday, 25 August 2013

Beauty Is In The Eye Of The Beholder....

KZ banyak mengupload gambar2 raya di laman fb. Kalau dulu2 jenuhlah empunya diri di gambar membelek album gambar kepunyaan si 'penangkap gambar', sekarang dah senang, upload di fb dan tag siempunya wajah.

     Kerana bertitle juru foto, maka kelibat KZ tak lah banyak termuat dlm gambar2 tu...adalah beberapa keping. Itupun ada yg snap sendiri hasil kecanggihan gadget sekarang!

     Ada seorang teman lama memberi komen di gambar KZ...kamu cantik...tulisnya. Hah! Tergelak jugak KZ membacanya. Dalam foto tu KZ tidak mengenakan make up, sekadar berbedak dan sedikit lipstick tersisa kerana sebelum tu KZ makan laksa. Somehow KZ menganggap komen teman lama itu sekadar pemanis bicara! Atau memang sebenarnya cantik itu berbeza dari sudut pandangan setiap individu...tapi siapa kata Aishwariya Bachan tak cantik?...orang itu ada masalah mata!!!


     Tapi kecantikan itu sekadar bonus, yg penting penampilan diri. Jangan kerana merasakan rupa kita tidak cantik, kita mengabaikan penjagaan dan penampilan diri. Mungkin hidung kita tak semancung Aishwariya tapi jgn lah biarkan jerawat dan jeragat bertempek di muka! Mungkin figura kita tak se'hot' Ziana Zain tapi jgn lah pakai baju yg dah bercorak dengan percikan sambal dan kari!

Beauty isn't worth thinking about; what's important is your mind.  You don't want a fifty-dollar haircut on a fifty-cent head.  ~Garrison Keillor

Salam Semanis Coklat,

1 comment :

OKje said...

KZ mmg cantik orangnya..... manis je okje tengok. Sejuk mata memandang!