Monday 17 December 2012

Khabar Dari Hospital

SELEPAS acara family gathering di Sg.Klah, kami sekeluarga bertolak pulang ke Penang petang Ahad. Kami singgah sebentar di rumah MIL di Ipoh kerana anak KZ,Adi ingin menghabiskan cuti di sana.

     Sampai di laman rumah opah,ada sebuah kereta myvi di situ. Ohhh..anak Kak Ani,Along dan 3 orang adiknya dari Negeri Sembilan ada di sana. Apa khabar Along? Bila nak makan nasi minyak...itu soalan klise sebenarnya..Nasi minyak dah hangit,kena masak baru..katanya. Tak pe Along..dah tak ada jodoh!

     Cerita yg kami ingin dengar dari Along tentulah perkembangan terbaru Epit (Firdaus). Dia sudah semakin tenat. Doktor telah memberhentikan rawatan kemo. Usaha para perawat sudah sampai noktahnya. Tiada apa yg mampu mereka lakukan lagi.

     Badan Epit sudah membengkak dan matanya sudah kuning,petanda organ dalamannya juga sudah hampir 'shut down'. Mereka akan membawanya pulang ke Bahau Rabu ini (19/12/2012). 

     Apa yg membuat Along dlm dilema,dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kpd ayah mereka keadaan Epit sekarang. Abang Ramli tidak diberitahu yg doktor telah menghentikan semua rawatan  apatah lagi dia juga berpenyakit darah tinggi.

     Mereka adik-beradik mungkin telah bersedia menerima berita buruk itu tapi ayah mereka mungkin sedikit sukar menerima hakikat,anak lelakinya mungkin akan meninggalkannya terlebih dahulu. Berat sungguh tugas yg terpaksa Along pikul. Semoga along tahu apa yg harus dilakukan.

     Jika kematian itu lebih baik untuk Epit,semoga Allah menjemputnya segera kerana dia menahan kesakitan yg bukan sedikit (tulang belakangnya sudah menghimpit saraf, gerakan yg perlahan pun akan membuat dia sakit). Jika dia masih ada harapan untuk sembuh,semoga Allah segera menyembuhkannya....siapa tahu..kalau itu takdir allah.

Salam semanis coklat,
           Kak Zan

15 comments :

Umialya said...

kanser? takutnya sbb sayapun berisiko tinggi

Nisah Idham said...

alahai.. kanser, sakit yg sering org nak elak. termasuk diri ini.. tp kalau dah takdir.. mgkn itu lebih baik..

>> KZ, nak tau jgk lah, Ipoh tu are mana umah MIL KZ tu..

Unknown said...

semoga keluarganya tabah menerima dugaan ni..

AtieYusof said...

semoga keluarga Along tabah menerima semua dugaan..

haryati said...

siannya...
semoga keluarga epit tabah ye...

Cikgu Ma said...

allahuakbar..moga tabah dengan ujian ni..

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

subhanAllah kak zan,,kesiannya Epit tu , moga Allah beri takdir yg terbaik utknya dan kaum keluarga ye,amin

ANIM said...

sedih baca cerita epit..membayangkan ianya berlaku dalam keluarga kita.
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. moga keluarga epit tabah dan redha dengan apa yang berlaku dan apa akan berlaku..

Nur-nba said...

Sedih membaca kisah ni. Sejak akhir2 ni ada juga kenalan dan saudara yang turut menghidap kanser..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Moga keluarga Epit dapat menerima ujian dariNya dengan hati yang tabah..

nurbijen said...

semoga Allah mudahkan urusan Along... saya pun dilema kalau berada di tempat Along... hanya Allah yang tahu apa yg terbaik utk Epit

maya amir said...

Allahuakbar..moga die & family terus tabah..

Anonymous said...

sama2 kita doakan yg terbaik ye

balqisfz said...

kak, epit tu umur berapa kak? ayah dia taktaw cmna tu kak?

Irfa said...

semoga yg terbaik buat epit
kanser adalah penyakit yg ditakuti zaman ini

OKje said...

Dah takdirnya begitu ...tiada siapa yg sanggup menghadapi ...semoga dikurniakan redho yg amat tinggi!