Thursday, 13 December 2012

Kanak-kanak Adalah Najis??

RASANYA teman-teman pernah terdengar tentang perkara ini..kanak2 yg belum berkhatan adalah najis dan boleh membatalkan solat org lain yg menyentuh mereka(??)..betulkah?...sila baca seterusnya utk menjawab persoalan ini..

Pendapat yang mengatakan Solat menjadi batal jika disebabkan kehadiran anak (kanak-kanak) yang belum berkhatan di dalam Saf (hadapan, bersama orang dewasa) adalah pendapat yang keterlaluan malah bathil (La Asla Lahu) seperti yang diperjelaskan oleh Ulama' hadis & ramai Ulama' Fiqh daripada kalangan Fuqaha terkenal. Pendapat yang mengatakan Solat batal disebabkan oleh perkara itu seperti yang dikatakan oleh ulama' dari kalangan Hanafiyah dalam 'Raddul Muhtar' tertolak kerana bertentangan dengan Hadis Sahih.

Untuk penerangan yg lebih lanjut sila ke sini.


Salam semanis coklat,
            Kak Zan

11 comments :

cheqna said...

Nabi Muhammad S.A.W sangat menghargai kanak2

Unknown said...

pernah juga saya terdengar penerangan dari ustaz don dalam rancangan dia pasal ni..tak ingat terms nya apa..tapi kanak2 belum mumaisy ni tak dikira najis dan tak membatalkan solat..sbb kesnya ni sama macam kalau kita solat, kat baju terkena percikan air kencing atau darah nyamuk..

kejam gila sama kan kanak2 dengan najis sampai membatalkan solat.. macam samakan dengan tahi je.. benci ajk masjid yg macam tu..

suami saya pernah kena marah sbb bawak anak lelaki yg umur 2 tahun sbb katanya ganggu jemaah..lepas tu diorang duk heran kenapa ramai remaja sekarang tak suka pegi masjid. bengap!

Umialya said...

Imam Besar di daerah ini menggalakkan kehadiran kanak2 untuk berjemaah bersama2, itu sebabnya Alya salah seorang peserta cilik sedari kecil yang bebas berada di masjid tanpa larangan kecuali sesekali ditegur dek jemaah luar yang tersinggah untuk solat.

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

tiada larangan utk kanak2 kan kak zan,,mcmni bru boleh didik drpd kecik kn

Mrs Velentine said...

teringat pula masa sembahyang raya..anak MV tak debenarkan sembahyang di dalam masjid sebab belum baligh...

Unknown said...

Benda2 melibatkah hukum hakam ni ada alasannya. Ada banyak pendapat dan nas yang diberikan. Tu sebab kita ni wajib belajar lebih mendalam lagi. Kak pun tak boleh nak ulas panjang sebab ilmu sejengkal pun tak sampai. Wallahua'lam.

NM02 said...

apekah?

nad said...

Seeloknya bertanya pada mereka yg betul2 berpengetahuan...
Nak didik anak2 rajin solat dan ke masjid mesti la dari kecil..klu dh mcm ni, susah la.

haryati said...

terima kasih atas perkongsian ni...

Nisah Idham said...

jemaah lebih suke masjid tu kosong kot daripada menerima budak2 ni, padahal budak2 nilah yg bakal memenuhi qariah masjid, kenapa mesti menolak mereka?? bukankah mereka patut mengenali rumah Allah ni ??

Umialya said...

oh ya akak pernah buat entri hampir sama.. kecewakan..

http://mimialya.blogspot.com/2012/07/musykil.html