Wednesday 17 October 2012

Rakyat Malaysia Biadap?

TAHUKAH anda rakyat Malaysia berada di tangga 33 dari 35 negara dilabel sebagai biadap dan mementingkan diri sendiri oleh Reader's Digest 6 tahun lalu!
     Polis merekodkan lebih 20% dari 1.3 juta kemalangan dlm setahun disebabkan pemanduan yg agresif tetapi sikap mementingkan diri dan pemanduan melulu merupakan perkara yg paling banyak di utarakan dalam FB The Star Online's survey. Menurut seorang pensyarah akademik, Joshua Johnson, contoh paling biasa sikap pemandu Malaysia yg buruk ialah tidak menggunakan lampu signal ketika menukar arah.






kita juga dikatakann tidak mengendahkan tanda larangan merokok,makan dan membuang sampah merata-rata,berebut memasuki lif,keretapi dan bus sebelum penumpang lain keluar dari tempat tersebut. Kevin Mcintyre, seorang expatriate dari Scotland bercerita, dia pernah terlepas perhentian yg sepatutnya kerana orang ramai meluru ke dalam komuter ketika dia cuba keluar! Ada juga yg langsung tidak prihatin kepada wanita mengandung, oku dan orang tua.

Etika tandas yg buruk, bercakap dgn kuat di Hp ketika menonton wayang, lambat ketika sessi temuduga, tidak mengucapkan terima kasih dan meninggalkan trolley di tempat letak kereta juga merupakan perangai buruk rakyat Malaysia.


Lawrence Cheah, presiden Penang Senior Citizens Ass. berkata,belia Malaysia tidak sesopan belia di Singapura. Menurut beliau di sana, orang mudanya dengan mudah memberikan tempat duduk kepada yg lebih memerlukan. Katanya lagi,kita setakat mempunyai kelayakan akademik yg tinggi tetapi tidak pada sikap keperihatinan.
        
Artikel di atas di petik dari thestar.online.

Rasa tak percaya kita digambarkan sebegitu buruk(tempat 33 dari 35!), tapi itulah kenyataannya. Lihat saja kempen2 yg ditayangkan di media2 masa..kita perlu diberitahu etika di tandas? Etika di dlm pengangkutan awam? Etika di jalan raya? Senyum? Ucapkan terima kasih? Bila memikirkan kempen2 sebegini, rasa kita ni macam kurang bertamadun pulak! Benarkah?????

Salam semanis coklat,



 

8 comments :

Anonymous said...

tak semualah ada juga yag berhemat but leh kira lah!

Cikgu Ma said...

betul kak...bila org luar buat kajian macam ni rasa macam nak lempang...tapi bila kaji dan fikir memang betul pun...

Irfa said...

w,pun bukan semua tapi mmg ada.jadi terpaksa la kita terima

Salmi said...

Kenyataan yg sukar utk diterima tetapi itulah hakikatnya..

Chik Att said...

Pigi rah .....hehehehe ....ridest digest tu mai dr singapore ....

nurbijen said...

bila mula2 datang UK, sangat kagum bila tengok orang dgn sopannya beratur bila nak naik dan turun bas....

Anak-anak pun dah semakin terbiasa dengan budaya, Sorry and Thank you.

Kamsiah yusoff said...

kita selalunya sukar terima kenyataan yg pedih..walau hakikatnya begitu...generasi muda makin hilang penghayatan rukun negara...

Unknown said...

ehehehe..memanglah..tak payah kaji kaji..duk kat pondok bas setengah hari boleh tengok..