Apabila menyebut tentang kematian, pastinya semua akan berasa sedih, sedih berpisah dengan org tersayang.Namun hakikat kehidupan ini, kematian itu sesuatu yg pasti.
surah Al Imran ayat 185
Tiap2 yg bernyawa pasti akan merasai mati.Hanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu, Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke surga maka sesungguhnya dia telah berjaya.(Ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya. tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan.
Rasullullah menegaskan org yg bijak ialah org yg banyak mengingati mati dan membuat persiapan utk kematian.
Ole itu, kematian dan mengingatinya bukanlah sikap yg negatif, ia bukanlah kesedihan yg boleh menghilangkan fokus dlm kehidupan, tetapi sebagai motivasi utk hidup lebih bererti.Hanya org yg hidupnya hanya utk dunia tidak mahukan kematian dan tidak mahu mengingatinya. Lalu dia menjadi hamba dunia.
Banyak keburukan apabila seseorang cintakan dunia dan takut dgn kematian. Antaranya ialah;
* Org yg cintakan dunia akan berusaha mendapatkannya dgn apa cara sekalipun termasuk
cara yg tidak betul.
* Sering mengabaikan tuntutan ibadah khususnya solat dan lupa utk membuat persiapan utk kematian.
* Mati dan keras hatinya dan susah mendapat hidayah Allah dan tiada rasa takut kepada Allah.
* Jauh drpd rahmat Allah.
* Dibenci Allah dan dibenci oleh mahluk Allah kerana sikapnya yg tamak,pentingkan diri sendiri dan sombong.
* Tiada kebahagiaan dlm hidupnya, sama ada di dunia atau akhirat.
* Org yg cintakan dunia adalah orang yg lemah,tiada prinsip dan pegangan dlm hidup serta mudah dipergunakan dan dipermainkan oleh org lain.
Jadilah kita di dunai ini seperti pengembara yg berehat seketika di suatu tempat dan berjalan semula setelah hilang kepenatan menuju tempat tujuan yg hakiki.
INSYAALLAH HIDUP KITA AKAN BERMAKNA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Salam semanis coklat,
2 comments :
yeayyy dah boleh masuk blog k.zan
semoga kita mati dalam keadaan yang beriman.. menjadi wanita yang solehah dan ibu yang mithali.. amin
MATI ITU PASTI - Tetapi semoga kebaikan kita didunia menjadi syafaat keluarga kita ke syurga
Good share..
salam kenal..www.siezuka.com.. :)
Post a Comment