Friday 19 October 2012

Maaf..saya lupa nama kamu.




PERNAHKAH teman2 bertemu seseorang di sesuatu majlis atau di tepi jalan yg tiba2 bersalam dgn kita dan bertanya "Kenal saya lagi?"
KIta memang mengenali si polan, masalahnya kita tak ingat nama dia, walhal baru bulan lepas kita berkenalan dgnnya.
Situasi itu memang agak memalukan, lebih2 lagi orang itu siap menyebut nama penuh kita, siap sebut nama bapak kita lagi!
Kalau org tu kenalan biasa, tak pe lah lagi tapi kalau pelanggan kita..bakal adik ipar kita..bini boss suami kita..mau berpeluh kita cuba korek balik kotak memori di otak!!
     Hari ni KZ akan kongsikan teknik mengingati nama orang atau mengingati apa sahaja perkara. Teknik ni KZ korek dari satu artikel oleh Terry Small seoran pakar otak dari Kanada.


Sekarang pejam mata anda..bayangkan seekor kucing..comel kucing tu..anda tak kan nampak perkataan kucing kan..tapi cuma seekor kucing. Otak kita berfikir dalam gambaran bukan perkataan. Rasanya kita tak pernah jumpa seseorang dan berkata "Saya kenal nama awak tapi lupa muka awak?" Sebab mengapa kita lupa pada nama ialah kerana kita cuma fokus pada perkataan bukan pada gambar.

Inilah teknik mengingati nama atau apa sahaja 10 kali lebih baik dari apa yg anda pernah cuba!
1. Ambil perhatian. Anda tak kan dapat mengingati kalau tidak ambil perhatian.Katakan pada diri sendiri "Aku mesri ingat nama orang ni!"
2. Menyebut nama itu berulang kali. Ini akan mengaktifkan aliran saraf pendengaran ke otak. Tidak cukup menyebutnya di dalam hati, anda perlu mendengarnya. Caranya, menegur org itu semula "Apa khabar Tom, nama saya Nor"
3. Catat nama org tersebut. Perbuatan ini akan menambah 50% ingatan anda (walaupun anda tidak melihatnya semula). Ini akan mengaktifkan saraf penglihatan ke otak. Jika anda tidak boleh mencatitnya ketika itu, bayangkan di dalam kepala, anda mengecat nama itu di dinding dengan besar!
4. Gambarkan ia! Perbuatan ini memang berbaloi kerana memori dicipta untuk bersaling kait antara satu sama lain.
contohnya - Gambarkan  seseorang yg baru anda kenali sedang melakukan sesuatu, menyanyi misalnya,bersama seseorang yg anda kenal dan mereka mempunyai nama yg sama atau hampir sama. Bila anda menemui orang tersebut semula, gambaran itu akan mengingatkan anda nama individu itu. 
     Nama kita yg disebut orang lain merupakan perkataan yg sangat indah didengar walau apa jua bahasa yg dituturkan orang itu! Cubalah, teknik ini sangat bagus untuk otak anda.
.
Terry Small is a brain expert who resides in Canada and believes that “anyone can learn how to learn easier, better, faster, and that learning to learn is the most important skill a person can acquire”. To interact with Terry, email mystarjob@leaderonomics.com or terry@terrysmall.com

Salam semanis coklat,

8 comments :

NURAZZAH8 said...

Salam pagi Jumaat KZ,

memang saya juga selalu lupa nama orang...lagilah semenjak dua menjak umur dah semakin meningkat (alasan aje kan ...) ... students saya ramai ...ambil masa nak ingat semua nama ...

huhu

Unknown said...

salam kak,
ehehe..kalau kenalan lama lagi2 yg zaman sekolah.. ramai yang saya ingat muka tapi tak ingat nama..sbb lama sangat tak jumpa kan..hahaha..

biasa time tu saya ngaku je tak ingat..lain kali ingat dah la..

maszull said...

assalamualaikum izan....biasalah dah nama pun kawan lama mungkin ada yg kita ingat namanya ada yg dah lupakan...:)

uncle gedek said...

ini masalah utama uncle... maklomlah orang tua...

haha

MAY said...

wah.smp kne catit name plk.hihi

HeNRieTTa JoSe said...

Salam...thanks for dropping by my blog...penah juga...tapi sgan nk tnya nama dia..buat buat igt jew...nk jga ht...dalam masa yang sama, recall....

kak tie said...

nama....selalunya orng mesti tegur akak dulu..akak lambai2 sambil tegur..gi mana??!!..pastu mesti akak pikir balik..sape ek??lupa..pd hal orng tu ingat akak...dah tua gamaknya

wakgelas said...

wak pon selalu lupa jugakk.. ahahkks