Saturday, 20 October 2012

Ingin Menentukan Jantina Anak?

Gender Selection Methods: An Overview
ANAK lelaki ke pompuan? Memang setiap kali pregnant KZ akan ditanya soalan itu. KZ pun memang tak suka surprise, bila kandungan dah 20 minggu, terus tanya Doc apa jantina anak.
     Teringat pada abang ipar KZ, anaknya 5 orang, semuanya hero. Teringinnya anak pompuan, tak usah cakap. Ketika pregnant anak ke 5, dia mati2 ingat baby girl, siap dah reka nama..menurutnya ada kelainan dari biasa ketika mengandung anak itu. Tapi ketentuan Allah tidak dapat diubah. 
     Begitu juga yg dah berderet anak pompuan...teringin pulak anak lelaki. Manusia memang tak pernah berpuas hati dengan apa yg diperolehi...kan?
     Tahu tak amalan ingin memperolehi anak yg diimpikan berlaku sejak zaman dulu lagi.
     Di zaman Greek lama, si suami akan bersama pasangan secara mengiring di sebelah kanan dgn harapan untuk mendapat anak lelaki.
     Ketika zaman pertengahan di Perancis, lelaki akan mengikat testikel kiri, juga untuk mendapat anak lelaki.
 Kedengaran kelakar kan? Tapi hingga sekarang, ibubapa masih cuba menentukan jantina anak yg bakal lahir, dan sudah tentulah caranya lebih berteknologi dan efektif.
     Hari ini kaedah moden sudah ada untuk ibubapa memilih jantina anak yg diingini. Tapi sedihnya, salah satu teknologi itu ialah menggugurkan anak! Kaedah ini membolehkan seibu mengetahui jantina anak pada peringkat yg sangat awal, melalui ujian amniocentesis (air ketuban). Jika jantina itu bukan seperti yg diharapkan, si ibu boleh memlih untuk menggugurkannya!
 Selalunya pemilihan gender dgn kaedah ini dilakukan di negara dimana adat dan agama mementingkan zuriat lelaki.

     Ada lagi kaedah yg boleh dipilih oleh ibubapa yg beria sangat untuk memilih gender anak. Namun semua kaedah itu tidak terlepas dari etika kehidupan .
     Pada pertengahan tahun 70-an.pakar genetik, Ronald Ericsson, menemukan kaedah yg juga dipanggil kaedah Ericsson. Kaedah ini memisahkan sperma yg menghasilkan jantina dan permanian berhadas dilakukan. Kaedah ini tidak mahal tetapi peratus kejayaannya rendah. Dari 10 kes, 3 menemui kegagalan dgn kaedah ini.
 Kaedah preimplantation genetic diagnosis (genetik ditentukan sebelum persenyawaan) digunakan sejak tahun1989. Kaedah ini melibatkan IVF. Pakar akan menganalis sel dari embrio untuk menentukan sex dan kemudian cuma embrio jantina yg dikehendaki di masukkan kedalam rahim si ibu. Kosnya hampir 20 000USD!! Tapi kejayaannya adalah 100%. Peluang untuk anak kembar adalah tinggi dengan kaedah ini.
     Kaedah yg paling terbaru dan hangat diperkatakan adalah variasi dari kaedah Ericsson dikenali sebagai Microsort.
Statistik menunjukkan 86% ibubapa yg menggunakan kaedah ini untuunakan kaedah ini utk mengandung juga menggunakan kaedah ini untuk menentukan jantina anak. Kosnya cuma 15 000 USD. Peratus kejayaan untuk mendapat anak perempuan ialah 90% manakala untuk mendapat anak lelaki cuma 74%.

Walau bagaimanapun kaedah Microsort belum diluluskan oleh FDA (Food and Drug Administration).
     Untuk pengetahuan anda, cuma di US, pemilihan jantina anak dibenarkan mana kala banyak negara lain menjadikannya perkara yg dikawal ketat.

To find out what it takes to conceive a baby boy, go to How to conceive a boy - http://how-to-conceive-a-boy.blogspot.com - blog

Petika artikel di bawah KZ ambil dari bloghttp://hafizfirdaus.com/content/view/431/103/

Saya memiliki seoranganak lelaki yang baru berusia setahun dan bagi anak seterusnya, saya inginkanyang perempuan. Saya bercadang membuat suntikan memilih jantina, adakah iadibolehkan dalam Islam? Yanti, Kuala Lumpur.
Jawapan:
Terdapattiga perkara yang perlu diperjelaskan dalam soalan di atas:
Pertama: Dari sudut hukum.Para ilmuan Islam berbeza pendapat dengan ada yang membolehkannya (mubah), adayang melarangnya (haram) dan ada yang menangguhkan buat masa ini (tawaqquf).  Masing-masing memiliki dalil dan hujahyang agak banyak lagi terperinci untuk saya senaraikan di sini. Apabila paraulama’ berbeza pendapat dengan setiap mereka memiliki dalil dan hujah, kitasebagai orang awam dibolehkan mengikuti salah satu dari pendapat mereka itu.
Pentinguntuk ditekankan bahawa para ilmuan yang membolehkan proses ini mensyaratkan iahanya melibatkan sesama pasangan suami isteri yang sah. Sebagai contoh, jikasuami tidak mampu mengeluarkan sperma yang memiliki DNA lelaki, maka diharamkanuntuk mengambil sperma DNA lelaki daripada orang lain.
Kedua: Dari sudut keutamaan.  Adalah lebih utama untuktidak melakukan apa-apa proses pemilihan jantina bayi. Apa yang Allah kurniakantentu baik dan bermanfaat sekalipun ia pada zahirnya tidak selari dengankehendak kita. Ingatlah kepada firman Allah berikut ini: Bolehjadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamusuka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualahYang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”[al-Baqarah 2:216]
Ketiga: Dari sudut kesan sampingan. Jika dikaji artikel-artikel ilmiah dalam persoalan ini, akan ditemuibahawa proses pemilihan jantina bayi tidak terlepas dari kesan-kesan sampinganke atas bayi. Ada yang bersifat kecacatan genetik dan ada yang bersifatperangai di antara dua jantina (khunsa). Tidak dilupai juga kos yang tinggiuntuk melalui proses ini.

Salam semanis coklat,
  

5 comments :

Rai Ourkizuna said...

pernah jugak dengar teori ni.. alhamdulillah..murah rezeki saya dah ada sepasang..yg ketiga ni pun tak kisahla yang mana..yg penting sihat dan selamat..

Kesuma Angsana said...

teori yag boleh dipraktikkan, apapun terima ajelah ketentuan tuhan kan

JunAina said...

Kita hanya mencuba mana-mana petua tetapi yang menentukan hanay Allah jua. Rezeki yg Allah beri kita terima seadanya.

ieda said...

saya pun pernah dgr teori nie kak .. TQ sharing kak ;))

umialya said...

akak ader 2 pasang, alhamdulillah.. rezeki..