Wednesday 31 October 2012

Dia Wanita Yang Istimewa

ROHA..itulah panggilan manja untuk anak gadis berumur 39 tahun ini. Anak gadis? Ya, dia masih bergelar anak gadis pada usia ini. Andartu..andalusia..dia tidak pernah ambil kisah tentang gelaran itu
     Terus-terang, KZ sendiri lupa apa nama sebenar Roha..Rohana kut. Dia jiran KZ di Teluk Intan. Kami dikira teman sepermainanlah..muda 3 tahun dari KZ.
     Roha anak bongsu dari 4 beradik. Abang sulungnya meninggal berbelas tahun lalu. Arwah meninggalkan seorang anak perempuan yg di pelihara Roha hingga kini. Isteri beliau telah pulang ke Indon selepas beliau meninggal dunia. 
     Kakak kedua Roha juga telah dijemput Ilahi pada usia yg muda. Arwah Salina tua setahun dari KZ. Ramai yg menyangka arwah seorang pengantin baru kerana ketika kemalangan itu, jari tangan dan kakinya merah dengan inai. Arwah pergi ketika masih anak dara.
     Kakak ketiga Roha seorang OKU. Dia mengalami down syndrome. Bapa Roha juga sudah lama pergi. Sekarang Roha tinggal bersama ibu, kakak down syndromenya dan anak abangnya di Kuala Lumpur.
     Pernah bertanya..kenapa Roha tak kahwin? Roha bukan tidak cantik..Roha memilih sangat kut? Roha hanya tersenyum...diam..cuba memikirkan agaknya bagaimana mahu bercerita.
Inilah cerita Roha
                           .
                           .
                           .
Tipulah kalau saya kata saya tidak teringin berumah tangga.
Rasanya semua perempuan normal mengimpikan seorang suami dan anak2 sebagai penyeri hidup.
     Tetapi ada tak lelaki yang sanggup menerima saya, sekaligus ibu saya yg tua dan berpenyakit jantung, kakak saya yg down syndrome dan anak saudara saya yg masih kecil 200%!
     Bukan saya tidak percaya qada' dan qadar Tuhan, tetapi memperjudikan masa depan mereka semata-mata tidak mahu bergelar andartu sesuatu yg saya tidak boleh hadapi.
     Mungkin ketika bercinta, lelaki itu boleh berjanji macam2 tetapi bagaimana ketika saya terpaksa merawat ibu yg semakin uzur, terpaksa memerhatikan kakak saya yg tidak pandai menguruskan diri sendiri dan terpaksa menjaga kebajikan anak yatim yg telah diamanahkan kepada saya. Mampukah lelaki itu mengenepikan keperluan dan haknya sebagai suami ketika saya mengerah seluruh hidup dan jiwa raga saya kepada mereka bertiga? Mampukah dia?
     Sebenarnya soal jodoh telah saya kurung jauh2 dlm episod hidup saya. Kalau suatu hari nanti ia terlepas, itu kerana ia telah tertulis sejak azali. Saya yg akan membuka kurungan itu...tidak!

Ketika Roha bercerita, jenuh juga KZ menyeka airmata. MasyaAllah...Bagi KZ dia wanita yg sangat hebat. Mampukah kita berada di dalam kasutnya? Kalau ditanya pada KZ.........entahlah...

Salam semanis coklat,
 

11 comments :

Anonymous said...

turut bersimpati!

Umm AA said...

kagum dengan wanita yang tidak mementingkan dirnya ini..moga Allah memberikannya yang lebih baik

JunAina said...

KZ...hanya Allah mampu membalas keikhlasannya.

Cik Wawa said...

salam singgah...
itulh khdpn. khdpn xsemestinya indah. adapun y indah itu hanyalah smentara shj. akhirat jua y kekal abadi...

Nisah Idham said...

Semoga Allah menemukan jodoh yang baik2 untuk kak Roha & dapat menerima kak Roha seadanya.. Janji Allah itu Pasti (^_~)

nurbijen said...

Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kepada Kak Roha dan keluarga... sungguh tinggi pengorbanannya!

Unknown said...

semoga roha akan tabah menghadapi segala dugaan yang diberi... insyallah kalau sabar kebahagiaan pasti menunggu, dan semoga di suatu hari nanti akan ada insan bernama lelaki yg sudi menjadi teman hidup roha bukan saja akan mengambil dia sebaga isteri malah ibu, kakak & juga anak saudaranya insyallah...

Lee said...

Hi Nor, I guess sometimes fate does play it's part in people's lives.
Interesting post.
You have a nice day, keep a song in your heart.
Lee.

Kakzakie Purvit said...

Walau sekadar memabca ianya telah membuat airmata kakak luruh sama. Moga ada kebahagiaan juga dihujungnya. Tidak di dunia tapi di akhirat pasti ianya ada satu janji yg pasti membahagiakannya..

Unknown said...

susah nak cari orang yg sanggup berkorban macam ni..

semoga akan bertemu jugak bahagia untuk dia..

cheqna said...

insyaallah...semoga Allah mempermudahkan segalanya buat kak roha...