Thursday 1 November 2012

Sekadar Luahan Perasaan

KETIKA dia memulakan hidup baru di situ, KZ tahu dia datang dengan rela tapi dalam paksa (boleh ke?). Keluar dari tempat yg selesa ke tempat yg agak sesak dan merimaskan, KZ boleh faham perasaan perempuan itu.
     Rungutan2 sering keluar dari mulutnya, malah anak2nya juga di tanam rasa tidak suka pada keadaan baru itu. Memang tidak setuju dengan kelakuannya. Tidak bolehkah dia menyimpan perasaan itu demi menjaga hati seseorang? Mujurlah 'seseorang' itu tidak pernah mendengar rungutan2 yg keluar dari mulut dia. KZ hanya menggeleng kepala, tidak tahu bagaimana mahu menasihati dia supaya menerima keadaan baru itu dengan hati yg terbuka.
     Kemudiannya..satu peristiwa berlaku. Keadaan menjadi semakin bercelaru bagi dia. Kuatkan semangat..nasihat KZ. KZ faham..situasi itu memang sangat meletihkan dan membebankan. KZ harap dia mampu mengenepikan kepentingan diri sendiri demi 'seseorang' itu, lebih2 ladi 'seseorang' itu bukan orang lain kepada teman sekatilnya.
     KZ merasa simpati...dia tidak dapat menerima kenyataan dengan hati yg benar2 ikhlas..bukan menuduh melulu, tetapi melihat kelakuannya dan tutur katanya..itulah kesimpulannya, entahlah kalau KZ tersilap tafsir!
    Sebenarnya satu ketika, dia pernah mengeluarkan satu kenyataan yg menyinggung perasaan KZ. Rahsia itu KZ simpan sampai hari ini kerana kalau KZ menyampaikannya pada yg lain.....dia memang akan dipulaukan. Cuma..bila KZ kenangkan balik kata2 itu...ada satu frasa yg dapat dikaitkan dengan keadaan dia hari ini...padan muka dia! Tapi KZ masih ingat kata2...jika kita menutup aib orang, Allah juga akan menutup aib kita suatu hari nanti.
    Sekarang, jika ada pertemuan sesama 'kami' ada saja cerita tidak baik tentang dia (dah jadi sessi mengumpat pulak!..adoiii). Selalunya KZ hanya mendengar (masih dapat dosa)..kerana KZ sendiri tidak berada di sana, hanya mendengar cerita...tapi bila mengingati 'incident' itu..KZ percaya hukum karma telah berlaku.
     Mungkin ada yg pening membaca n3 KZ kali ini. Apa cerita sebenarnya? Maaflah..tidak dapat bercerita dengan lebih terbuka. N3 ini ditulis sekadar meluahkan perasaan yg terbuku di hati.

Salam semanis coklat,
     

1 comment :

Nisah Idham said...

KZ, erm.. life kak.. what goes around comes around.. what we give, we will get back.. sometimes we're on top, sometimes in bottom.. sabarlah kak.. Allah ada untuk membuat perhitungan.. (^_~) take care kak