Wednesday, 10 April 2013

Sudah-sudahlah...

KZ harap dia berubah dan insaf. Kenapa harus cemburu dengan kelebihan orang lain. Rezeki itu ditangan Allah, kenapa harus menoleh ke belakang dan merasa apa yg berlaku itu tidak adil. Perasaan cemburu itu membuat dia hilang pertimbangan. 

      Bercerita tentang perkahwinannya atas pilihan keluarga...bukan tidak boleh, tetapi cukuplah sekali...tak perlulah diungkit berulang kali...kalau si dia mendengar tentu dia berkecik hati. Pilihan Allah adalah yg terbaik buat kita. Kita yg mendengar siaran ulangan juga merasa menyampah...sudah-sudahlah. 

     Biarpun dia berpendidikan rendah dan bergaji sederhana tetapi dia baik orangnya. Tutur katanya sopan,ramah dan menjaga solat. Apa yg lagi yg dia mahu. Janganlah meninggi suara kepada suami...berdosa besar!! Harap-harap dia sedar sebagai isteri dia wajib menghormati suami.

     Tentang harta-benda orang lain..tak usahlah menyibuk. Itu hasil titik peluh bukan ada orang bagi percuma. Bersyukurlah dengan apa yg ada. Tanah yg arwah bapanya beri rasanya sudah cukup, kereta ada dua buah walaupun bukan kereta mewah tetapi kalau dibanding dengan orang yg lebih susah dia sangat beruntung. 

     Hairan juga..dia sangat menjaga solat tetapi perangai seperti orang yg tidak pergi mengaji! Semoga dia bersyukur dengan apa yg dia miliki dan tidak membandingkan suaminya dengan saudaranya yg lain. Semoga dia ingat, harta tu tak boleh di bawa masuk dalam kubur!!

[ini entri gerammm tahap gaban]

Salam semanis coklat,

1 comment :

OKje said...

Kadang tu bila time geram agaknya angin dia dtg tu KZ...faham ajelah sifat perempuan...
Moga sampai masa nanti terbuka pintu hatinya utk insaf..tp bila yeh?....doakan ajelah yg mampu..