Tuesday, 10 September 2013

Jangan Sabotaj Kulitmu!

JANGAN lakukan beberapa perkara bila berhadapan dengan penjagaan kulit wajah. Mari kita lihat apa kesalahan2 yg ada diantara kita lakukan.

Kesalahan #1
Kalau kita beli majalah, sebahagian besar mukasuratnya tertera berbagai produk kecantikan dengan testimoni yg super hebat. Kita pun menganga mulut..wowww..bagusnya produk ni!..Aku mesti beli ni! Sudahnya, bermacam jenis krim ada di bilik kita..semua kita pakai..sapu kat muka.
     Sebenarnya kita hanya perlukan beberapa produk asas, pembersih, penyegar, pelembab dan mungkin krim untuk masalah wajah eg krim jerawat atau serum anti penuaan. Sebagai tambahan, mungkin sejenis scrub muka. Itu saja!

Kesalahan #2
Tidak cukup air dan kurang tidur. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan tidur 7-8 jam. Tidur sebenarnya penting supaya kita kelihatan segar keesokan harinya.

Kesalahan #3
Terpengaruh dgn krim/losyen yg kononnya mampu mencerahkan wajah, menghilangkan kedut, mengecilkan pori etc sekaligus! Kita pun melopong mulut..wowww..ini sudah bagus...satu krim jer buat semua tugas! Mungkin betul ia 10 dlm 1, cuma dikhuatiri kandungan bahannya tidak mesra kulit. Ada baiknya kita gunakan krim yg hanya mensasarkan 1 atau 2 fungsi sahaja.

Kesalahan #4
Memakai produk kosmetik tanpa mengikut aturan. Kerana kekurangan pengetahuan, kita hentam saja ikut suka apa yg harus dipakai dulu. Sebagai contoh produk berubat seperti krim jerawat harus disapu dahulu sebelum memakai pelembab. Produk yg kuat spt retinol, mesti dipakai hanya pada waktu malam kerana produk ini akan membuat kulit kita lebih sensitif kepada matahari.

Kesalahan #5
Bersukan atau kegym dgn make up tebal. Kalau nak bersukan, tak perlulah mengenakan makeup berlapis-lapis. Jika sebelum itu kita mengenakan make up, bersihkan make up dgn tisu penanggal solekan. Peluh yg bercampur bahan solekan di wajah akan menyumbat pori dan akan timbullah jerawat.

Kesalahan #6
Jangan culas menggunakan krim pelindung matahari. Ada kajian yg mendapati mereka yg menggunakan sunscreen dgn SPF sekurang-kurangnya 15, kelihatan lebih muda dari mereka yg tidak menggunakannya.Jika kita perlu berada di luar agak lama, gunakan SPF yg lebih kuat seperti 30.

Tidak susahkan nak elak kesalahan-kesalahan di atas. Jangan sabotaj kulit kita ya kawan-kawan!


sumber: blog.womenshealthmag.com

Salam Semanis Coklat,

No comments :