Monday, 9 September 2013

Ingin Kulit Yang Sempurna?


ALANGKAH seronoknya jika kita juga memiliki kulit yg halus, mulus tanpa cela macam model2 iklan barangan kosmetik kan? Sebenarnya kesempurnaan itu terlalu subjektif. Setiap orang ada pandangan yg tersendiri bila menilai erti kesempurnaan dalam apa jua subjek. Tetapi ada beberapa perkara yg boleh kita pelajari untuk mendapatkan kulit yg baik. Bukankah wajah itu juga pinjaman dari Pencipta kita, jadi wajarlah kita menjaga barang pinjaman itu sebaik mungkin.

Waktu pagi
Satu kemestian untuk mencuci wajah selepas bangun tidur. Jika kulit terasa tegang selepas mencuci, itu bermakna pencuci yg kita gunakan terlalu kuat dan telah menyingkirkan semua lembapan semulajadi wajah. Gunakan susu pencuci.
Ada banyak jenama yg boleh kita pilih di pasaran. Semak aturan menggunakannya yg tertera di botol atau tanya pada mereka yg tahu. 
     Selepas mencuci, segarkan wajah dgn toner. Cuba elakkan toner yg berasaskan alkohol yg hanya akan merengsa kulit. Cari toner yg berasaskan air yg mengandung antioksida.
     Pelembab penting untuk mengembalikan kelembapan wajah, menjadikan kulit lembut dan licin untuk menjadi asas solekan.Gunakan pelembap yg sesuai dgn jenis kulit kita.

      Pakai krim SPF jika kita banyak terdedah kpd cahaya matahari.


Waktu malam
Sebelum tidur, ulang rutin yg sama seperti waktu pagi. Kemudian sapu krim malam atau serum yg bersesuaian.
(gambar yg disiarkan hanyalah sekada contoh)
sumber: au.lifestyle.yahoo.com.


Salam Semanis Coklat,


No comments :