Friday, 30 August 2013

Singkirkan Yg Mati Itu!

APA itu menyingkirkan kulit mati (exfoliate)? Exfoliate adalah salah satu rutin dlm bidang kosmetik untuk mengeluarkan kulit mati yg  tertinggal di lapisan kulit paling luar (epidermis). Ia merupakan langkah penting dlm rawatan kulit wajah mahupun badan. bila dilakukan dgn betul, proses ini akan menjadikan kulit terasa licin dan segar. Menyingkirkan kulit mati juga penting supaya krim/serum/lotion yg di sapu pada kulit dapat menyerap dgn lebih efektif.

     


     Urutan yg dilakukan ketika mengelupas kulit mati ini juga akan meningkatkan pengedaran darah ke kulit dan hasilnya kita akan kelihatan berseri-seri. Ianya dilakukan cuma dua atau tiga kali sahaja seminggu selepas kita membersihkan wajah.

     Ada satu lagi langkah yg perlu dilakukan sebelum pengelupasan kulit dilakukan iaitu pengewapan (steaming)...laa dah macam buat kek pulak! Proses pengewapan adalah utk melembutkan kulit supaya kulit mati mudah disingkirkan.

     Berhati-hati ketika mengewap wajah! Cara yg paling selamat adalah dgn mendidihkan air didlm cerek kecil. Angkat dari api....dekatkan wajah di muncung cerek dan serkup kepala dgn tuala.Wap wajah selama 1 atau 2 minit. Kita boleh masukkan daun/serbuk teh atau timun kedalam cerek tadi. Ada juga yg menggunakan besen yg diisi air panas. Harus berhati-hati dgn cara ini, jgn sampai besen terbalik dan mencederakan kita. Konon nak lawa, langsung melecur pulak.


Cara paling mudah dan paling selamat adalah mencelup tuala muka ke dlm air panas (suhunya harus diselaraskan sendiri ya), perah sedikit tuala dan tekap tuala pada wajah. KZ paling suka cara ini.

     Selepas wajah siap di steam, barulah proses exfoliate dilakukan. Kita boleh guna produk yg siap di pamerkan di kaunter kosmetik atau buat sendiri bahan pengelupasan di rumah. 

     Cara yg betul untuk exfoliate kulit wajah? Kita bincang dilain entri.
Photo
Salam Semanis Coklat,

No comments :