Wednesday 10 April 2013

3 Pelajar SM Seberang Jaya di Buang Sekolah.




KZ rasa teman2 blogger mesti dah lihat klip video tentang budak2 ni memang heboh di lama fb. Kesian KZ pada nasib budak2 ni. Ke mana arah mereka selepas ini. Mencari sekolah baru bukan mudah, apatah lagi dengan rekod sebegitu dan tersebar pula di laman sosial...satu dunia tahu dan kenal mereka.

      Inilah jadinya bila tindakan mendahului akal. Hairan...bukan mereka tidak tahu apa natijah dari perbuatan mereka. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dari kisah2 yg telah banyak berlaku dan didedahkan atau mereka memang ingin merasakan sendiri pengajaran itu!

Entah bagaimana pula reaksi ibubapa pelajar2 ini.  Di mana harus mereka meletakkan muka. Pasti jiran dan handai taulan telah pun tahu. Bagaimana pula mereka harus merencanakan semula haluan anak2 ini? 
KZ rasa salah satu punca insiden ini adalah pengaruh rakan sebaya. Kadang2 cabar mencabar menjadikan anak2 yg hormonnya sedang menggila ini hilang pertimbangan.

KZ harap masih ada sinar untuk mereka. Mereka perlu dibantu untuk meniti semula landasan yg betul. Janganlah kita terus menghina dan mengkritik mereka kerana itu bukan jalan penyelesaian tetapi yg bersalah tetap perlu dihukum. Mungkin pengajaran yg mereka sendiri undang ini akan menginsafkan mereka dan menjadikan mereka manusia yg hebat di masa akan datang.


Salam semanis coklat,                



11 comments :

OKje said...

Ohhh...tadi baru tgk kat berita....tp mmg teruk dia belasah mangsa tu KZ...kalau kita jadi mak ayah mangsa pun kita geram...
Moga jadi pengajaran buat mereka...

NHML said...

kena buang sekolah terus?ingatkan kena gantung tak pun hantar ke henry gurney ker???kena buang sekolah bukan senang sekolah lain nak ambil.....ermmm tak tahu lah budak2 zaman sekarang.....

Ibu n Abah said...

Izan..
Pengaruh dari drana tv yg memaparkan kisah samseng pun tak bagus disiarkan,,,,
Sebab akan ada pelajar2 yg kurang didikan akan jdkan samseng itu idola mereka......

maszull said...

assalamualaikum...betul tu kalau akal tak digunakan beginilah nasib yg akan berlaku...:)

kurus said...

takut kakkkk
risaukan anak2 sendiri jugaa
huhuhu

Anonymous said...

kdg2 jd speechless tgk berita cam ni kan !

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam
pengajaran buat mereka,tp memang patut dibuang sekolah supaya sedar sikit.....

Ibu Lala said...

Kalau tak insaf jugak x tahu la nak cakap.

lynmunir said...

Kadang ada juga yang menjadi mangsa keadaan. Apa pun masaalah buli, ragging, gangster di sekolah memang perlu ditangani segara sebelum jadi semakin parah. Tidak perlu menunding jari kepada sesiapa, yang perlu hanya cara menyelesaikannya.

Ena's Stories said...

kdg kdg tu kan izan takut tgok bdk bdk skrg ni..keganasan mereka luar biasa...zaman kite skola dulu mana ada gejala gejala camni...dunia akhir zaman...

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

ganasnye lahai dak2 skrg ni